Monday, May 16, 2011

Akulah Cikgu !

Assalamualaikum semua :D
Agak lama menyepikan diri dari dunia blogger. Kesibukan sentiasa menghambat. Tuntutan sebagai pelajar sentiasa memendekkan waktu untuk bersama dengan papan kekunci mencoretkan segala yang terpendam di lubuk hati (walaupun tengah cuti sem dan hari-hari tekan papan kekunci menyiapkan report). Menyiapkan report praktikal ibarat menghamilkan sepasang bayi kembar. Berat dan sarat. Perlu sentiasa berhati-hati dan dijaga dengan rapi. Kelahiran 'bayi' itu dari ruang akal fikiran perlu sentiasa dibelai dan dimanja sepanjang masa. Ya. Itulah harga yang perlu dibayar sebagai seorang pelajar! Menyesal?? Tidak sama sekali.. (Tersenyum kepuasan. Report praktikal sudah hampir siap. Alhamdulilah).

*Peringatan! Entry kali ini agak panjang. Jika anda dilanda kebosanan, sila beralih ke blog lain. Bukan tujuan aku untuk membosankan kalian!*

16 Mei menjelma lagi. Setiap kali tarikh ini tiba pasti warga pendidik kembang kempis hidung masing-masing. Hari itu hari mereka. Hari itu hari mereka diraikan. Hari itu hari mereka tidak perlu mengajar. Hari itu hari mereka menanti ucapan demi ucapan dari anak didik. Hari itu hari mereka tersenyum kepuasan Hari itu hari mereka ketawa kegembiraan! Rasanya tidak perlulah aku membuang masa memberitahu satu dunia ada apa dengan 16 Mei. Tanyalah sesiapa saja, jawapannya tetap sama. 16 Mei Hari Guru Se-Malaysia.

Pengalaman berkhidmat sebagai seorang guru selama hampir setahun, membuatkan aku begitu menyayangi dan menyanjungi guru-guru sekalian. Baru aku mengerti keperitan yang mereka alami. Bukan mudah untuk mendidik anak bangsa. Apatahlagi anak didik dari kelas-kelas pemulihan. Bukan bertujuan untuk menghina keupayaan mereka. Tidak sama sekali. Tapi mendidik mereka memerlukan kesabaran yang maha tinggi. Sementelah aku guru yang tidak pernah menuntut di mana-mana institusi perguruan. Bak kata bonda, cikgu tak keluar dari kilang. Payah bukan? Aku tak punya sebarang basic mengajar. Hanya berbekalkan semangat untuk mengajar anak bangsa menjadi manusia terbilang.


Hari pertama aku menjadi guru, aku cuba untuk menjadi guru yang disenangi oleh murid-murid. Hari permulaan aku masuk bilik darjah, aku melemparkan senyuman perkenalan kepada mereka, dengan harapan hubungan aku dan mereka menjadi akrab! Tapi aku salah perhitungan. Guru kelas Dedikasi perlu mempamerkan wajah bengis! Tapi aku dah buat kesilapan yang besar dengan memberi senyuman! Terlajak kereta boleh undur, terlajak senyum apa lagi boleh buat. Selama menjadi guru di SK LANAI, BALING (Klik untuk ke laman blog Sk Lanai), aku diberi tanggungjawab untuk mengajar 5 kelas, iaitu dari kelas pertama hinggalah kelas terakhir. Cabaran. Aku perlu mengajar subjek English bagi kelas 2 Dedikasi, 2 Cerdik, dan 4 Dedikasi, subjek Muzik bagi kelas 3 Arif dan 3 Bestari. Manakala untuk subjek Pendidikan Seni sekali lagi aku bersama dengan 2 Dedikasi.


Setiap hari ketika sampai waktu untuk masuk kelas 2D, 2C, dan lebih-lebih lagi kelas 4D, hati aku pastinya akan berbelah bahagi. Semangat mengajar hanya tinggal 0.01 %. Bukannya aku tidak yakin mengajar, tapi murid-murid kelas itu tidak berminat langsung untuk belajar English! Setiap hari aku terpaksa memikirkan kaedah demi kaedah untuk membeli jiwa mereka. Pernah satu ketika aku masuk ke kelas 4 Dedikasi, hanya tinggal 6 orang sahaja dalam kelas! Dan pernah juga kesabaran aku meledak bagaikan gunung berapi di Indonesia sehinggakan di luar kewarasan aku menampar mereka seorang demi seorang!  (Terhenti menulis. Perasaan kasihan merajai diri ini. Maafkan cikgu. Betapa tidak matangnya cikgu ketika itu) Aku menangis setelah itu. Buntu memikirkan masa depan mereka.

Saban hari mereka menjadi mangsa perempuan yang mereka panggil 'Teacher' ini. Pernah juga aku membebel sepanjang 2 jam waktu pembelajaran. Sebabnya hanya satu, mereka tidak membuat tugasan yang aku berikan. Pernah juga aku menangis di hadapan mereka menzahirkan rasa yang maha kecewa dengan sikap mereka yang langsung tak mengendahkan pelajaran. Pernah juga mereka diherdik. Pernah juga mereka di pukul dengan pembaris besi. Pernah juga jemari mereka di ketuk dengan marker pen. Dan sudah menjadi lumrah mereka didenda bediri sebelah kaki di atas kerusi dengan menjunjung buku latihan. Kejamkah aku?

Maafkan cikgu sekali lagi. Cikgu tak berniat untuk menyakitkan kalian. Cikgu hanya hendak membentuk kalian menjadi insan berguna kelak, seringkali  kata-kata ini pemujuk hatiku yang dilanda penyesalan memarahi mereka, anak-anak daerah luar bandar yang baru hendak mengenal dunia. Ibarat ajen 007, aku mula merisik dan meminang cerita-cerita berkenaan kelas 4D. Aku dahagakan jawapan yang bersarang, mengapa dan kenapa mereka jadi sedemikian rupa, degil dan tak punya rasa? Aku akui mereka masih terlalu mentah, tapi otakku masih menagih jawapan. Akhirnya aku temui jawapan yang meruntun perasaan. Majoriti anak-anak aku di 4D ini, dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah, miskin tegar. Ada juga yang datangnya daripada keluarga yang berantakan, ibu bapa bercerai-berai. Dan ada juga yang terpaksa ponteng sekolah kerana membantu ibu bapa memotong getah! Aku terkedu. Penyesalan menyelubungi diri tiada tertahan lagi. Walaupun mereka ini tidak mendengar kata, tetapi mereka mempunyai rasa hormat yang agak tinggi. Buktinya, setiap waktu mengajarku tamat, mereka akan berebut-rebut mencium tanganku, sebagai pengganti ucapan terima kasih.

Semenjak itu, aku berjanji tidak mahu memarahi mereka lagi walaupun kadangkala tahap kesabaran aku memuncak. Anak-anak 4D ini kuat berfantasi. Lantas aku mendapat kaedah. Bercerita. Aku mula mengupah mereka dengan cerita-cerita dongeng setiap hari hinggakan aku terpaksa mereka-reka cerita demi cerita yang kadangkala terasa seperti mahu membotakkan kepala dek kerana kehabisan idea. Tapi dengan satu syarat, mereka perlu menyiapkan tugasan. Aku tersenyum bila mereka berlumba-lumba menyiapkan tugasan dan berlari-lari menghantarnya ke mejaku.

Lain pula halnya dengan kelas 3A dan 3B. Aku seakan tidak sabar untuk menanti waktu mengajar mereka. Bersama mereka, aku seakan lupa diri. Aku bebas menyanyi dan menari bersama mereka, hanya kerana aku cikgu muzik. Segala ilmu dan lagu yang aku pelajari ketika PLKN dulu semuanya aku ajar mereka. Tak sia-sia aku jadi pelatih PLKN. Ni antara sedutan kelas 3A menyanyikan lagu Pelangi Petang, oleh Allahyarham Dato' Sudirman. Inilah satu-satunya lagu yang paling mereka gemari.


Sedegil-degil anak-anak didik aku, mereka tidak langsung melupakan hari meraikan guru. Tanggal 16 Mei 2008, aku dan guru-guru lain diraikan dalam suasana penuh meriah. Aku seakan terkaku di barisan bersama guru-guru lain melontarkan vokal yang maha padu menyanyikan lagu "KAMI GURU MALAYSIA". Gembira. Tidak sangka aku menyanyikan lagu tu sebagai seorang guru. Selebihnya aku bangga kerana sudah mencapai cita-cita bonda yang terlalu ingin melihat aku menjadi guru, walaupun aku bukan guru segar dari 'kilang'. Selesai sesi menyumbangkan lagu, sekali lagi aku terkaku. Anak-anak didik yang selalu aku marah datang menyerahkan hadiah. Bermacam-macam aku dapat haritu. Terasa begitu disayangi.

Paling tidak dapat aku lupakan sepanjang umur aku, apabila aku terlibat dalam kemalangan yang ngeri ketika dalam perjalanan mencurahkan ilmu. Pagi itu, pasti anak-anak 4D ternanti-nanti cerita dongeng dariku, 3A & 3B ternanti-nanti dendangan lagu dariku, dan 2C & 2D semestinya ternanti-nanti ganjaran gula-gula dariku. Maafkan cikgu.

Anak-anak cikgu sekalian, semoga kalian menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa, negara, dan keluarga. Kat bawah ni gambar-gambar yang aku ambil pada hari terakhir aku menjadi seorang guru. Agak hampa kerana kelas 4D tiada dalam simpanan kenangan aku.

Kelas 2C yang aktif. Semoga kalian membesar dengan penuh cemerlang. Anak-anak 2C terlalu prihatin dengan keadaan cikgu yang maha daif masa tu. Tengok tangan cikgu yang bersimen, semua nak tolong tulis kat cikgu. Terima kasih ya anak-anak cikgu.


Kelas 3A yang super-duper sporting. Bagi la lagu apa pun, dengan jayanya mereka akan ikut rentak. Siap ikut cikgu menari. Cikgu rindu kalian semua. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran.

 Kelas 3B yang agak nakal. Especially Fitri, yang tersengih sampai nampak gigi tu. Memang tak dengar cakap. Tapi kalianlah yang banyak mematangkan cikgu. Terima Kasih banyak-banyak. Semoga kalian cepat matang. Belajarlah bersungguh-sungguh. UPSR tahun ni kan?

Lastly 2D. Kelas yang mula-mula aku masuk di hari pertama bergelar guru. Kelas yang paling tak ramai murid, tapi paling susah nak kawal. Kehadiran pula tidak menentu. Main lari-lari dalam kelas dah jadi tabiat. Sampaikan adakala cikgu pun berlari sama. Aduhai.. Sekarang dah darjah 5 kan? Sudah berubahkah kalian?

16 Mei datang lagi. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku ketika di Sk Sik (1995-2000), SMK Sik (2001-2007), PLKN Kem Syruz (2006), Pensyarah Uitm Pahang, Poli Perlis, bekas rakan setugas di SK LANAI, rakan-rakan di Pejabat Perangkaan yang dah jadi cikgu, bakal SIL Ana, ayahanda tercinta dan semua guru-guru yang ada di Malaysia. Semoga kalian terus bersemangat mendidik anak bangsan. Lahirnya seorang doktor, peguam, juruterbang, mahupun perdana menteri sekalipun, semuanya bermula dari seorang GURU.

Tak keterlaluan, aku juga nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada diri sendiri. Kerana AKULAH CIKGU, walaupun aku cikgu pencen!

   

Thursday, May 12, 2011

Selamat Ulang Tahun Ayah !!

Assalamualaikum semua.

Sekali lagi aku menulis entry khas buat insan yang aku gelar AYAH selepas entry sebelum ini yang bertajuk Ayah (klik untuk ke entry sebelumnya). Tapi aku tersangat pasti semua orang tertanya-tanya, mengapa aku masih berbicara tentang seorang ayah? Tidakkah sekelumit pun rasa kasih sayang aku terhadap seorang insan yang bergelar EMAK? Ternyata sangkaan anda terpesong sama sekali. Aku terlalu mengasihi kedua-dua insan yang aku panggil Ayah dan Emak ini. Namun untuk berbicara tentang seorang yang aku gelar Emak, seumur hidup bercerita pun belum tentu habis. Emak terlalu istimewa. Sebab itu aku mengambil masa untuk mencoretkan tentang beliau. Nantilah, bila sudah sampai kelapangan, aku pasti bercerita tentang emak. Ampunkan aku emak. Tapi aku tahu emak pasti berbangga kerana aku mencoretkan tentang lelaki cinta hatinya ini..

Tibanya Mei, hari ulang tahun ayah menjelma lagi. Ikutkan hati mahu saja kami menganjurkan majlis makan-makan bersempena dengan hari tarikh keramat ayah itu. Tapi ayah tidak pernah bersetuju. Saban tahun kami merencanakan berbagai-bagai agenda. Namun ayah tetap ayah. Kami tahu ayah tidak mahu kami membazirkan wang persekolahan. Ketahuilah ayah, kami cuma mahu ayah gembira seadanya! Itu sahaja. 

Namun kisah dua tahun lalu, masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Sudah suratan ataupun sekadar satu kebetulan, ayah berkongsi hari lahir yang sama dengan future MIL (Insyaallah), Makcik Sal. Tanggal 13 Mei 2009, ayah tertipu. Ayah terkena. Ayah di'bang' oleh kami semua. Ampunkan kami ayah. Tanpa pengetahun ayah kami bersepakat untuk mengadakan kejutan untuk ayah. Ternyata kejutan kami menjadi ! Senyuman ayah kaget malam itu. Ayah terkejut barangkali dengan kejutan malam itu. Masakan tidak tiba-tiba sahaja 'kembar' hari jadi ayah muncul bersama suami dan 'kawan' anak ayah dengan membawa sebiji kek coklat.


Ni kek hari jadi ayah dan makcik Sal 2 tahun lalu.


Sambutan Ulangtahun Kecil-kecilan yang kami 'berdua' rencanakan..

Hepy Birthday ayah! Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan terus gagah mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Semoga keluarga kita dilimpahkan kasih sayang dari-Nya.

Eh hari ini baru 12 Mei. Esok baru 13 Mei. Kenapa aku over wish awal sgt??
Biarlah! Aku anak ayah! Aku nak jd orang pertama yang beri ucapan selamat kepada ayah! Aku mahu ayah berbangga kerana akulah orang pertama mengucapkannya!

Ayah,
Kakak sayang sangat kat ayah.
Kakah hanya mahu ayah gembira.
Kakak hanya nak ayah berbangga dengan kakak.
Kakak hanya mahu ayah bahagia setiap saat.

Ayah,
Ayah hero kami semua.
Ayah wira yang paling kami kagumi.

Ayah,
Terima Kasih kerana menyayangi kami.
Terima Kasih kerana terus melindungi kami.



Sebelum terlupa, buat MAKCIK SAL Selamat ulang tahun yang ke-53. Semoga Makcik sihat seperti sedia kala. Selamat Panjang Umur, Selamat Terima 'Menantu'..hehe

Semoga Tuhan terus melindungi kedua-dua insan yang kami sayangi ini.. :)

Monday, May 9, 2011

Masihkah Logik?

Assalamualaikum..
Kabare semuanya bapak-bapak, ibu-ibu sekalian..?
Capek ya??
Mari dengarin sih, gue ada cerita mau di kongsi..
Tetiba pulak lidah aku jadi camni..
Haih penangan NIKITA lani..
Pang!!!
Satu penampar singgah ke pipi kembungku.
Penampar datangnya dari tangan sendiri..
Tak sedar diri aku ni MELAYU sejati.
No kacuk-kacuk ok!
Sebab tu tak dapat lari dari peribahasa melayu lama yang entah apa-apa..
Entahkan logik entah kan tidak..
Masing-masing punya persepsi sendiri..
Alkisahnya dua tiga hari lepas, kawasan kejiranan aku ni buat makan-makan..
(Yang sebenarnya kami dah terbiasa makan beramai-ramai kat belakang rumah tu)
Tikar terhampar di halaman..
Ala-ala berkelah kat tepi pantai tu..
Makanya teramat ramailah kanak-kanak yang join sekali.
Berhimpit-himpit semua orang atas tikar yang di sponsor bondaku itu.
Bingit telinga dengar suara depa saja.
Aku ambik makanan dan terus lompat masuk dalam rumah.
Tak kuasa aku nak bersesak-sesak makan kat situ.
Boleh jadi tak hadam makanan aku tuh !
Aku dok betul-betul dengan pintu.
Panas kot nak makan dalam rumah. Mau rentung kulit macam cucur peneram.. Confirm peluh boleh lawan dengan mamak yang dok tebar roti canai tu!
Elok-elok ja aku landing depan pintu rumah,
Secara tiba-tiba.........

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

"Anak dara tak boleh makan atas bendul..."

Ada orang tegur aku..
Erk??

"Awat?" laju la mulut aku menanya..

"Nanti tak ada orang nak minang"

hahahahahha...
Aku gelak dalam perut..
Yang padahalnya dalam kepala aku ni penuh dengan telinga kera a.k.a tanda seruan..
Apa kena mengena makan atas bendul dengan orang tak masuk meminang?
Duduk atas bendul di jadikan ukurankah?
Tak sopankah makan depan pintu?
Rasa aku lagi sopan daripada makan berdiri atau sambil berjalan.
Atleast aku duduk dengan penuh tertib dan masih kekalkan ciri-ciri perempuan melayu terakhir menghadap makanan gitu..

~gambar sekadar hiasan~

Aku pun pening lalat dengan peribahasa melayu kuno yang entah apa-apa tu..
Terus aku teringat satu peribahasa lama yang cukup sinonim dengan anak-anak dara :

"jangan menyanyi di dapur. takut nanti dapat suami tua"

hello semua!
of course la nak suami tua dari kita..
takkan nak kawin dengan lelaki yang muda dari kita kot, kan?
nanti orang tengok pelik pulak..
hummmm entahlah..
kadang-kadang aku pun jadi cicak berak kapur..
entah apa-apa ja bidalan orang tua-tua dulu-dulu..
mungkin zaman dulu boleh guna benda-benda tu semua..
tapi lani zaman dah dihambat arus permodenan..
aku pula jenis yang berfikiran sehabis moden..
tak salah peribahasa tu semua..
tapi entahlah, macam yang aku kata tadi, bergantung kepada persepsi masing-masing.
mana yang boleh ikut, kita ikut.
mana yang tak logik tak payah la kita ikut.

moral of the story :

"always positive thinking dan makanlah dengan cermat walau di mana anda berada"

aku rasa tersangat-sangat beruntung pasal punya seorang ibu yang tak percaya langsung dengan peribahasa-peribahasa lama!
kalau tanya emak pasal bidalan-bidalan lama, patut ikut atau tak,
nak tau mak akan jawab apa?

"tak payah ikut. tak ada dalam Al-Quran pun benda-benda tu semua."

So??
Lu pikir la sendiri ye..
Tak ikut tak dapat dosa pun...
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI EMAK buat emak yang tercinta.
thanks for your supportive in what way i do.. thanks for always be my besfriend!

I LOVE U MAK!!!!!

hadiah hari ibu tahun ni?
Aku nak bagi kat mak seorang menantu.
Mak nak tak? heheh


~bonda dan anakanda~
tahun depan mak amik gambar dengan menantu pulak ye.. :D


Nanti aku sambung membebel ok..
Wassalam  :)

Thursday, May 5, 2011

Baby-baby Sekalian..

Assalamualaikum semua.. :)
Baby, bayi, kanak-kanak, budak kecik-kecik.
Perkataan dan ejaan yang berbeza tapi semuanya memdukung maksud yang sama.
Tak perlu susah payah nak cari dalam kamus sinonim pun memang kita dah tau..hehe

Semalam aku teringat nak cerita pasal hantaran.
Harini entah macam mana meronta-ronta ja jemari aku ni nak bercerita pasal BABY..
Cewah !
Baru ja dok survey pasal barang hantaran, terus excited cerita pasal baby..apa kes?
hehehehe
Dah nama pun wanita. Memang tak dapat lari dari naluri keibuan..
Tambahan kat sekeliling aku ni ramai sangat baby..
Boleh kata aku hari-hari jadi pengasuh tak bertauliah depa..hehe
Walaupun orang kata aku garang, tapi dalam hati ada taman..
Tiba-tiba saja belog aku mengalami anjakan paradikma!
Aku sendiri pun dah tak berapa pasti apa makna 'parakdikma' itu sendiri.
Yang aku ingat, ayat tu menjadi febret aku masa nak mengarang karangan bahasa melayu masa form 6 dulu..hehe
Yang pasti tiap-tiap kali aku letak ayat-ayat bombastik macam tu dalam karangan, Puan Zainab (Guru Pengajian Am) dan Puan Hafizah (Guru BM) mesti bagi markah tinggi.
Kembang kempis hidung aku tengok markah.
Hadoiyaaiiii melalut dah aku ni..huhuh
Ampun !
Ok... aku sambung balik cerita pasal baby.
Aku sama seperti wanita-wanita normal di luar sana, ada naluri keibuan yang tinggi.
Aku sangat obses dengan baby yang tembam, debab, gebu dan yang seumpama dengannya.


1st baby.
Nama si debab yang pandai buat gimnastik ni Muhammad Adam Rifqi yang merangkap future nephew aku..heheh. Anak kepada Suarni AsraOnes Rodzuan. Ummi dia kata, Adam dah nak boleh duduk. Umur Adam hampir 7 bulan. Aku geram sungguh tengok dia. Perhati la drumstik dia tu.. Aduhaiii... Macam nak gigit-gigit ja tau.. Nahas Adam aku kerjakan..Comfirm kena picit..hehe Tapi sampai lani belum berkesempatan nak jumpa dengan Adam. Sebab depa 1 family nun jauh di Bandar Tasik Selatan. Pesanan ikhlas untuk Adam, jangan diet tau! Tunggu sampai kena picit dengan unty dulu baru diet tau!


Ni pula nama dia Mohd Afnan Shahmi. Aku suka panggil dia 'doraemon' pasal badan dia bulat macam doraemon! hahah Mak dia pula memang suka pakaikan dia dengan baju warna biru. Sesuai la..hehe Anak kepada Kak Wahida, jiran aku. Umur dia 2 tahun. Badan dia?? Ya ampun, tak terucap. Tak dapat aku nak gambarkan. Semangat tak terkata. Selalu merengek minta dukung. Macam nak putus pinggang bila dukung dia ni.. Sais muka dia lebih lebar dari muka aku. Lengan dia pulak lebih besar dari lengan aku! Selalu jadi mangsa cubit ngan aku. Tapi yang paling best, kalau aku picit dia macam mana sekalipun, dia steady ja. Tak pernah nangis pun.. hehe Tapi ada sekali tu, aku punya usik-usik perut dia, dia nganga mulut nak gigit tangan aku. Sakit hati aku dok cucuk perut dia kot..hahah Aku pula selalu jadi mangsa gigit pipi ngan dia.


Yang ni pula nama dia KASEH IMAN KHADEEJA. Anak kepada Nur Ezira, rakan FB aku. Tengok la lengan si Iman ni. Geram sungguh. Tambah-tambah kat FB mummy dia, macam-macam aksi Iman buat. Aku memang rajin singgh ke album Mummy dia.


Lastly, NURUL NAJIHAH, my latest cousin! Anak keempat kepada Mak Su aku, Azura. Orang lain pakat kumpul anak sedara, aku pula masih dok kumpul sepupu..hehe Ni pic masa Najihah baru 2 jam dilahirkan. So far pic baru Najihah aku sempat nak snap. Tapi lani umur dia dah 2 bulan. Pipi dah sama naik dengan pipi aku. Tido ja memanjang keja dia. Sampaikan kami gilir-gilir pasing dia pun, dia tak sedar langsung. Baik ja baby ni. Tak banyak ragam. Nangis pun bila pampers dia basah saja..hehe Tapi selalu sangat jadi mangsa buli abang-abang dia. Habis muka dia kena gomol. :)

Cukuplah kot setakat tu. Dah panjang sangat aku membebel. Report aku dok menari-nari dah tu minta di taip. Wassalam :)

Wednesday, May 4, 2011

Menjelang Majlis Itu..

Tengah dok gigih siapkan report praktikal, tiba-tiba ja dok terbayang beraneka jenis hantaran.
Berwarna-warni. Tergaru-garu pipi.. Gelisah + Nervous !
Idea nak mengarang report pun terbang malas nak kembali ke otak.
Tangan dan mata mula tergedik-gedik melompat-lompat dari satu web ke satu web,
satu belog ke satu belog.
Sungguh haru-biru!!
Tujuannya cuma 1 - mencari inspirasi.
Hadoiii...
Aku tak dilahirkan dengan bakat menggubah..
Suruh aku naik pentas, bercakap, bersyarah, berpidato, anytime aku sanggup..
Tapi part nak menggubah barang-barang hantaran ni yang paling aku lemah..
Memandangkan majlis rasmi nak menjelma sedikit waktu lagi, aku cuba melembutkan tangan aku yang keras ni menjadi lembut. Cuba nak keluar dari belenggu 'kerastangan' menjadi 'kraftangan'..
Sebagai langkah pertama, aku search belog ni http://zuescollections.blogspot.com/.
So far banyak tersangat-sangat contoh gubahan dalam ni..
Cantik tak payah cakap la.. Marvelous !
Lepas tu aku terjumpa web ni http://hantarankahwin.com , khusus yang nak buat hantaran.


Kakak kat opis aku dengan rela hati pula hadiahkan aku dua naskah majalah pengantin.
Thanks Kak Nira..


Tolong sumbangkan aku idea!!!!!!
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design