Monday, December 16, 2013

Kasihnya Adik..

Kasihnya mama membawa ke syurga,
Kasihnya baba sepanjang masa,
Kasihnya Zahraa hanya pada Humayraa,
Semoga keluarga kita terus kekal bahagia.

Humayraa pula diserang demam campak. Campak sekam orang tua-tua kata. Bimbang memang bimbang, tapi ini semua ujian daripada-Nya. Sebagai ibu tak perlulah kita nak mengeluh bagai, menyalahkan orang lain atas musibah yang melanda anak-anak kita :) Matanglah para ibu sekalian.

Si Zahraa terlebih dahulu terkena demam campak Oktober lalu. Alhamdulilah, dengan kuasa Tuhan campak si adik langsung tak berjangkit kepada si kakak walaupun mereka tidur setilam dan sebantal. Jadinya mama buat kesimpulan, demam campak adik tidak membawa virus malah langsung tak berjangkit kepada rakan-rakan taska mereka!

~Alahai ciannyer si debab ni~
Humayraa jarang-jarang sakit. Tengoklah tu memang dah tak aktif macam selalu. Baba cakap, tak apa, sakit tu ujian. Setiap babies lalui semua ni. Normal.
~MayraZara~
Oleh sebab kakak demam, jadi si adik tak ada teman melompat, meronda, dan semestinya tak ada teman nak tolong mama 'kemas' dapur. Setia jaga kakak yang terbaring lesu umpama kereta mainan yang kehabisan bateri.. Mama pun lega. Sekurang-kurangnya suara mama pun tak kering. Kalau dua-dua aktif, maunya sampai ke blok rumah pengetua boleh dengar suara nyaring mama melarang si kembar buat itu dan ini. :p
~MayraZara~
Aduh, gatal telinga la pulak jaga kakak ni. Ok, kakak dah nak mula meraung tu. Bimbang adik tinggalkan dia. Ala-ala nak bermanja pula kakak ni ye.
~MayraZara~
Opsss..kakak nangis betul-betul la. Gigit jari si adik nampaknya. Itu reaksi orang bersalah hokay.. :)
~MayraZara~
Akhirnya.... Adik pun nak nangis juga laaaaaa....
~MayraZara~
Alhamdulilah.. Humayraa dah sihat sikit. Dah boleh posing macam selalu. Yang pasti, mama kena asah vokal balik!!

Love,

Mama..

Monday, November 25, 2013

Alahai Anak-anak..

Salam Isnin semua aunty, uncle, kakak-kakak, abang-abang..

Ini kisah dua anak dara.
Dua beradik bersantai bersenang-lenang di pagi hari.
Baik ja baring diam-diam tanpa bunyi suara.
~Mayra Zara~

Boringlah duduk diam-diam. Jadinya si kakak pun memulakan operasi mencuit si adik yang memang pantang dicuit.
~Mayra Zara~

Zahraa dah bagi amaran tapi Humayraa buat-buat tak faham.
~Mayra Zara~

Si kakak masih tetap dengan agenda dan niatnya. Adik harus terus diusik. Lalu bergema jeritan berserta tangisan si adik menggegarkan rumah. "MAAAAAAA" Jeritan memanggil mama meminta pertolongan semestinya. Sedangkan mama? Sengaja buat-buat tak nampak. Sorry adik.. ;)
~Mayra Zara~
Cepat-cepat ja sayang adik. Puncanya bila dengar baba keluar dari bilik air. Mesti takut kena marah la tu kan.
~Mayra Zara~



Sayang adik atau buli adik namanya ni????

Ok ini muka orang tak berapa nak puas hati.
~Mayra Zara~


Sekian..


















Tuesday, November 19, 2013

Si Kembar Anugerah Buat Mama & Baba

Assalamualaikum..

Apa khabar kalian semua?
Fuhhhh lamanya tak update..Tak menang tangan. Dari berdua terus lompat jadi berempat. Keadaan rumah hari-hari bagaikan hutan rimba. Kemas disini, nun di sana anak-anak tolong 'kemaskan' juga.

Bagi yang ketinggalan kereta api, aku dah pun selamat melahirkan dua orang anak dara yang super duper kiut miut pertengahan Januari lalu. Kehadiran Si Kembar di ketahui masa minggu ke-11 kehamilan. Mula-mula tu tak berangan pun nak ada double baby. Tup-tup masa Doc scan, dia buat muka pelik & macam tak confident. Punya lama dia tilik-tilik screen scanner tu. Dalam hati dupdap-dupdap macam baru lepas lari pecut 200 meter.Takut apa-apa jadi kat baby. Dahlah hubby terpaksa tunggu kat luar disebabkan bilik doc tu padat dengan ibu-ibu yang lain.


"Husband tunggu kat luar ka?"

Dalam dok berangan tu, entah masa mana hubby berdiri kat sebelah pun aku tak sedar.  

"Saya nampak ada dua."

Hah??!! Sumpah tak faham apa Doc tu cakap.

"Twin pregnency ka doctor?" Eceh tetiba laki aku speaking London. Whatt??? Jadinya mak buyung ni pun rasa nak lompat sampai ke bumbung klinik. Keluar ja dari bilik Doc kami dua orang jadi riang macam kanak-kanak dapat gula-gula kapas besar BAS MARA!! Alhamdulillah. Syukur-syukur. Selama ni dok syok tengok anak kembar orang ja. Rentetan daripada itulah hospital dan klinik jadi rumah kedua kami. Kadang-kadang seminggu dua kali kena ke hospital untuk scan, sampai satu tahap aku request kat doc tak mau scan pasal aku sakit setiap kali doc tu tekan-tekan perut aku.

Proses kehamilan berjalan lancar tanpa alahan yang teruk macam mummy kembar yang lain. Siap boleh berenang-renang bebas di kolam renang dengan perut besar dan badan yang dah sama besar dengan peti air empat pintu yang harga RM5000! Cumanya kaki aku dah mula bengkak masa bulan keempat kehamilan. Sais kasut dari sais enam dah bertukar jadi sais 9. Selera makan tak usah cakap la, jadi triple. Burger ayam double cheese aku boleh habiskan dua biji sekaligus! Nak tidur yang paling seksa. Mummy kembar tau la apa yang aku rasa ni.. :) Tapi itulah kenangan manis yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata.

Memasuki minggu ke-32 kehamilan, tup-tup tekanan darah mencacak naik jadi 160/120. Terbeliak mata nurse. Terus dia refer aku kepada Doc dan Doc pula refer aku kepada pakar hospital. Apa punya banyak refer daa. Lalu naiklah aku ambulans menuju ke hospital. Sampai hospital terus aku dimasukkan ke wad pemerhatian CMR Hospital Sultanah Bahiyah. Dipasangkan tiub kencing, dicucuk ubat yang maha panas selama 24 jam dengan arahan dilarang turun daripada katil. Ubat panas tu fungsinya nak menstabilkan tekanan darah dan mencegah aku daripada diserang sawan yang boleh menyebabkan kematian babies. Keesokkannya setelah ubat panas ditanggalkan dari tangan, doc scan untuk tengok perkembangan babies.

"Tak boleh tunggu lama. Lusa you kena bersalin! Emergency case. Babies berebut makanan kat dalam. I Khuatir yang kecik tak akan membesar terus dah!"

Gulp! Gila terkejut. Mana taknya, due date 8 Mac, tup-tup 16 Januari dah dipaksa bersalin. Persediaan ke mana apa ke mana. Nama babies pun tak cari-cari lagi. Dahlah 20 Januari tu ada jemputan kenduri. Aku siap iron baju nak pakai pi kenduri dah. Lalu lahirlah Yang Humayraa binti Muhamad Fais tanggal 16 Januari 2013 tepat jam 6.12pm dengan berat 1.68kg berserta tangisan nyaring. Selang dua minit, Yang Zahraa binti Muhamad Fais pula dikeluarkan daripada perut mamanya dengan berat cuma 1.1kg! Zahraa lahir tanpa tangisan! Suasana hening dan dingin dewan bedah menyambut kelahiran depa. Aku tak sempat nak nangis-nangis syahdu masa depa dikeluarkan sorang demi sorang dari perutku ini sebab masa tu aku tiba-tiba diserang sesak nafas yang sangat teruk. Paru-paru berair secara tiba-tiba. Kandungan oksigen dalam badan membuak-buak keluar tanpa diketahui puncanya membuatkan keadaan aku kritikal sepanjang proses pembedahan dilakukan. Kata doktor, aku benar-benar sudah nyawa di hujung tanduk. Aku ibarat lemas di daratan. Kalau ibu-ibu lain hanya sejam saja dalam dewan bedah, tapi aku sampai tujuh jam!! Aku siap pikir wasiat berjela-jela nak tinggal kat En.somi dah.
Memandangkan kondisi aku kritikal ketika tu, jadi doktor langsung tak tunjuk hatta seorang anak pun kat aku. Babies terus dihantar ke NICU untuk diberi bantuan pernafasan dan dirawat pakar yang bertauliah memandangkan mereka babies pramatang. Tiga hari kemudian, aku gagahkan diri ke NICU dengan dipapah En.Somi. Subhanallah! Sungguh aku tak pernah terbayangkan anak-anak aku hanya sebesar botol minirel kecil! Kepala yang hanya sebesar buah Apple Fuji dibalut kemas, bernafas dengan bantuan oksigen, wayar berselirat di seluruh tubuh! Jarum penuh di kaki dan tangan. Yang boleh disentuh hanyalah jari jemari kecil yang hanya bersais seakan sebatang mancis! Kami dilarang mengangkat mereka, cium jauh sekali. MasyaAllah. Hancur luluh hati seorang ibu. Menangis tersedu-sedan aku disitu. Betapa sakitnya tubuh kecil mereka. Kalaulah aku boleh mendakap mereka ketika itu. Kalaulah aku boleh menggantikan tempat mereka dan kesakitan itu berpindah kepadaku :'( Setiap kali anak-anak meraung kesakitan, aku turut meraung sama.

Kalau wanita lain berpantang ketat, aku sebaliknya. Setiap hari berulang-alik dari rumah ke hospital melawat dan menyusukan anak-anak. Setiap hari aku tiupkan kata-kata semangat di telinga mereka agar mereka kuat untuk teruskan hidup. Si kakak menginap di NICU selama 33 hari manakala si adik 56 hari. Alhamdulillah mereka anak-anak yang tidak banyak kerenah dan berusaha survive untuk teruskan hidup.

~Kiri kakak, kanan adik. Time ni hari last kakak menginap di NICU~
Diam tak diam, Si Kembar dahpun 10bulan. Dah terlebih teror merangkak pusing-pusing satu rumah. Silap haribulan, diam-diam masuk dalam bilik air dan buka paip main sembur-sembur! Berdiri pun dah teror siap lepas tangan dan goyang-goyang badan. Makanan kegemaran Mashed Potato KFC. Panggil Mama dan Baba pun dah pandai :) Layan je la gambar-gambar yang tak seberapa kat bawah ni yek.
~Dimajlis jambul @ 3bulan~
~Cikpuan-cikpuan kesayangan baba~
Zahraa yang tak suka pandang kamera
Humayraa yang memang gila kamera!
Buat anak-anak mama,
Kalianlah harta mama dan baba. Semoga kalian membesar menjadi insan yang berguna pada keluarga, bangsa, agama, dan negara. Semoga kalian menjadi anak-anak yang pintar, berakhlak mulia, dan menghormati ibubapa dan semua orang yang lebih tua.

Sekian.







 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design