Tuesday, May 5, 2015

HARI PEKERJA DI ATAS KERETAPI

Mood tak berapa nak ada sangat ni. Mood cuti dok bersarang lagi dalam badan. Lemak la cuti empat hari, kan. Kenapa tak sambung lagi empat hari??
Dari bulan-bulan lepas lagi si kembar tak habis-habis dok ulang cakap "Tok ayah, jom nek tita api". Belakang rumah mak aku ada jalan keretapi. Jadi cukup jam memang tak berhenti-henti dumdamdumdang keretapi tu bunyik bila lalu. Anak-anak aku pulak terlompat-lompat suka walaupun tak nampak pun bayang keretapi tu sebab terlindung dengan semak! ahahahaha Ayah aku pulak memang tak sanggup nak dengar rayuan dan godaan depa dua beradik. Cucu sulung katakan. Macam aku dolu-dolu jugak. hikhikhik Jadinya dah alang-alang cuti sampai empat hari, jadi kami pun plan nak bawak budak kecik dua orang ni naik keretapi. Nasib la dok sebut nak naik keretapi, kalau dok sebut nak naik 'apai bubam'? Jenuh kering poket tok ayah hampa! Tak paham? Apai bubam tu KAPAL TERBANG! 
Mula dari planning nak bawak depa naik keretapi tu sampai la pada malam sebelum hari kejadian, aku dok risau tak habis-habis. Mana taknya, keretapi jalan pukul 7.20am, maknanya nak tak nak pukul 7 dah kena keluar rumah. Maknanya jugak aku kena bangunkan budak dua orang tu awal-awal pagi. Tidur malam pun tak berapa nak nyenyak. Aku terlebih kesian sebenarnya nak kacau tidur anak-anak. Kalau boleh tak mau ganggu langsung biar tidur diaorang cukup. Hari bekerja selalunya kami kendong sorang satu angkut masuk kereta nak hantar pegi taska. Sampai depan pintu taska dua-dua tercengang-cengang kebingungan. Eh semalam macam tidur dalam rumah, ni kenapa jaga-jaga dok dalam kereta?? 
Walaupun jarak stesen dari umah mak aku dalam 10minit ja, tapi isi minyak kereta segala memang makan masa. Tiba hari kejadian, mak aku pukul 4.30am dah bangun masak bekal. Mak aku siap masak semua, aku 5.00am baru bangun. Terbaik punya anak. hihihi Isi air panas dalam thermos, isi baju pampers towel bekas susu dalam beg, botol bawak ekstra, baru gaya nak tarik zip, UUWAAAAAA!! tangisan bergema. Tengok-tengok budak dua orang tu dah bangun duduk bersila. Tapi yang nangis berianya sorang ja. "Mama, tatak tiyak" Zara terus report kakak dia teriak bila nampak muka aku. Tengok jam baru 5.30 am! Good girls. Buat teruk ja aku pikir banyak sampai tidur malam pun tak nyenyak punya dok cari kaedah nak kejutkan budak dua orang tu bangun awal pagi! Bagi mandi pun hentam air segar dari paip besi jer. Dasar pemalas punya mak. Tapi aku memang ajar diaorang mandi air sejuk dari dulu, baru kuat sikit tulang tu. Masa baby dulu ja mandi air suam-suam kuku. Zara relaks ja tadah air dan jirus kepala, gosok muka. Tapi Mayra? Baru kena setitik dak menangis bagai nak rak! "Sujuk..sujuk.." Siap ketar-ketar bibir! Nyampah tau! Zara selamber badak jer. Nampak nau DRAMA. 
7.10am kami terpacak kat Stesen Keretapi Gurun. Sampai-sampai ja skrin kat stesen tu tulis, DELAY 20 MINUTE. Huh buat penat ja siap macam ribut. Mayra macam biasa la, mengada dengan tok ayah minta dukung tak habis-habis. Dia ingat tok ayah nak ikut sekali kot. Lupa pulak nak bagitau. Kami naik keretapi ni dari Gurun nak ke Padang Besar. Pegi nak keretapi, balik nanti naik kereta. Jadi ayah hantar kami naik keretapi, dan ayah drive ke Padang Besar nak jemput kami balik nanti. Kami pi ni ala-ala Rombongan Cik Kiah sebab mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu-sepupu sekali wan dan bini dia pun ikut sekali. Semua kaum kerabat mak aku ada dalam kejadian ini kecuali adik aku dengan wife dia dan laki aku ja tak ada. Depa tiga orang tu busy memanjang. Jadi bye-bye je la. Kira geng mak-mak dan anak-anak naik keretapi, geng pak-pak naik kereta. 
~Ni masa baru sampai stesen. Tengok la budak mengada tu asyik nak berdukung dan berkepit ja dengan Tok Ayah~
~Tengah tunggu ketibaan keretapi. Apa jeling-jeling Mayra??~
~Mama dan Zahraa'~
Kalau ikut jadual yang ditampal dekat board stesen tu, perjalanan dari Gurun ke Padang Besar ambik masa tiga jam. Kira keretapi jalan pukul 10.40am baru sampai. Semua macam 'Oh boring la lambat sangat nak sampai'. Bekal berbeg-beg pakat dok galas. Modal aku kek batik dan macaroni bakar. Wiwin memula tu dok diam-diam je. Seat untuk depa pun aku ambik sorang satu. Tak kuasa aku nak riba muatan 15kg atas riba selama tiga jam tu. Maunya hilang deria rasa kaki aku bila dah sampai nanti. Zara duduk sebelah aku, Mayra pulak duduk dengan Mak Tok. Tak sampai separuh perjalanan, si Mayra dah cebik-cebik. Menonong ja turun daripada kerusi dan cari seat aku dengan 'magnet' dia. Seat kami terpisah jauh sebenarnya. Jumpa-jumpa ja tak cakap banyak terus panjat dan 'rampas' seat Zara. Duduk baik-baik ja.

Lima minit ja duduk diam lepas tu depa pun jumpa kerja baik punya. Berlatih jadi pramugari kononnya! Habis dicabutnya alas seat. Lambung-lambung lipat-lipat. Ikut suka la nak oii.. Asalkan tak meraung tak tentu pasal mak kau dah lega. Aku awal-awal tu bajet keretapi bergerak ja wajibalqonnah budak dua orang tu tidur hanyut sampai ke Benua Antartika. Jadi bila depa tidur bersenang-lenang la sikit mak depa ni sepanjang perjalanan. Tapi kehampesan! Walaupun pakat dok menguap tak tau berapa ratus kali, gagah jugak celik bijik mata tu. Kesudahannya dok zikir "LAILAHAILLALLAH" hingar satu gerabak.
Perjalanan yang pakat dok sangka ambik masa sampai tiga jam tu tengok-tengok pukul 9 dah sampai! Macam bangang ja. haha Tak sempat nak panas punggung pun dok atas keretapi tu. hahahah Kami dah selamat sampai geng driver baru sampai kat Kodiang. Berzaman lagi baru nak sampai ke Padang Besar tu! Bila depa dah masuk area Padang Besar, tengok-tengok jalan jem la pulak. Tak sangka pulak cuti-cuti ni orang pakat berpusu-pusu nak masuk Thailand. Tunggu punya tunggu akhirnya ketua rombongan buat keputusan geng keretapi jalan kaki pi dekat kereta sebab kereta tak boleh bergerak langsung. Nak menghampiri stesen pun mau sejam lagi baru boleh. Lalu berjalan kakilah kami terkedek-kedek kendong dua budak kecik muatan 15kg darab dua orang. 
Bila dah berjaya parking tepi Bazar Padang Besar tu, kami berpecah. Shopping la satu bazar pun kalau kau mampu, tepat pukul 12.00pm semua kena kumpul dekat tempat parking balik. Lebih kurang macam tu la arahan ketua rombongan. Aku tak shopping beria sebab dalam kepala nak bagi anak-anak merasa naik keretapi saja. Tapi nilah hasil beli dan belahnya. Bukan aku punya, Mak Su aku punya. Family depa yang paling beria shopping.
Dari Padang Besar kami cari port tepi jalan untuk berkelah. Perut sorang-sorang dah menyanyi lagu pop ye ye campur dangdut dah. Lapik tikar, senduk nasi dan lauk. Layan diri je konsepnya. Tak kuasa nak berhidang-hidang. Siap makan segala, bincang lagi. Depa pakat nak pi mandi kat Gua Kelam. I follow je.

Sampai kat Gua Kelam, dua beradik tu pun 'kelam' sama. hahaha Zara terlentok atas Tok Ayah tepi surau. Mayra pulak jeles tengok adik atas riba Tok Ayah, cepat-cepat dia ikut Tok Su dia masuk dalam Gua Kelam tu. Tengok-tengok sedap ja dia lentok atas Tok Su. Nasib badan la Tok Su oii.. Boleh hilang 'kaki' kalau riba budak tu. Siap mandi semua kami pun menuju jalan pulang. Penat tak payah cakap la. Singgah sana sini dengan bawak budak kecik ni memang mencabar. Jujur aku cakap sejak ada anak ni tak pernah lagi aku pi jenjalan jauh-jauh. Paling jauh pun Perlis dengan Taiping ja. Penat hokay. Dalam kereta kejap gaduh, kejap nyanyi, kejap lawan tarik rambut, kejap berebut susu, kejap berebut bantal. Huuuu PENAT!!
Last but not least, belanja sikit gambar Mayra Zara bersama kesayangan depa Mak Tok dan Tok Ayah. Terima kasih bawak kami naik keretapi. Tu ja la kot cerita sempena Cuti Hari Pekerja kami. Lain kali kita paksa Baba ikut sama naa..
Love,
MAMA


Thursday, April 30, 2015

Kronologi Kelahiran The Twin

Si kembar dahpun dua tahun 3 bulan. Sekejapan saja rasanya. Macam baru semalam dikhabarkan bakal memiliki sepasang kembar. Terasa baru semalam bertarung nyawa melahirkan. Terasa baru semalam kedua-dua belah tangan di cucuk umpama tembikai rosak angkara darah di urat nadi liat untuk keluar. Terasa baru semalam terkedek-kedek menyusun langkah menuju NICU melawat anak-anak. Terasa semalam baru pertama kali memeluk dan mencium mereka. Hai masa, kenapa cepat sangat berlalu?

Fuh touching di pagi hari. Hari ni mood nak mengimbas kembali detik-detik kelahiran Wiwin. Aku peduli apa cerita ni dah basi pun. Bagi aku semuanya masih kekal segar dalam ingatan. Masih terbayang-bayang.

*********************************************************************************

2 Januari 2013

Kandungan memasuki minggu ke-30 masa ni. Harini ada check-up dekat Klinik Kesihatan Jalan Dato' Kumbar. Sebabnya mak ni penghidap kencing manis ye nak. Tetiba ja ada kencing manis jadi terpaksa la merelakan jemari montok aku ni dicucuk sehari empat kali. Tup-tup semalam punya test, gula naik sampai 12.8, doc pun terus sound kata aku makan tak pantang. Nak pantang apanya, aku makan untuk 3 orang. Harus la makan banyak. Ibu mengandung memang berselera hokay. Tanpa banyak cakap, doc tu terus buat surat suruh aku ke HSB dan masuk wad. Nak kena insulin hari-hari hokay. Lalu bermula episod tidur dalam wad. Aku enjoy ja tidur dalam wad sebabnya aku boleh bebas bergerak sebab masuk wad pun sekadar untuk berehat saja. Lebih utama pemakanan aku pihak hospital yang aturkan supaya kadar gula seimbang dalam badan. Tangan pun nurse tak drip langsung dan tak ada ubat pun yang aku kena makan melainkan Iberat. Memandangkan aku cergas jadi aku pulak dok bantu nurse tolong ibu-ibu yang baru melahirkan yang tak larat nak bergerak tu dok angkat baby depa pi mai pi mai. Hari ketujuh aku request nak balik rumah dengan alasan dah muak makan menu diet hospital. Pulun merayu kat doc nak keluar wad jugak-jugak. Ikutkan doc nak suruh aku stay dalam wad sampai bersalin. Kau gila?? Naik meroyan aku lama-lama makan tidur dalam wad tu.

Memandangkan doc pun mungkin kesian tengok mak berbadan 'gajah' ni buat muka kelat macam tertelan curut, jadi doc bagi aku balik rumah. Horay!!! Suker la mak pun. Tapi seminggu tidur dalam wad, balik-balik rumah dah aku tak boleh nak lelap mata pulak dah. Haru sungguh. Empat malam aku tercengang-cengang macam burung hantu.


13 Januari 2013

Hari ni aku ada appoinment dengan doc kat KK. Cek-cek tekanan darah terus blink-blink mata nurse tu! Tekanan darah aku 160/120. Nurse tanya aku stress ka? Ada jugak la rasa stress tu. Nurse tanya aku ada atau tak rasa fenin-fenin. Aku cakap tak pening pun, tapi dah empat malam tak boleh tidur. Lepas tu terus nurse tu suruh aku ambik nombor dan jumpa dengan doktor sebab dia cakap tekanan darah aku tinggi dan bahaya! Masuk ja jumpa doc, tak cakap banyak dah terus doc call ambulans. Boleh rujuk entry LEPAS (klik je). Nak jadi cerita, haritu aku pi klinik sensorang ja. Suami aku kerja luar kawasan. Pi klinik dia hantar, balik klinik pulak dia suruh aku call mak minta tolong ambik balik dari klinik.


*sorry nanti sambung*

Wednesday, April 15, 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Halloooo... Rindu kiter tak?? Haip tak baik tipu, baik ngaku cepat..kehkehkeh (Bajet follower berpuluh ribu!) Misi kuruskan badan masih berjalan. Tunggu next month kalau betul-betul berjaya nanti aku review prodok yang aku tengah guna sekarang hokay. So far ada perubahan walaupun masih tak berapa ketara. 

Berbalik kepada tajuk asal.

Aku dulu kalau mandi paling cepat pun 30 minit ouls. Semua nak kena belek. Kena pastikan betul-betul bersih dan wangi. Sampaikan kadang-kadang mak, ayah, adik dok jerit depan pintu bilik air, "Hoi cepatlah orang sakit perut niiiii !!!". Then barulah aku reti nak keluar bilik air. 
Aku sekarang mandi paling lambat 10 minit. PALING LAMBAT! Kau mampu nak berlama-lama belek jubin bilik air kalau dah asal kau masuk bilik air ja nanti ada yang dok ketuk pintu bilik tu macam main gendang? Kau mampu berlama-lama dalam tu kalau asal kau masuk ja akan ada dua budak kecik dok jerit "MAMA" non stop! Kau mampu nak dok lama-lama dalam bilik air kalau asal kau baru nak buka paip air dah ada yang bergaduh dan meraung macam kena dera depan pintu? Kau mampu?? Aku tak mampu der! Nak mandi sapu badan macam dolu-dolu memang tak istiqomah. Tension hokay! Paling aku tension dua-dua orang meraung macam kena tinggal dalam semak, then aku tiba-tiba buka pintu nak tengok kejadian sebenar, tup-tup automatik dua-dua berenti meraung. Paling tak tahan, no tears. YES NO TEARS!!!! grrrrr.... 

Tapi aku pulak yang cuak kalau masa aku masuk bilik air suasana sunyi sepi macam hutan tanpa bunyi cengkerik. Pernah sekali tu aku syok basuh bilik air, tak dengar suara langsung dari luar. Aku pun best la berlama-lama dalam tu. Bila aku keluar bilik air nampak dua budak tu tersengih-sengih macam kerang busuk tunggu aku keluar. Ya Rabbi..!!! Sorang muka macam opera cina, sorang lagi tangan macam pakai sarung tangan lab. Kuku macam mamak uli tepung roti canai yang terlupa nak basuh! Depa main aku punya KRIM PENCERAH SAFI yang liat tu!! Dahlah nak basuh susah nak keluar. Si Zara tukang sapu, Si Mayra tukang tadah muka. Bukan setakat muka, gigi pun penuh krim. Sahih dia makan menatang tu sambil tadah muka bagi adik sapu! Aku ada ambik gambar dua-dua orang, tapi malangnya gambar tu wiwin dah delate. Depa delate semua gambar-gambar dalam memory kad aku! uuwaaaaaaa...

Semalam pun sama. Sunyi sepi masa aku masuk cuci muka, gosok gigi, dan ambil wuduk. Aku mula-mula tu buat tak heran bila tak dengar sebarang bunyi potpet-potpet. Tapi aku memang syak depa mesti ada projek BESAR punya kalau mulut sunyi sepi macam tu. DAN tiba-tiba aku dengar satu bunyi yang agak aneh. Kelentang kelintung bunyi besi berlaga mozek. Ikut hati nak ja cepat-cepat lari keluar. Tapi memandangkan masa tu muka aku penuh dengan pencuci muka dan mata pulak tak boleh buka, jadi aku buat-buat tak dengar sebarang bunyi. Tiga minit lepas tu aku pun keluar dengan aksi terhendap-hendap macam orang nak mengintip anak dara. "YA ALLAH!!!!" Bergema jeritan mak tiri aku kat situ. Pintu peti air ternganga macam singa lapar!! Air sirap melimpah ruah atas lantai. Baju sorang-sorang merah macam baru lepas mengecat. "Mama...tenok ni..sapa uat?" Ewah-ewah boleh pulak tanya soklan bernas macam tu kat haku? "Adek nii..menampau..hamboiiiii" Amboi amboi amboi siap melampau jadi menampau pulak! Dah-dah tak payah nak tuduh-menuduh. Dua-dua sama ja. Kesudahannya aku mengemop tumpahan sirap dengan penuh sendu.

Aku dulu kalau esok nak kerja, pagi-pagi buta esok tu la baru aku terhegeh-hegeh terbongkok-bongkok iron baju. Tu pun sepasang ja. Kira tiap-tiap pagi ulang perkara yang sama. Pemalas tahap cipan punya manusia. Pepagi memang akan ada adegan termenung berpanjang-panjangan depan longgokan baju kurung-kebaya-dress semua. Garu kepala tak tau mana satu nak pakai. Kang mix and match nampak macam badut pulak. Selalu dok tanya mak, ada tak iron automatik? Asal petik suis zupzap-zupzap hilang semua kedut kat baju. "Hei hang dah pasai apa? Pemalas sangat, tu pun lambat siang nak kawen!" Dah kena ayat power macam tu tiba-tiba akulah pompuan paling rajin dalam Malaya. Sekali stok uniform ayah yang pakai 2 bulan setengah tak habis tu pun aku iron sekali.(Tapi iron baju ayah best sebab dapat imbuhan. Setiap hari pun aku sanggup! hihihi)

Aku sekarang asal weekend ja longgok kain baju nak pakai pi kerja tepi iron board. Stok seminggu terus. Kalau dok buat perangai macam zaman tak ada anak dulu alamatnya memang pakai baju tak bergosok pi kerja jawabnya. Pepagi memang tak ada masa yang cukup sejak ada anak ni. Dah longgok baju dan tudung untuk stok seminggu tu, aku pun bersila dan bersiap sedia nak mula gosok baju. Pasai apa aku bersila? Iron board aku ni jenis yang bersila punya. Ni iron board zaman belajar dulu lagi. Malas nak beli baru sebab elok lagi. Ok siap iron sehelai, aku hampar atas lantai cantik-cantik, tegang-tegang. Kira dah habis iron semua baru aku nak sangkut kat hanger. Tak payah nak bangun duduk berpuluh kali. Baru separuh iron baju seterusnya, tengok-tengok dua budak tu dok seketul atas baju yang aku hampar tadi!! Siap dok sebut "Pucing-pucing" Berpusing-pusing atas baju aku tu. Hadoiiii buat tikar zam-zam pulak daaahhhhhh!! "KAKAK!! ADIK!! Bangun..!!" jeritan mak tiri bergema ONCE AGAIN. Mencicit depa lari sembunyi belakang pintu. Pastu tetiba pulak henfon bunyik. Aku lari nak pi angkat phone, lupa nak tutup and cabut plug iron. Sambil cakap dengan Pak Fais aku baru teringat aku lupa tutup and cabut plug. Bila aku masuk dalam bilik yang aku iron baju tadi nak tau apa yang aku nampak ???
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
ni diaaaa..
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

OH MY GOD!!!!!
(Nasib depa pandai tutup and cabut plug)
Ok. Bye!

Tuesday, March 17, 2015

Bila Mama Ambil Anak Balik Dari Nursery

Serius tak tahu nak mula dari mana. BANYAK sangat ceritera nak diceritakan. Biasa la dah jadi mak orang ni asal cerita ja mesti tak boleh lari dari bercerita bab anak-anak. Bak kata pepatah yang aku selalu dengar, 'ANAK-ANAK ADALAH SYURGA SEORANG IBU".

Sebelum-sebelum ni aku pi dan balik kerja Pak Fais yang hantar dan ambik. Sama jugak dengan wiwin. Pi dan balik dari nursery Baba depa yang ambik dan hantar. Tapi bermula awal tahun haritu yakni sejak aku berpindah ke ofis baru, kanak-kanak dua orang tu awal-awal pagi depa akan ikut Baba pi nursery. Aku pulak rempit sorang-sorang ke ofis. Kalau ofis lama tak sampai 1km pun jarak dengan rumah. Ni ofis baru jarak dekat-dekat 10km. Nah ambik kau rasakan. Pagi gelap pekat wajib macam lipas kudung nak elak jem. Dok luar bandar pun jem?? Jangan buat dahi berkerut hokay. Rumah aku depan sekolah, nak ke tempat kerja pulak akan lintas sebuah lagi sekolah. Jadinya pagi-pagi kalau lewat seminit pun jawabnya setengah jam la baru nak boleh melintas. Sorry permulaan perenggan tak ada kena mengena dengan tajuk! huhu

Ok, balik ke cerita yang betul-betul nak cerita. Bermula tahun ni jugak, hari-hari aku yang kena ambik wiwin balik dari nursery. Memandangkan Pak Fais baru mula buat business baru, jadi dia hari-hari outstation tengah malam baru nampak rupa. Sampai bawah blok, aku tongkat ja motor terus berlari panjat tangga umah simpan handbag, sweater semua, kunci pintu, sarung sandle, terus jalan laju-laju nak pi menjemput bidadari's tu pulak. Kus semangat jugak la. Cungap-cungap sementara nak sampai depan pintu nursery. Ok dari jauh dah dengar si Mayra a.k.a kakak menjerit "Adeeeekkkk!! Mama mai..!!" sambil terlompat-lompat girang bila dia nampak aku dari jauh. Tak nyempat-nyempat dah nak sarung kasut dan cabut balik. Ok aku paham, seharian depa 'terkurung' kat situ mesti dok tertunggu-tunggu bila nak petang.

Lepas ambik beg dari pengasuh aku pun bimbit tangan kecik Zara sebelah kiri dan tangan debab si Mayra sebelah kanan terus jalan. Tapi sebelum berjaya sampai ke pagar utama kuarters, depa akan berpakat buli mak depa ni cukup-cukup. Hari pertama balik jalan kaki, ngam-ngam ja sampai dekat pagar kuarters si Mayra dah mula buat drama. Terlompat-lompat meraung macam kena dera bila aku tarik tangan dia masuk dalam pagar. Rupa-rupanya dia nak ajak aku ronda-ronda dulu. Memandangkan belakang kawasan rumah aku tu ada stesen bas, jadi aku pun bawak depa makan angin area tu. Punya la pusing kawasan tu sampai tak mau balik. Asal ajak balik ja dia buat drama. Kalau satu round ja tak apa jugak, ni lebih dari 6 round dok pusing area tu saja! Kau rasa? Ketaq lutut kot!

Hari kedua aku tak kuasa dah nak bawak depa balik ikut jalan utama. Serik semalam dah kena 'prank'! Jadinya aku bawak depa balik ikut jalan pintas dengan harapan akan cepat sampai depan pintu rumah. Langit pun kelam dah masa kami dok menapak nak balik tu. Aku suruh depa jalan cepat-cepat sebab takut termandi hujan. Tapi aku lupa yang laluan pintas tu ada taman permainan! Apa lagi nampak ja buaian, papan lungsur segala tu, menonong ja si Mayra lepas tangan aku dan lari nak pi main tanpa peduli hujan dok menitik atas kepala dia. Aku terlepas pegangan tangan Zara, dan sambar badan Mayra. Peluk kuat-kuat, takut terlepas sebab dia punya rontaan memang tahap dasyat. Buktinya kasut dia terpelanting merata-rata!

Aku jalan cepat-cepat. Sekali lagi aku lupa yang Zara pun ada. Elok-elok aku sampai bawah blok aku baru teringat nak cari Zara. Tengok-tengok dia dok sibuk kutip kasut kakak dia yang berterabur atas jalan tadi tu. Tangan sebelah kanan tutup kepala dari terkena air hujan (walaupun sais tapak tangan dia tak sampai pun suku dari sais kepala dia!), tangan kiri pegang sebelah kasut kakak, dan yang lagi sebelah dia kepit kat dagu sambil jalan perlahan-lahan nak balik rumah. Cuba korang imagine apa yang aku cerita ni. Tetiba rasa touching sangat. Aku macam nak meraung dah tengok Zara. Walaupun baru umur 2 tahun tapi dia ni jenis berdikari, matang. Mayra pulak terus berhenti buat drama dan jerit panggil adik dia. Zara sampai ja depan aku "Mamaaa..Ni tasut tatak" sambil tunjuk kasut yang dia kutip tadi. Kakak gelak mengekek, ambik kasut dari tangan adik dia sambil cakap "taaacihhh". Aku yang tadinya nak tukar warna hijau sebab geramkan si Mayra terus tak jadi. Rasa nak nangis giler masa tu.

Seminggu yang pertama depa memang buat akal macam-macam sementara nak sampai rumah. Tapi lepas-lepas tu dah ok. Sambil balik tu aku sambil sembang dan tanya depa macam-macam nak bagi depa ralit. Masuk-masuk ja dalam rumah kalut minta air. Kesian. Letih berjalan.


Ni gambar baru balik dari pasar malam. Dapat Hello Kitty sorang satu. Reward sebab dah tak buat perangai bila balik dari nursery.

Sama tak muka depa??

Ok. Bye!

Wednesday, February 4, 2015

Coretan Februari

Assalamualaikum..

Februari sudah menjenguk kita. Aku memulakan tahun baru 2015 dengan lembaran penuh kegembiraan. Tahun 2014 ditinggalkan dengan 1001 kisah duka yang tak ingin dipandang lagi.

Tanggal 1 Januari 2015 aku berpindah ke tempat kerja baru. Bos baru. Kawan baru. Persekitaran baru. Cabaran kerja baru. Semuanya serba baru. Dari SMK Kubor Panjang yang punyai hampir 200 orang guru aku bertukar ke SK Bendang Raja yang hanya punyai 19 orang guru! Subhanallah. Sungguh aku risau aku tidak akan punya sebarang kerja kerana sekolah ini terlalu kecil nak dibandingkan dengan tempat kerja lama. Tapi bak kata petapatah, tak kenal maka tak cinta. Tak dinafikan terlalu jauh bezanya tempat kerja lama dan baru. Namun dalam skop tempat kerja yang kecil ini, kami bagaikan sebuah keluarga besar. Tak sampai 2 minggu di sini, aku seakan sudah dua tahun berkenalan dengan semua mereka. Baik dari guru besar hinggalah pengawal keselamatan hatta pekerja kebersihan sekalipun, semuanya terlalu mesra dan mengalu-alukan kehadiranku di sini.
Beban tugasnya pula terlalu banyak dek kekurangan staf. Keadaan ini menjadikan aku bagai lipas kudung sehari-harian. Namun aku gembira, sekurang-kurangnya tidak akan ada lagi istilah 'makan gaji buta'.. Di sini sifar kes ponteng sekolah. Ya lah budak sekolah rendahkan. Bak kata cikgu-cikgu kat sini depa tak tunjuk taring lagi. Harapan aku mereka kekal tak ponteng sekolah sampai tamat Tingkatan 5! Kesian kot aku dok tengok waris keluar masuk pejabat mengadap PK Hem sebab kes anak tak mau mai sekolah.

Namun kegembiraan tak selamanya kekal. Tanggal 10 Januari 2015, kesihatan anak-anak mula menunjukkan kemerosotan. Bermula dengan demam panas-sepanasnya dan tak tidur malam, dada berombak kencang, batuk tanpa henti hingga seakan pesakit lelah. Sampai satu tahap mereka cirit-birit dan tak lalu makan. Jadinya aku terus bawak depa ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah. Aku bawak siap-siap 'bekal' flusk air panas, baju-baju depa sebab naluri aku kuat sangat rasa yang depa akan kena tahan dekat wad. Dalam pukul 6.30 petang kami sampai hospital, pukul 7.30 masuk jumpa doktor, terus anak-anak kena neb. Dua-dua merayu nak dok atas riba aku. Budak-budak ni kalau sakit memang tak hingin kat sapa-sapa pun. Semuanya MAMA. Lepas pujuk-pujuk si kakak akhirnya tertarik dengan topeng neb tu. Jadi Pak Fais amik dia dan senang ja dia sedut asap neb tu tanpa raungan dan rontaan tahap dasyat macam selalu. Lepas tu kena X-Ray sebab doc nak pastikan lung depa clear. Dipendekkan cerita depa kena tahan wad sebab kandungan oksigen dalam badan makin berkurang. Kiranya pecah rekod tahun baru kami empat beranak bermalam dalam wad. Memandangkan aku baru tukar tempat kerja baru, jadi tak manis nak minta cuti. Jadinya sekali lagi terpaksa menyusahkan mak ayah aku. Sebelah siang mak tunggu anak-anak dara tu dekat wad. Tapi mak tak menang tangan nak jaga depa sebab asal nampak manusia seragam putih ja depa dah meraung bagai sambil dok jerit "CIK TOT!!!". Trauma tengok doktor. Jadinya ayah berkorban dan amik cuti untuk sama-sama jaga cucu kat wad. Terima kasih sangat-sangat mak ayah! Aku pulak habis waktu kerja terus terbang ke hospital.

5 hari 6 malam depa dalam wad. Tanggal 16 Januari 2015 bersamaan dengan tarikh lahir depa, dua-dua discharge. Alhamdulillah.

~sakit pun tetap aktif~

~ni masa dah keluar wad. tengoklah banyak nau barangnya. Seminggu berkampung~



 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design