Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Pertemuan Mengusik Jiwa : Wanita Itu Cerminku Di Usia Senja

Semalam, usai menunaikan fardhu Maghrib aku pantas mengenakan hijab di kepala. Sementara menanti ketibaan family Makcik Norma dan Mr. T, ada misi yang perlu aku laksanakan. Misi yang memerlukan aku ambush pasar malam Taman Nuri. Ayah mengarahkan aku pergi membeli durian untuk disajikan kepada tetamu sebentar lagi. Belum sempat melangkah keluar, kedengaran seperti ngauman motosikal dimatikan di laman rumah dan serentak dengan itu lafaz salam berkumandang dari luar. Aku, mak, dan ayah saling berpandangan. Siapa datang?

Emak membuka pintu. Emak seakan terpinga-pinga kerana tidak mengenali tetamu yang hadir. Aku turut sama menyibukkan diri. Sepasang suami isteri datang dengan menunggang sebuah motosikal lusuh. Ayah menjenguk ke muka pintu.

"Pak Njang!! Mai masuk Pak Njang, Mak Njang..!" Kedengaran ayah bersuara menyapa tetamu. Gembira campur terkejut. Ayah menyambut mereka di muka pintu.

Pak Njang? Pak Njang mana? Aku cukup prihatin terhadap kesemua sanak-saudara tidak kira dari sebelah emak mahupun sebelah ayah. Namun mengapa raut wajah lelaki yang ayah gelar 'Pak Njang' itu tidak pernah aku lihat selama 23 tahun 21 hari aku hidup di muka bumi ini?? Siapakah gerangan lelaki itu?? Rupa lelaki itu seakan-akan Tok Ayah (datukku di sebelah ayah), kulitnya juga sama - hitam manis. Mungkinkah adik Tok Ayah?

"Kakak, Adik, mai salam. Ni Tok Njang, adik Tok Ayah!" Suara ayah membuatkan tanda seruan yang terlompat-lompat dibenakku habis bersepai. Benarlah, itu adik Tok Ayah. Namun seumur hidupku, inilah kali pertama aku bertemu empat mata dengannya.

Aku menghulurkan tangan dan tunduk tertib mencium tangan lelaki itu. Aku tersenyum mesra memandang Tok Njang. Terasa kasih pantas meresap ke dalam jiwa. Entah mengapa aku rasa kasihan melihat lelaki itu.

"Ni yang sulung." Ayah memperkenalkanku kepada Tok Njang suami isteri. Aku lantas meminta diri untuk terus ke pasar malam. Pastinya ruang yang aku tinggalkan untuk mereka akan merungkai segala rindu dendam setelah lama tidak bersua. Baru aku teringat sesuatu. Mak Tok (nenekku di sebelah ayah) dan emak pernah bercerita tentang seorang 'adik Tok Ayah' yang sering menghilangkan diri. Mengapa dia menghilangkan diri? Hanya Tok Njang saja yang tahu jawapannya. Semenjak itu aku dan sepupu-sepupuku sibuk berbincang dan tertanya-tanya bagaimana rupa adik Tok Ayah yang satu itu. Antara kami semua, tidak ada seorang pun yang pernah melihat wajah Tok Njang. Pertemuan dengan Tok Njang yang tidak dijangka itu sememangnya mengusik jiwaku.

Aku pulang dengan membawa 12 biji durian. Mr. T membuka kesemua durian itu dan dihidangkan kepada tetamu. Sambil menikmati hidangan makan malam,

"Macam muka Kak Yam," Kata isteri Tok Njang sambil memandangku. Kak Yam yang dimaksudkan ialah nendaku. Aku hanya ketawa. Tidak dapat disangkal lagi kerana sememangnya itulah hakikatnya. Aku sememangnya mirip nenda. Aku bagaikan cermin nenda di usia muda. Aku mewarisi nenda dalam banyak perkara. Baik dari segi paras rupa, tona kulit mahupun suara. Sikapku juga banyak yang diwarisi dari nenda. Pergilah ke mana sahaja, aku tidak akan terlepas dari menerima komen seumpama itu.

Cuma Mr. T sahaja yang tidak mengakuinya. Katanya nenda lebih lembut dariku sedangkan aku kepala batu! Sebenarnya Mr. T tidak pernah tahu, kepala batu itulah yang aku warisi dari nenda sebenar-benarnya!
~sama tak??~
Ini pula Tok Ayah..

Tuesday, November 29, 2011

Adik Dah Konvo, Kakaknya Bila Lagi?

Assalamualaikum..
Alkisahnya, sedang saya bergelut dengan final segala bagai, mak, ayah, dan adik dengan penuh suka sukinya boleh pi melancong ke Ganu Kite.. Hadoiiii... Bikin panas betul.. Penuh kejelesan melanda sanubari ini.. Mereka pergi tanpa saya. Saja ber'touching' lebih. hehe Sebab musabab utamanya depa ni adalah kerana nak meraikan adik saya sempena Majlis Konvokesyen Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP).
Tambah-tambah panas hati bila ada ja orang akan ulang-ulang tanya soalan klise :

"Adik dah konvo. Kakaknya kenapa tak konvo-konvo lagi?"

Aduhaiii...
Sabar ye makcik-makcik, pakcik-pakcik sekalian. Nanti kakaknya dah konvo, satu Malaya akan tahu!
Tengok ni ha, mereka ambik kesempatan di atas ketiadaan saya. Siap melukis kat pantai segala.
Waaaa nak nangis ja rasa bila tengok gambar penyu ni..
Tapi mereka tetap tidak melupakan saya. Nama saya diukir besar-besaran dan Pantai Batu Rakit jadi saksinya. Sungguh terharu :'(

Adik pun selamat berkonvo dengan jayanya. Tahniah buat adikku.. Selamat maju jaya. Semoga kejayaan terus mengiringimu..
~Ayah & Adik~
~Mak & Adik~
~Adik & Ikhwan : Si Pelajar Cemerlang~
~Tahniah buat anda semua~
~Mak, Adik & Ayah~


Saturday, July 2, 2011

Sireh Pulang Ke Gagang : Edisi Mengutip Buah Rambutan :)

Assalamualaikum.

Penat belum hilang, peluh belum kering, ruangan blog memanggil-manggil jemari aku mencoretkan kisah seharian ini. Gembira !

Aku baru balik dari dusun buah milik tuan kebun. Oleh sebab kami tak punya dusun buah (setakat sepokok, 2 pokok buah durian + rambutan tu ada la), jadi ayah dan the sepupu's beliau buat satu pakatan nak p serang kebun tuan kebun tu. Pernah dengar perkataan pajak? Bukan pajak gadai ye. Ni pajak pokok! Satu masa dulu aku pun pening-pening lalat, apa tu pajak pokok! Yang aku tau pajak gadai ada la. Tapi hari demi hari barulah aku reti dan faham istilah dan makna disebalik pajak pokok tu. Bagi yang masih penuh telinga kera dalam kepala, akibat tak paham istilah yang aku guna pakai ni, pajak pokok tu kira macam kita booking sebatang pokok buah-buahan (berapa batang pokok pun tak kisah, bergantung pada berapa banyak buah yang kita nak makan) dari tuan kebun, dan kita bayar la harga sepokok tu berapa RM ikut pada harga yang tuan kebun tetapkan. Jadinya bila kita pi kebun dia, kita boleh makan kesemua buah dari pokok yang kita pajak tu. Nak makan ranting dengan daun pun tak ada masalah. Asalkan kita tak tebang pokok tersebut! :-p

Berbalik pada cerita keseharian kesuntukkan ini. Rancangan asalnya kami nak pi dinihari. Tapi disebabkan anak-anak the sepupu's kesemuanya pakat sekolah di hari Sabtu dan berlari untuk negara kononnya, (sorry to say, to me 'berlari' for nothing!) jadi rancangan tergendala, siaran juga tertunda. Lepas solat Zohor baru kami mulakan ekspedisi yang advanture itu. Lima buah kerata kesemuanya. Ada la dalam 30 orang lebih, termasuk babies. Masing-masing dah lapar buah! Dusun yang menjadi mangsa tadi dok dalam daerah Sik. Sepertimana tajuk entry kali ini, Sireh Pulang Ke Gagang.. Iya la dulukan aku penghuni daerah Sik yang indah permai. Dusun siapa? Maaf. Aku tak tau nama tuan dusun yang baik hati dan sporting tu. Yang aku tau dusun dia ada buah rambutan, durian, nangka, cempedak, manggis, dan rebung. Pokok epal pun ada tau!!

Kira nostalgia sangat bila menghala ke daerah Sik. Banyak kenangan di sana. Belajar ABC, belajar berlari, jatuh bangun, belajar memandu hinggakan kereta jatuh dalam cerun tinggi, malah belajar cinta monyet juga di sana! Sungguh sampai mati pun aku takkan pernah sama sekali melupakan daerah itu! Walaupun agak terpencil, namun daerah itu menyimpan semua lipatan sejarah kehidupan aku.

Kami sampai kat kebun tadi lebih kurang pukul 3.00 petang. Tugas aku dengan anak-anak the sepupu's yang merangkap dua pupu aku tu, melapik tikar di bawah pohon rambutan. Tak tengok kiri kanan dah, semua pakat serbu buah durian. Aku tengok secara rawak, buah durian ada la dalam 40-50 biji. Memang tak termakan sebab banyak sangat. Jadi bila dah tak larat makan kami angkut masuk dalam kereta dan agih-agihkan sama banyak dalam bumper setiap kereta. Naik juling biji mata, pening makan durian banyak sangat.

Masuk bab rambutan. Dua pokok rambutan yang di pajak tu licin buahnya. Siap tebang dahan lagi. Anak-anak tuan kebun pulak tak henti-henti membantu mengutip buah untuk kami. Padahalnya anak tuan kebun tu baru 6 tahun! Macam buah durian juga, buah rambutan yang kami dah tak larat nak makan kami sumbat masuk dalam bumper kereta. Nak jimatkan ruang, mak dengan ayah kopek buah rambutan tu satu demi satu dan masukkan dalam bekas kedap udara yang kami bawa dari rumah. Dalam bekas tu mak isi ais kiub sekali. Kiranya, bila dah sampai rumah nanti, buah rambutan tu dah macam baru keluar daripada freze.. :)

Pukul 5.00 petang kami bertolak balik dengan senang hati. Terima kasih tuan kebun. Tahun depan kami serang lagi. Jangan tak percaya, tuan kebun tak mau ambil sebarang bayaran! Mungkin sebab tuan kebun dah tak larat nak makan buah dan mungkin juga sebab tuan kebun kenalan rapat ayah. Namun ayah dan the sepupu's tidaklah sekejam mana. Bayaran tetap dilakukan. Tapi aku rasa ralat + rugi. Sebab ayah bawak MYVinya saja pi dusun tu, jadi kami tak boleh bawak balik buah yang banyak. Harini En. Tunang sibuk, kalau angkut pakai Storm En. Tunang mesti dengan dahan pokok yang dah dipajak tu sekali kami boleh bawak balik! En. Tunang dengan penuh kejelesannya sebab tak dapat ikut di saat-saat akhir.

Kenyang perut senang hati.

*Sibuk makan + kutip buah sampaikan aku terlupa nak snap walau sekeping gambar!

Wednesday, February 16, 2011

CINA PUNYA RAYA MELAYU SIBUK SAMA..

salam...
huiiii lamanya aku x update benda alah ni. sibuk mengalahkan menteri tau. nak kira stok lagi.
nak key-in senarai nama bintang lagi. nak singgah beli nasi lemak lagi. nak perabis cucur kak bah lagi. nak bergaduh ngan abg yut lagi..hehe semuanya perlukan aku. wahh ala-ala riak gitu. xbaik tau.
tuhan marah.huhu

bukan tak ada story. banyak sangat2 story tau. story aku masuk istana. story aku di belanja kek sicret recipe. story aku dapat pass wisma. story demi story. bermacam-macam story la.

tapi semenjak menjadi carrier women ni semuanya terbatas. even nak bercinta pun tak menyempat tau..hahaha

alkisahlah TAHUN BARU CINA minggu lalu dah habis tempat di malaysia ni aku jelajah
alih-alih pagi jumaat bersamaan dgn 7.2.2011 lepas subuh ja mak awal-awal lagi dah pesan :
"jangan tidur balik" huhu

aku dengan penuh kesaspenannya pun x jadi la nak menyambung mimpi..
plan awalnya sekadar nak ke padang  besar, perlis ja..
tup-tup atas arahan dari jeneral iaitu JENERAL IBRAHIM HARUN (ayah aku la tu..haha) kami pun pantas mengemas baju..

destinasi kami???

RANTAU PANJANG, KELANTAN..

aku ni tak la berapa xcited sangat..
aku tak berapa gemar ke tempat-tempat camtu..
sebab bagi aku barang-barang kat situ semuanya tiruan..
aku lebih mementingkan keaslian..
cewah...macam bagus ja kan...

kami pun memulakan perjalanan ke sana..
dalam mata aku cuma dok terbayang pot-pouri dan barang-barang hantaran ja..
sebagai persediaan awal..
mak pula awal-awal lagi dah cakap
"nak beli carpet. nanti nak pasang masa rombongan meminang mai"..
huhu
ayah tak terkata apa..
mana taknya, pokek ayah yang bakal berlubang..
haha

perjalanan ke sana tersangatlah tak lancar..
jem sepanjang jalan..
yala dah nama pun tahun baru cina..
itulah yang di katakan,

CINA PUNYA RAYA MELAYU SIBUK SAMA..

bayangkanlah,
kami keluar dari rumah tepat jam 9.30 pagi..
nak tau pukul berapa kami tiba di rantau panjang??

5.00 petang..

tak percaya??
itulah hakikatnya..
kebiasaannya perjalanan hanya mengambil masa dalam 4 hingga ke 5 jam sahaja..
pinggang ku dah rasa macam nak tercabut seharian di dalam kereta..

nak parking kereta satu hal,
nak beli barang satu hal..
sesak semuanya..
kesudahannya aku hanya beli sehelai tudung tanda kenang-kenangan..
mak pula hanya berputih mata..
katanya di alor setar lagi murah..
ayah dengan adik pula dapat pistol sorang sepucuk..
haha
pistol nak tembak cicak di rumah kata mereka..

minyak kerata dah habis setangki ni..
mai jauh-jauh barang apa pun tak dapat..
nak masuk ke kota baru memang dah tak boleh..
jalan sesak..
last-last kami menghala ke terangganu..
air muka adik yang pada mulanya keruh terus bertuka jernih..
ya la nak ke tempat kesayangannya kan..
bertahun dia belajar kat ganu..
mestilah 1001 kenangan yang dia tinggalkan kat situ..
macam aku juga..
even hanya 1 sem di uitm pahang,
tapi sampai sekarang aku tak pernah lupakan kampus tu walau sesaat..

dalam perjalanan ke terangganu,
sekali lagi terpaksa lalu jalan yang jem..
hadoiiii....
penat kaki dok menekan clucth..
kami sampai di terangganu tepat 1 pagi..

penat tak terkata...




awal-awal pagi dan dah pening-pening lalat ni..
sempat la aku snap pic bandar cantik ni..
walau pun dah lebih 10 kali ke sini,
tapi aku tetap terpegun tengok bandar ganu ni..


pusing-pusing 1 bandar kuala terangganu,
hotel FULL...
semurah-murah hotel hinggalah yang paling mahal
semuanya full..
last-last ayah cadangkan kami minum segelas kopi dan terus balik alor setar!!!!

mak oiiii
kerja gila namanya...
bukan dekat...

pusing punya pusing cari hotel,
kami masuk ke kawasan batu rakit,
dapat la satu homestay...
baru saja dibina,
kiranya kami ni pelanggan pertama...
bayaran??
RM180 tunai...
kami masuk 1.30 pagi..
sepatutnya separuh harga la, kan?
ayah bayar ja tanpa banyak bicara...
janji boleh tidur..

dan kami pun tertidur kepenatan..


keesokkannya,
kami ke TAMAN TAMADUN ISLAM..
keterujaan melanda diriku...
pertama kali masuk tempat ni tau...
tak di sangka-sangka,
raja perlis, tuanku syed sirajuddin dan keluarga turut berada dalam taman ni...
sempat la aku berbalas lambaian tangan dengan baginda..
macam kawan aku ja kan?
hehe
ya la kan aku belajar di negeri naungan baginda..
hehe...
hayatilah permandangan sekitar taman ni ok...
tak kuasa aku nk cerita panjang-panjang..hehe



tak nampak macam kt malaysia kan..













aku kat syria ni..best..

ni MASJIDIL HARAM..tak ada peluang lagi nak tengok yang real, dapat tengok yang replika pun kira aci la kan..


di hadapan MASJID AL-AQSA..

macam kt sana betul kan?



TAJ MAHAL

MASJID PATTANI..


kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Alor Setar..

DAN...

sekali lagi terpaksa menempuh jem yang maha teruk..
hampir 5 jam kami terperangkap dalam jem..

sampai d a.s aku dah tak daya nak cakap banyak..
terus ja tidur...
esok-esok aku update pasal masuk istana pula ya..
daaaaa....
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design