Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Anugerah Cemerlang Lagi :))

Assalamualaikum Syemua :))))
Udah sarapan ke kalian semua? Hujan renyai-renyai sejak semalam lagi. Di saat-saat akhir pula, pensyarah call saya, "Kelas batal ye".
Saya terus bagi jawapan hipokrik kepada pensyarah tersebut, "Ala..ya ka...."
Cuba bagi jawapan menyatakan kekecewaan di atas pembatalan kelas terbabit..hehe Padahalnya rasa macam nak lompat-lompat setinggi meja (tinggi tu ja la yang termampu lompat pun).. Dalam hati pulak Tuhan saja yang tau, berulang kali dok ucap ALHAMDULILAH :))) Memang dari pagi tadi nak bangun rasa malas tersangat-sangat. Haih apa la nak jadi, FINAL dah dekat oiiiiii.....

Lupakan seketika perihal final, test, quiz, assigment, dan segalanya. Meh sini nak story sikit. Kira cerita terbaru, terhangat lagi nih. Alkisahnya minggu lalu bersamaan dengan hari Rabu, 19 Oktober 2011, sekali lagi 'fakulti' saya mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang. Alhamdulilah, untuk semester lepas sekali lagi saya memperolehi pointer yang melayakkan saya untuk naik ke pentas terima hadiah cemerlang sekali lagi. Cumanya, pointer semester lepas sedikit merosot berbanding dengan pointer sebelum ini.. :(

Sebelum nak naik pentas, semestinya aktiviti mencari baju baru perlu didahulukan. Hari glamour katakan. So, pastinya Mr. T menjadi bodyguard saya ke hulu ke hilir mencari baju yang sesuai. Dari satu kedai ke satu kedai, semua kedai yang jual baju pasti kami akan jelajah hingga ke hujung pelosok. Namun satu pun tak berkenan di hati. Mahu tidak mahu, dipaksanya saya membuat pilihan dan sebelum balik saya wajib beli sepasang baju. Sebabnya, beliau tidak mahu saya menjelajah seorang diri. Hasilnya, dapatlah sepasang jubah moden berwarna HIJAU! Warna yang paling tidak DIGEMARI oleh Mr. T.. :))

Amacam? Cantik tak baju baru I ?

Perjalanan majlis bermula seawal 8.30 pagi. Agak berdebar-debar menanti masa untuk mendaki tangga pentas utama kerana hari ini saya dikehendaki mendeklamasikan sebuah sajak yang dicipta khas untuk majlis ini. Persembahan dibuat sebagai menghormati permintaan salah seorang pensyarah saya, Puan Sal.
Harap maaf diatas ketidakjelasan gambar ;p
Selesai mendeklamasikan sajak selunak mungkin, belum habis meniti tangga pentas, pasangan MC terus mengumumkan agenda penyampaian hadiah yang memaksa saya berlari-lari emak mengelilingi pentas. Fuh kus semangat. Dengan sakit di bahagian lutut yang terus menyengat bersama heels runcing 3 inci, syukur saya tidak jadi 'nangka busuk' dipertengahan larian dan anugerah tersebut selamat dalam pelukan.

Hummmm kata orang, sekeping gambar mampu menceritakan segalanya. Jadi kali ni, biarlah gambar bercerita pula. Tetiba ja idea lari bersepah..heheh

Ini classmate yang merangkap roomate saya. Harus snap gambar dengan anugerah.
~Santapan kami di hari tersebut. Nasi + ayam = Not bad. Tapi kari = Hangit~
~Trio kami yang tak cukup korum~

Puan Sal = Berbaju Ungu :)
Dikesempatan ini, saya ingin menyatakan berjuta-juta terima kasih kepada semua guru dan pensyarah yang pernah mengajar saya selama ini. Tanpa kalian, saya tidak mungkin akan naik pentas lagi.

Buat Bonda dan Ayahanda, terima kasih yang tak terhingga. Pengorbanan kalian tidak ternilai. Segalanya dikorbankan untuk anakmu ini tanpa mengira masa, wang ringgit mahupun tenaga.

Buat En. Fais aka Datuk Bandar, kata-kata semangat darimu meresapi sanubariku...

Friday, July 8, 2011

Back To School :(

Assalamualaikum.
Sudah solatkah kalian semua?
Semoga ibadah kita sentiasa diterima oleh-Nya. Amin :)
Diam tak diam sudah setengah tahun menginap di villa keluarga. Hampir sebulan juga mengendong gelaran single but not available. Masa kembali bersekolah dah sampai. Rasa macam baru enam minit bercinta dengan kepulauan bantal setiap malam. Cepat sungguh masa melompat-lompat meninggalkan kita yang masih terus alpa dengan nikmat dunia. Setelah  penat lelah berakhir sudah lani aku bakal penat lelah lagi. Penat lelah memunggah almari baju, dah menidurkan 'mereka' nyenyak-nyenyak di dalam beg. Mengemas kesekalian buku-buku yang koma dalam kotak selama ini, masuk dalam beg kuliah balik. Fuhhhh...serius aku malas! Migrain pun mai ziarah dah ni. Kalaulah baju dan buku tu boleh bergerak sendiri...

Tiga hari lepas dah puas aku berlenggang lenggok menyusuri lorong barang-barang basah dan kering di Souk Al-Bukhari dengan tujuan berlatih jadi suri rumah yang berdedikasi.. Opssss...bukan sebenarnya, aku pi mengasah bakat untuk jadi seorang tukang shoping yang disegani..hehehe Sementelah aku hayun langkah kaki seorang diri di tengah hari menjeling-jeling lorong kegemaran aku (semestinya lorong ais krim dan makanan), berpusing-pusing mencari rak agar-agar serbuk yang tersembunyi, sehinggalah aku menjumpai lorong sarung kaki yang disangkut tinggi-tinggi dan memaksa aku guna sehabis ketinggian. Padahal nak beli sepasang ja pun. Hai macam baru nak masuk darjah satu ja ni tau. Sampai nak tercabut tumit aku merayau-rayau, ini saja hasilnya..



Dengan bayaran sebanyak RM 89.86 tunai..

Yang sebenarnya aku ni maha fokus orangnya. Tambah-tambah lagi bila bab nak mengosongkan dompet Leno kesayangan aku tu. Aku juga tukang survey yang cukup teliti. Sebab tu awal-awal lagi pihak penaja dah bagi pesanan berbayar, "Pi beli barang, bukan survey barang!". Oleh hal yang demikianlah hanya barang-barang di atas saja yang aku beli walaupun hampir sehari suntuk aku berpusing-pusing dalam hypermarket tu! 

Duit yuran ayah dah bayar, baju-baju pun dah selamat tidur dengan khusyuk, barang keperluan pun dah beli. Tapi persoalannya di sini, boleh tak kalau aku nak belajar dari rumah ja? Tak perlu masuk kampus dan menginap di asrama yang cantik tu? Tak payah menghabiskan tenaga meniti tangga-tangga kejayaan? Tak payah berebut-rebut menyidai baju di ampaian? Tak kena pakai baju penguin seminggu dua kali?

Mustahil. Memang mustahil. Sedangkan rumah kata pergi, sekolah kata mari.

Makkkkkkkkkkk......!!!
Cek tak mau pi sekolahhhhhh!!!!!!



*Sedikit masa lagi, entry aku bakal ditulis dengan Bahasa Inggeris sepenuhnya demi menyahut cabaran   seseorang
*Sambungan entry Story Tunang (Part 1) masih dalam pembikinan. Belum cukup masak ranum untuk dipamerkan pada umum :)
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design