Showing posts with label sukaduka. Show all posts
Showing posts with label sukaduka. Show all posts

Wednesday, April 15, 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Halloooo... Rindu kiter tak?? Haip tak baik tipu, baik ngaku cepat..kehkehkeh (Bajet follower berpuluh ribu!) Misi kuruskan badan masih berjalan. Tunggu next month kalau betul-betul berjaya nanti aku review prodok yang aku tengah guna sekarang hokay. So far ada perubahan walaupun masih tak berapa ketara. 

Berbalik kepada tajuk asal.

Aku dulu kalau mandi paling cepat pun 30 minit ouls. Semua nak kena belek. Kena pastikan betul-betul bersih dan wangi. Sampaikan kadang-kadang mak, ayah, adik dok jerit depan pintu bilik air, "Hoi cepatlah orang sakit perut niiiii !!!". Then barulah aku reti nak keluar bilik air. 
Aku sekarang mandi paling lambat 10 minit. PALING LAMBAT! Kau mampu nak berlama-lama belek jubin bilik air kalau dah asal kau masuk bilik air ja nanti ada yang dok ketuk pintu bilik tu macam main gendang? Kau mampu berlama-lama dalam tu kalau asal kau masuk ja akan ada dua budak kecik dok jerit "MAMA" non stop! Kau mampu nak dok lama-lama dalam bilik air kalau asal kau baru nak buka paip air dah ada yang bergaduh dan meraung macam kena dera depan pintu? Kau mampu?? Aku tak mampu der! Nak mandi sapu badan macam dolu-dolu memang tak istiqomah. Tension hokay! Paling aku tension dua-dua orang meraung macam kena tinggal dalam semak, then aku tiba-tiba buka pintu nak tengok kejadian sebenar, tup-tup automatik dua-dua berenti meraung. Paling tak tahan, no tears. YES NO TEARS!!!! grrrrr.... 

Tapi aku pulak yang cuak kalau masa aku masuk bilik air suasana sunyi sepi macam hutan tanpa bunyi cengkerik. Pernah sekali tu aku syok basuh bilik air, tak dengar suara langsung dari luar. Aku pun best la berlama-lama dalam tu. Bila aku keluar bilik air nampak dua budak tu tersengih-sengih macam kerang busuk tunggu aku keluar. Ya Rabbi..!!! Sorang muka macam opera cina, sorang lagi tangan macam pakai sarung tangan lab. Kuku macam mamak uli tepung roti canai yang terlupa nak basuh! Depa main aku punya KRIM PENCERAH SAFI yang liat tu!! Dahlah nak basuh susah nak keluar. Si Zara tukang sapu, Si Mayra tukang tadah muka. Bukan setakat muka, gigi pun penuh krim. Sahih dia makan menatang tu sambil tadah muka bagi adik sapu! Aku ada ambik gambar dua-dua orang, tapi malangnya gambar tu wiwin dah delate. Depa delate semua gambar-gambar dalam memory kad aku! uuwaaaaaaa...

Semalam pun sama. Sunyi sepi masa aku masuk cuci muka, gosok gigi, dan ambil wuduk. Aku mula-mula tu buat tak heran bila tak dengar sebarang bunyi potpet-potpet. Tapi aku memang syak depa mesti ada projek BESAR punya kalau mulut sunyi sepi macam tu. DAN tiba-tiba aku dengar satu bunyi yang agak aneh. Kelentang kelintung bunyi besi berlaga mozek. Ikut hati nak ja cepat-cepat lari keluar. Tapi memandangkan masa tu muka aku penuh dengan pencuci muka dan mata pulak tak boleh buka, jadi aku buat-buat tak dengar sebarang bunyi. Tiga minit lepas tu aku pun keluar dengan aksi terhendap-hendap macam orang nak mengintip anak dara. "YA ALLAH!!!!" Bergema jeritan mak tiri aku kat situ. Pintu peti air ternganga macam singa lapar!! Air sirap melimpah ruah atas lantai. Baju sorang-sorang merah macam baru lepas mengecat. "Mama...tenok ni..sapa uat?" Ewah-ewah boleh pulak tanya soklan bernas macam tu kat haku? "Adek nii..menampau..hamboiiiii" Amboi amboi amboi siap melampau jadi menampau pulak! Dah-dah tak payah nak tuduh-menuduh. Dua-dua sama ja. Kesudahannya aku mengemop tumpahan sirap dengan penuh sendu.

Aku dulu kalau esok nak kerja, pagi-pagi buta esok tu la baru aku terhegeh-hegeh terbongkok-bongkok iron baju. Tu pun sepasang ja. Kira tiap-tiap pagi ulang perkara yang sama. Pemalas tahap cipan punya manusia. Pepagi memang akan ada adegan termenung berpanjang-panjangan depan longgokan baju kurung-kebaya-dress semua. Garu kepala tak tau mana satu nak pakai. Kang mix and match nampak macam badut pulak. Selalu dok tanya mak, ada tak iron automatik? Asal petik suis zupzap-zupzap hilang semua kedut kat baju. "Hei hang dah pasai apa? Pemalas sangat, tu pun lambat siang nak kawen!" Dah kena ayat power macam tu tiba-tiba akulah pompuan paling rajin dalam Malaya. Sekali stok uniform ayah yang pakai 2 bulan setengah tak habis tu pun aku iron sekali.(Tapi iron baju ayah best sebab dapat imbuhan. Setiap hari pun aku sanggup! hihihi)

Aku sekarang asal weekend ja longgok kain baju nak pakai pi kerja tepi iron board. Stok seminggu terus. Kalau dok buat perangai macam zaman tak ada anak dulu alamatnya memang pakai baju tak bergosok pi kerja jawabnya. Pepagi memang tak ada masa yang cukup sejak ada anak ni. Dah longgok baju dan tudung untuk stok seminggu tu, aku pun bersila dan bersiap sedia nak mula gosok baju. Pasai apa aku bersila? Iron board aku ni jenis yang bersila punya. Ni iron board zaman belajar dulu lagi. Malas nak beli baru sebab elok lagi. Ok siap iron sehelai, aku hampar atas lantai cantik-cantik, tegang-tegang. Kira dah habis iron semua baru aku nak sangkut kat hanger. Tak payah nak bangun duduk berpuluh kali. Baru separuh iron baju seterusnya, tengok-tengok dua budak tu dok seketul atas baju yang aku hampar tadi!! Siap dok sebut "Pucing-pucing" Berpusing-pusing atas baju aku tu. Hadoiiii buat tikar zam-zam pulak daaahhhhhh!! "KAKAK!! ADIK!! Bangun..!!" jeritan mak tiri bergema ONCE AGAIN. Mencicit depa lari sembunyi belakang pintu. Pastu tetiba pulak henfon bunyik. Aku lari nak pi angkat phone, lupa nak tutup and cabut plug iron. Sambil cakap dengan Pak Fais aku baru teringat aku lupa tutup and cabut plug. Bila aku masuk dalam bilik yang aku iron baju tadi nak tau apa yang aku nampak ???
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
ni diaaaa..
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

OH MY GOD!!!!!
(Nasib depa pandai tutup and cabut plug)
Ok. Bye!

Sunday, September 18, 2011

Kucupan Terakhir Buat Pak Su (2)

Assalamualaikum..

Seperti yang saya janjikan, saya sambung entry Kucupan Terakhir Buat Pak Su ini.. Meskipun kelewatan, saya gagahi jua memetik satu-persatu papan kekunci demi memastikan entry ini sempurna dan pembacaan kalian tidak tergendala dan dipenuhi tanda tanya. Seperti kebiasaan, masa tidak pernah memberi ruang kepada saya. Tambahan pula, lewat masa ini, saya diuji oleh Tuhan tanpa hentinya hingga membuatkan saya hampir berputus asa. Astagfirullahalazim.. Nantilah, saya akan ceritakan satu hari nanti apa yang terjadi kepada saya lewat masa ini. Biarlah kes ini selesai hingga kebenaran benar-benar terbukti. Saya redha dengan setiap ujian dan dugaan yang menghampiri dan meresapi ini. Saya tahu Allah sentiasa mendengar dan menerima doa orang yang teraniaya seperti saya.

*******************************************************************

30 Julai 2011 : Hai ini saya tidak melawat Pak Su. Mementingkan diri mungkin. Fikir saya, semalam sudah melawat dan keadaan Pak Su stabil. Alah, sekejap lagi pindah wad biasa la tu. Jahatnya fikiran saya. Atas alasan itu jugalah saya menolak dengan baik pelawaan Mak Teh untuk ke hospital. Saya tinggal di rumah bersama bonda. Setelah matahari terbenam, seluruh keluarga pulang. Kata mereka Pak Su nampak teruk berbanding semalam (hari saya melawat Pak Su bersama Mr. T). Air minuman yang disediakan Pak Su suruh tuangkan ke dalam singki. Sememangnya dia tidak mahu. Hanis mula menunjukkan riak malas untuk menunggu di hadapan Wad CCU malam itu, tidak diketahui sebabnya. Penat barangkali kerana setiap malam dia sahaja yang menunggu keseorangan di sana dalam kesejukan dan kepayahan tanpa tilam dan bantal empuk untuk merehatkan badan.

Malam itu, entah mengapa sukar sungguh mata untuk dilelapkan sedangkan hampir 120 minit saya berada di atas pembaringan. Puas saya pusing ke kiri dan ke kanan. Sementelah Putera Nyamuk sekalian dengan tidak semena-mena berperang di kaki dan telinga saya waktu itu. Jam kian menghampiri 1.00 pagi. Namun bebola mata saya masih bulat dan segar, tiada tanda-tanda mahu terpejam. Seluruh isi rumah sudah lena dibuai mimpi. Ada yang tertidur kepenatan, dan ada yang tertidur dalam ketidakselesaan. Kecuali adik sepupu saya, Hakim, yang masih setia di depan kaca TV. Saya bangun, memetik plug dan memasang laptop. Saya segera menjenguk ruangan muka buku dan menyemak kotak emel. Namun tiada yang berkepentingan. Lantas saya mencapai henfon Samsung di sisi, cuba mengganggu tidur Mr. T, dengan harapan beliau terjaga dan rela melayan kerenah saya di pagi-pagi buta begitu. Namun saya hampa, tiada balasan mahupun sebarang jawapan dari beliau. Ternyata beliau tidur dalam kepulasan. Saya kembali ke pembaringan dan cuba memujuk mata supaya lekas terpejam. Saya tidak mahu kehilangan nikmat tidur. Badan saya benar-benar sudah penat. Waktu itu, jarum jam sudahpun pukul 1.45 pagi. Betapa degilnya sang mata, tidak mahu terpejam walau sedetik. Namun, setelah dipujuk, sang mata tewas juga. Saya terlelap.

2.00 pagi : Bonda mengejutkan ayah dari tidur.

"Bangun, pihak hospital telefon. Depa suruh waris pi hospital"

Saya turut terjaga. Jantung saya mula berdedup kencang. Suasana rumah yang lebih sesak dari tin sardin sudah terang benderang. Saya termanggu sendirian. Kepala mula pusing dek kerana tidur yang tidak sampai beberapa minit. Persoalan demi persoalan mula memenuhi ruang akal fikiran saya. Atas dasar apa pihak hospital menelofon awal pagi begini, melainkan yang membabitkan kematian? Saya meraup muka berkali. Janganlah ada yang tidak baik berlaku kepada Pak Su tika ini, doa saya di dalam hati.

Bonda kejutkan pula Mak Teh dan Pak Teh yang tidur di ruang tamu, mengkhabarkan berita yang sama. Tergesa-gesa mereka bangun dan terus ke hospital membawa Mak Tok yang kerisauan. Saya menghantar mereka ke muka pintu dan kembali ke pembaringan. Sekali lagi saya mengganggu Mr. T, mengkhabarkan betapa jantung saya berdegup kencang waktu itu dan saya tahu ada sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Sekali lagi SMS saya tiada jawapan. Saya buntu. Mata saya kembali terang.

Dalam kegelisahan, saya menghantar pula pesanan SMS Hanis. Saya menagih jawapan darinya.

"Tak tau pasai apa. Tadi nak masuk dalam guard Raja tu tak bagi. Dia kata depa tengah cuci. Ada apa-apa nanti aku mesej lain"

Jawapan yang tidak pasti saya terima daripada balasan SMS Hanis. Tapi tengah cuci apa tengah-tengah malam begini, melainkan........ Arghhh saya tidak mahu memikirkan hingga ke tahap itu.

Tidak sampai sepuluh saat, henfon saya bergetar sekali lagi. SMS dari Hanis yang membuatkan saya terduduk tidak mampu berkata-kata dan menambahkan getaran di jiwa.

"Kak, Pak Su dah tak ada..."

Innalillahi wa inna ilaihirojiun..Serentak itu juga bonda menghubungi saya, juga mengkhabarkan berita yang sama. Bonda juga meminta saya mengejutkan 'adik-adik' yang masing-masing nyenyak di pembaringan. Saya mula diburu penyesalan kerana tidak melawat Pak Su semalam.. Maafkan saya, Pak Su.. :(

Jenazah Pak Su selamat tiba di Sungai Layar sebelum azan Subuh berkumandang.. Akhirnya Pak Su kembali ke kampung halamannya. Kembali ke rumah beliau dibesarkan dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Kembali bertemu dengan sahabat handai dan saudara-mara jauh dekat, namun Pak Su kaku di pembaringan.. Pak Su tidak mampu bertanya khabar mereka yang datang menziarahinya...

*sekali lagi penulisan saya tergendala. Di lain waktu saya akan teruskan bicara.. Wassalam..

Thursday, August 4, 2011

Kucupan Terakhir Buat Pak Su (1)

Assalamualaikum..

Entry saya masih lagi berkisar tentang Pak Su. Hari Rabu tiga minggu lalu iaitu 20 Julai 2011, adik meninggalkan pesanan di kotak mailbox saya. Pesanan yang menyentapkan tangkai hati saya.

"Kak, Pak Su dah tak sedar. Kondisi makin teruk. Malam ni Mak Tok tunggu di hospital.."

Saya terkaku.

Lantas saya terus menekan nombor telefon bonda di skrin telefon paling mahal di dunia kurniaan Mr. T.  Agak kurang ringkas jawapan bonda.

"Badan Pak Su membengkak. Pak Su dah tak sedar. Esok kakak habis kelas mak pi ambik."

Keesokkannya, saya pulang. Pulang terus ke hospital, menuju 'rumah' Pak Su kini. Tapi bukan lagi wad CRW, tapi Pak Su sudah berpindah ke wad CCU. Saya tabahkan hati. Tidak mahu bersangka buruk. Minggu lalu, ketika hari saya melawat Pak Su bersama-sama Mr. T dan bonda, Pak Su sudah nampak segar. Malah Pak Su dengan agak berselera menghirup air 100 Plus yang kami bawa. Pak Su bersembang dengan kami. Pak Su berkenalan dengan Mr. T, bakal anak saudaranya.

Namun, saya tidak boleh terus menerpa ke arah katil Pak Su. Wad CCU dikawal dengan penuh rapi. Hanya dua orang pelawat sahaja yang dibenarkan masuk melawat dalam satu-satu masa. Ya kami harus akur dengan arahan itu demi memastikan kesihatan Pak Su. Jam 4.30 petang, tiba waktu melawat. Saya masuk bersama adik sepupu saya, Atikah melawat Pak Su. Ya Allah! Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari bibir saya. Pak Su sememangnya tidak sedarkan diri. Mesin penyambung hayat yang membingitkan telinga dipasang di kiri dan kanan katil Pak Su. Dada Pak Su berselirat dengan wayar. Mulut Pak Su disumbat dengan wayar bersais dua kali ganda getah paip biasa! Kaki dan tangan Pak Su diikat di penghadang katil. Badan Pak Su membengkak. Mustahil dalam masa tidak sampai seminggu saya tidak menjenguk Pak Su, Pak Su sudah se'gemuk' itu!! Alunan ayat suci Al-Quran dipasang dibilik yang menempatkan sekujur jasad Pak Su itu. Saya segara menutup mulut yang akan mengeluarkan tangis pada bila-bila masa sahaja. Empangan mata saya penuh dan hampir melimpah. Saya sebak. Terkaku. Saya usap-usap belakang tangan bengkak Pak Su. Saya usap-usap perlahan-lahan, saya mahu Pak Su tahu kehadiran saya. Saya renung Pak Su lama-lama. Mutiara jernih mengalir perlahan-lahan, tapi bukan dari kelopak mata sederhana besar saya, tapi dari kelopak mata Pak Su yang terpejam rapat...

Adakah Pak Su sedar kehadiran kami? Apakah Pak Su sedang menanggung sakit yang teramat sampaikan mengalirkan air mata jantannya yang belum pernah saya lihat seumur hidup saya. Saya tidak sanggup berlama-lamaan menyeksa Pak Su sebegitu. Saya pasti Pak Su boleh mendengar dengan jelas setiap pertuturan kami. Saya pegang lengan Atikah, mengajaknya keluar dari ruangan itu. Dada saya memang akan pecah menanggung sebak begini. Sekejap sahaja saya tinggalkan Pak Su, sudah begitu keadaannya? Saya keliru. Mengapa begitu cepat sekali Pak Su berubah?

Saya keluar dari ruangan itu dan menyertai kaum keluarga yang lain yang sudah beberapa hari berkampung di hadapan CCU. Masing-masing mula berbincang tahap kesihatan Pak Su. Masing-masing mengeluarkan pendapat sendiri, adakah Pak Su patut ditebuk lehernya untuk membuang kahak yang beku sepertimana yang disarankan tuan doktor. Saya membisu. Tidak tahu apa yang harus dilafazkan. Apatah lagi untuk menyusun ayat berbunga-bunga seperti sedia kala di saat keadaan genting seperti ini. Saya menangis semahunya. Tersedu-sedan menahan tangis. Saya masih terbayangkan keadaan Pak Su pada hari pertama dimasukkan ke CRW 14 Julai lalu. Saya masih terbayangkan renungan mata Pak Su yang penuh kesakitan dan kesukaran. Saya masih terbayangkan kepayahan Pak Su bernafas dengan sendiri. Saya masih terbayangkan keperitan Pak Su menghirup minuman yang saya bawa untuknya. Saya masih terbayangkan Pak Su terpaksa membongkokkan tubuh kurusnya berkali-kali demi membolehkannya menyedut nafas sendiri. Saya masih terbayangkan semua itu. Hanya saya yang lihat keadan Pak Su ketika itu. Saya masih tidak dapat melupakan renungan Pak Su kepada saya, berterima kasih mungkin, kerana saya mengiringinya ke wad CRW dan memeluk pakaian lusuhnya. Saya tidak dapat lupakan. Tersekat-sekat saya bercerita kepada ahli keluarga yang lain. Harapan saya cuma satu. Saya cuma mahu Pak Su sedar semula dan kami boleh merapatkan hubungan kembali seperti zaman kanak-kanak dahulu.

*******************************************************

Minggu kedua Pak Su di CCU (28 Julai 2011), saya pulang lagi menziarahinya. Mr. T juga turut serta sekali lagi. Alhamdulilah. Saya gembira. Pak Su sudah sedar. Pak Su nampak sihat sepenuhnya, cuma Pak Su tidak mampu untuk berdiri dan masih dipantau rapi. Pak Su segera melambai setelah ternampak susuk tubuh saya menuju ke bilik kecilnya. Saya membalas lambaian itu seadanya. Saya hadiahkan senyuman penuh keikhlasan kepada Pak Su, harapan saya Pak Su akan segera sembuh. 

Saya kucup tangan Pak Su. Sudah bertahun saya tidak mengucup tangan itu. Pak Su tersenyum dalam kepayahan. Namun wajah Pak Su sememangnya nampak segar. Andaian saya esok atau lusa Pak Su mesti akan dibenarkan keluar dari wad itu dan bebas menyedut udara segar seperti biasa. Becok mulut saya bertanya itu dan ini kepada Pak Su. Gelojoh saya bertanya keadaan Pak Su. Tidak sabar-sabar saya menyelak kain selimut yang menutupi tangan kiri Pak Su. Tapi saya pelik, kenapa Pak Su hanya menggeleng dan mengangguk sahaja menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari saya? Kadang-kadang Pak Su menggoyang-goyangkan tangan demi menjawab tembakan soalan saya. Pak Su menunjukkan tangannya yang masih bengkak. Saya memicit-micit kaki Pak Su. Pak Su menggoyang-goyangkan tangannya lagi. Kenapa Pak Su??

"Kakak, Pak Su tak boleh nak cakap"

Mak Tok menjawab persoalan-persoalan yang menerjah akal saya sedari tadi. Sekali lagi saya terkaku. Sampai begitu sekali??? Kenapa tiba-tiba sahaja Pak Su tidak boleh bercakap?

~tempat kami berkampung saban minggu~


*Entry akan di sambung..

Tuesday, July 5, 2011

Penat Lelah Berakhir Sudah..

Assalamualaikum..

Fuh! Lega. Sekarang aku dah merdeka. Merdeka daripada apa? Merdeka daripada buat report praktikal. Rasa macam nak melompat-lompat dan berguling-guling. Hilang terus rasa penat lelah, bosan, dan tekanan yang maha dasyat bila semuanya dan selamat dilahirkan di atas kertas A4 Double A. Semoga 'anak' aku yang satu ini bakal berkahwin dengan markah yang tinggi nanti hendaknya. Sejuk tangan 'mummy' yang penat menaip ni tau. Sikit lagi ja nak jamp otak. Harap-harap cik pensyarah yang baik hati tu bagi markah yang berguling-guling jugaklah ye. :p

Migrain menyerang saban waktu tiap-tiap kali dok depan laptop tegak-tegak tilik report segala bagai tu. Tu belum lagi rasa loya akibat dah menyampah nak menaip dan nak reka ayat-ayat bombastik. Lebih-lebih lagi rasa sakit belakang sebab menaip tanpa sandar dekat mana-mana dinding (kesan dari lepas accident sebenarnya). Saja nak tunjuk aku ni gigih! Mata pula tak payah cakap la. Dah naik juling dah dok pandang-pandang, renung-renung skrin laptop ni. Semalam kemuncak segala kesakitan. Puas aku ketuk-ketuk kepala, kononnya dengan cara itu idea akan terjun menjunam-junam masuk dalam laptop. Tapi kehampesan! Ternyata cara itu tak berkesan. Langsung tak! Pagi tadi usai subuh, aku dah berdating dengan skrin. Bukan kehendak sebenarnya. Tapi kemestian. Kemestian untuk memastikan 'anak' aku ini lahir cukup sifatnya. Ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan 'anak' ini terkapai-kapai sendirian.


Haaa...nilah rupa anak aku yang dah selamat dilahirkan. Alhamdulilah. Lahir sihat dan sempurna.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan aku ucapkan dekat dekat doktor-doktor yang sentiasa di sisi aku. Tak lain tak bukan Doktor Ink dan Doktor Printer. Penuh dedikasi depa berkhidmat dan tak buat perangai pun. Kalau tak, mati aku. Dan Mr. T juga setia menunggu aku hingga ke awal pagi.





Puas geledah satu rumah cari A4 DOUBLE A. Akhirnya aku jumpa dia dok main nyorok-nyorok nun jauh di bawah kotak. Tanpa beliau, menangis kekecewaanlah Doc Ink.




Haii.. Itulah semua cabaran dan dugaan. Itulah harga yang perlu dibayar sebagai seorang pelajar.
Walau apapun semuanya dah selesai.
Lega yang teramat sangat aku rasa.. Yuran pun dah siap bayar. Barang pun Mr. T dah sponsor. So lani kita tidur dulu.

Wassalam :)

Opssss sebelum terlupa..
Ini ganjaran dari Mr. T sebab dah siap kerja dengan jayanya. Mr. T baru bagi sebenarnya. hehe

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design