Wednesday, December 17, 2014

24 Bulan Yang Bakal Berlalu

Assalamualaikum.

Tersenyum lebar aku saat diberi kesempatan untuk bermanja-manja dengan blog terchenta yang telah terlalu lama tidak dipedulikan dan dibiarkan dipenuhi sawang serta lalang!!

16 Januari bakal tiba lagi. Apa maknanya??
Bermakna mereka bakal genab 24bulan tidak lama lagi.

Siapa mereka??

Mereka penglipur lara beta!

24 bulan bukan satu tempoh yang singkat ye kawan-kawan semua.
Di mata aku mereka masih kecil seperti sewaktu ditinggalkan di NICU dahulu. Di mata aku mereka masih merah seperti waktu aku baru bergelar ibu. Di mata aku mereka rentung dek dijemur di bawah sinaran lampu.

24 bulan umpama 24 jam. Langsung tidak berkesempatan menghitung minit, rupanya mereka bakal menjangkau 24 bulan. Mereka berdikari lagak dewasa. Bijak umpama saintis muda. Paling utama semakin petah berkata-kata kerana itu salah satu warisan bonda mereka! Mereka tetap mereka. Mereka yang suci dari dosa. Mereka yang tidak bisa kehilangan antara salah satunya. Mereka yang saling lengkap melengkapi setiap masa. Mereka yang sering membuatkan orang sekeliling teruja.

Kadang-kadang mereka membuatkan aku pening. Kadang-kadang mereka menjadikan aku seperti gasing. Kadang-kadang mereka membuatkan aku runsing. Namun, mereka masih belum berjaya menjadikan aku langsing!

24 bulan aku menjadi budak baru belajar. 24 bulan aku berhempas pulas mencipta idea-idea sendiri. Tiada google, tiada buku yang dipinjam dari perpustakaan. Aku hampir sifar bahan rujukan kerana inilah satu-satunya kelahiran kembar selepas empat generasi famili.

Pesanan aku, pastikan korang punyai fizikal dan mental yang maha kuat kalau inginkan lebih dari satu anak sekaligus a.k.a kembar.

Panjang umur jumpa lagi.

Hokay bye!

~Mereka dahulu~

~Mereka sekarang~

Monday, December 16, 2013

Kasihnya Adik..

Kasihnya mama membawa ke syurga,
Kasihnya baba sepanjang masa,
Kasihnya Zahraa hanya pada Humayraa,
Semoga keluarga kita terus kekal bahagia.

Humayraa pula diserang demam campak. Campak sekam orang tua-tua kata. Bimbang memang bimbang, tapi ini semua ujian daripada-Nya. Sebagai ibu tak perlulah kita nak mengeluh bagai, menyalahkan orang lain atas musibah yang melanda anak-anak kita :) Matanglah para ibu sekalian.

Si Zahraa terlebih dahulu terkena demam campak Oktober lalu. Alhamdulilah, dengan kuasa Tuhan campak si adik langsung tak berjangkit kepada si kakak walaupun mereka tidur setilam dan sebantal. Jadinya mama buat kesimpulan, demam campak adik tidak membawa virus malah langsung tak berjangkit kepada rakan-rakan taska mereka!

~Alahai ciannyer si debab ni~
Humayraa jarang-jarang sakit. Tengoklah tu memang dah tak aktif macam selalu. Baba cakap, tak apa, sakit tu ujian. Setiap babies lalui semua ni. Normal.
~MayraZara~
Oleh sebab kakak demam, jadi si adik tak ada teman melompat, meronda, dan semestinya tak ada teman nak tolong mama 'kemas' dapur. Setia jaga kakak yang terbaring lesu umpama kereta mainan yang kehabisan bateri.. Mama pun lega. Sekurang-kurangnya suara mama pun tak kering. Kalau dua-dua aktif, maunya sampai ke blok rumah pengetua boleh dengar suara nyaring mama melarang si kembar buat itu dan ini. :p
~MayraZara~
Aduh, gatal telinga la pulak jaga kakak ni. Ok, kakak dah nak mula meraung tu. Bimbang adik tinggalkan dia. Ala-ala nak bermanja pula kakak ni ye.
~MayraZara~
Opsss..kakak nangis betul-betul la. Gigit jari si adik nampaknya. Itu reaksi orang bersalah hokay.. :)
~MayraZara~
Akhirnya.... Adik pun nak nangis juga laaaaaa....
~MayraZara~
Alhamdulilah.. Humayraa dah sihat sikit. Dah boleh posing macam selalu. Yang pasti, mama kena asah vokal balik!!

Love,

Mama..
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design