Saturday, April 23, 2011

Aduhai Ashraf Muslim..

Kecewa..
Sedih..
Frust tertonggeng.. 
Remuk perasaan.
patah hati..
gadis-gadis malaya seantero alam tika ini berkongsi gelodak rasa yang serupa
bila Ashraf Muslim dah pun bertunang pagi tadi..
*aduh terkena batang hidung sendiri*
sudah lenguh tangan mengesat hingus..
air mata kepalsuan kering tanpa di pinta.
bengkak mata menahan rasa.
bengkak hati menanggung derita.
aku kecewa !
sungguh!
tak tipu!
berita pertunangan itu hampir memecahkan gegendang telinga.
sesak dada menahan rasa.
apa lagi yang boleh dikatakan.
ku akui pernah jatuh cinta pada lelaki bernama Ashraf Muslim..
ah!
cukup!
berhenti jadi mat jenin!
bercinta cuma dalam mimpi.
bercanda cuma dalam anganan.
 menangis air mata darah sekalipun dia tetap milik orang lain
aku pasrah.
redha dengan ketentuan ini.

tapi maaf.
kekecewaan ini mengambil masa untuk pulih.
izinkan namamu untuk terus kekal dihati.
izinkan daku terus meminatimu dalam diam..
tatap wajahmu kala kerinduan.
ku akui
ciri-ciri lelaki  muslim yang ada padanya
membuatkan ramai kalangan mak-mak dara
yang punya anak dara semuanya kepingin nak bermenantukannya..
dara sunti berharap jadi suri hatinya.
masakan tidak
senyumannya mencairkan hati yang walang..
suaranya menyejukkan perasaan.
perut yang lapar terasa kenyang.
aduhai Ashraf Muslim..
  apa-apa pun..
semuanya dah selamat dijalankan..
semoga Ashraf Muslim dan tunangannya bahagia hingga selamanya
kuhapuskan air mata dari mengiringi.

mencintai 'ASHRAF MUSLIM' ku lebih bermakna.
menjelmalah seribu orang ASHRAF MUSLIM
tapi tidak pernahkan sama dengan seorang FAIS 'MUSLIM'.
*ayat penyejuk hati yang remuk*
huk..huk..huk..
(sambil mengesat hujung mata dengan lengan baju)

Friday, April 22, 2011

Peringatan Kepada Kita.

Assalamualaikum..

Disaat orang lain kesedihan, bersyukurlah kerana kita masih mampu tertawa keriangan.
Disaat orang lain menghadapi kesempitan, bersyukurlah kerana kita masih beroleh kesenangan yang berpanjangan. Disaat orang lain meratapi kematian, bersyukurlah kerana kita menyedut udara segara ciptaan Ilahi.
Kesunyian membelenggu diri kerdilku saat ini. Kebosanan, kebingungan, keterpaksaan, kekecewaan, kekeliruan..
Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin menghembuskan rasa dingin menyapa tubuhku sehingga ke tulang hitam. Jemari kecilku mula menekan papan kekunci satu persatu cuba merungkaikan segala yang berselirat di minda saat ini. Cuba muhasabah diri. Mencari kekuatan diri sendiri. Memikirkan segala yang perlu diperbaiki. Memikirkan segala yang bakal mendatang. Saat ini hanya terbayang gambaran wajah ayah bonda di ruang mata. Lewat masa ini, hampir saban hari mendengar berita rakan-rakan dan kenalan-kenalan sekeliling mengkhabarkan berita kehilangan ayah dan bonda tercinta.

Salam takziah untuk Beba Harun @ Habibah bt Harun, yang baru kehilangan ayahanda tercinta. Semoga rakanku itu tabah menghadapi kehidupan.
Cuma, kita harus terus mempersiapkan diri menghadapi malam pertama di alam sana. Mensucikan wajah dengan wuduk. Tidak alpa mencium tikar sejadah. Aku termenung sendirian. Kuasa tuhan tak siapa dapat menghalang. Usai menunaikan kewajipan sebagai muslim sejati, aku tidak pernah lupa, tidak jemu berdoa supaya tuhan terus memberi nafas kepada kedua ayah dan bondaku. tidak pernah malu bersujud memohon supaya kedua ayah dan bondaku terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.... Hanya mereka sumber inspirasiku..peniup semangatku untuk teruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini..



MAAF..

Penulisanku masih belum cukup mantap untuk menarik minat orang lain membacanya!

Sampai di sini dulu..penulisan akan diteruskan sedikit waktu lagi.
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design