Wednesday, December 17, 2014

24 Bulan Yang Bakal Berlalu

Assalamualaikum.

Tersenyum lebar aku saat diberi kesempatan untuk bermanja-manja dengan blog terchenta yang telah terlalu lama tidak dipedulikan dan dibiarkan dipenuhi sawang serta lalang!!

16 Januari bakal tiba lagi. Apa maknanya??
Bermakna mereka bakal genab 24bulan tidak lama lagi.

Siapa mereka??

Mereka penglipur lara beta!

24 bulan bukan satu tempoh yang singkat ye kawan-kawan semua.
Di mata aku mereka masih kecil seperti sewaktu ditinggalkan di NICU dahulu. Di mata aku mereka masih merah seperti waktu aku baru bergelar ibu. Di mata aku mereka rentung dek dijemur di bawah sinaran lampu.

24 bulan umpama 24 jam. Langsung tidak berkesempatan menghitung minit, rupanya mereka bakal menjangkau 24 bulan. Mereka berdikari lagak dewasa. Bijak umpama saintis muda. Paling utama semakin petah berkata-kata kerana itu salah satu warisan bonda mereka! Mereka tetap mereka. Mereka yang suci dari dosa. Mereka yang tidak bisa kehilangan antara salah satunya. Mereka yang saling lengkap melengkapi setiap masa. Mereka yang sering membuatkan orang sekeliling teruja.

Kadang-kadang mereka membuatkan aku pening. Kadang-kadang mereka menjadikan aku seperti gasing. Kadang-kadang mereka membuatkan aku runsing. Namun, mereka masih belum berjaya menjadikan aku langsing!

24 bulan aku menjadi budak baru belajar. 24 bulan aku berhempas pulas mencipta idea-idea sendiri. Tiada google, tiada buku yang dipinjam dari perpustakaan. Aku hampir sifar bahan rujukan kerana inilah satu-satunya kelahiran kembar selepas empat generasi famili.

Pesanan aku, pastikan korang punyai fizikal dan mental yang maha kuat kalau inginkan lebih dari satu anak sekaligus a.k.a kembar.

Panjang umur jumpa lagi.

Hokay bye!

~Mereka dahulu~

~Mereka sekarang~

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design