Wednesday, February 4, 2015

Coretan Februari

Assalamualaikum..

Februari sudah menjenguk kita. Aku memulakan tahun baru 2015 dengan lembaran penuh kegembiraan. Tahun 2014 ditinggalkan dengan 1001 kisah duka yang tak ingin dipandang lagi.

Tanggal 1 Januari 2015 aku berpindah ke tempat kerja baru. Bos baru. Kawan baru. Persekitaran baru. Cabaran kerja baru. Semuanya serba baru. Dari SMK Kubor Panjang yang punyai hampir 200 orang guru aku bertukar ke SK Bendang Raja yang hanya punyai 19 orang guru! Subhanallah. Sungguh aku risau aku tidak akan punya sebarang kerja kerana sekolah ini terlalu kecil nak dibandingkan dengan tempat kerja lama. Tapi bak kata petapatah, tak kenal maka tak cinta. Tak dinafikan terlalu jauh bezanya tempat kerja lama dan baru. Namun dalam skop tempat kerja yang kecil ini, kami bagaikan sebuah keluarga besar. Tak sampai 2 minggu di sini, aku seakan sudah dua tahun berkenalan dengan semua mereka. Baik dari guru besar hinggalah pengawal keselamatan hatta pekerja kebersihan sekalipun, semuanya terlalu mesra dan mengalu-alukan kehadiranku di sini.
Beban tugasnya pula terlalu banyak dek kekurangan staf. Keadaan ini menjadikan aku bagai lipas kudung sehari-harian. Namun aku gembira, sekurang-kurangnya tidak akan ada lagi istilah 'makan gaji buta'.. Di sini sifar kes ponteng sekolah. Ya lah budak sekolah rendahkan. Bak kata cikgu-cikgu kat sini depa tak tunjuk taring lagi. Harapan aku mereka kekal tak ponteng sekolah sampai tamat Tingkatan 5! Kesian kot aku dok tengok waris keluar masuk pejabat mengadap PK Hem sebab kes anak tak mau mai sekolah.

Namun kegembiraan tak selamanya kekal. Tanggal 10 Januari 2015, kesihatan anak-anak mula menunjukkan kemerosotan. Bermula dengan demam panas-sepanasnya dan tak tidur malam, dada berombak kencang, batuk tanpa henti hingga seakan pesakit lelah. Sampai satu tahap mereka cirit-birit dan tak lalu makan. Jadinya aku terus bawak depa ke unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah. Aku bawak siap-siap 'bekal' flusk air panas, baju-baju depa sebab naluri aku kuat sangat rasa yang depa akan kena tahan dekat wad. Dalam pukul 6.30 petang kami sampai hospital, pukul 7.30 masuk jumpa doktor, terus anak-anak kena neb. Dua-dua merayu nak dok atas riba aku. Budak-budak ni kalau sakit memang tak hingin kat sapa-sapa pun. Semuanya MAMA. Lepas pujuk-pujuk si kakak akhirnya tertarik dengan topeng neb tu. Jadi Pak Fais amik dia dan senang ja dia sedut asap neb tu tanpa raungan dan rontaan tahap dasyat macam selalu. Lepas tu kena X-Ray sebab doc nak pastikan lung depa clear. Dipendekkan cerita depa kena tahan wad sebab kandungan oksigen dalam badan makin berkurang. Kiranya pecah rekod tahun baru kami empat beranak bermalam dalam wad. Memandangkan aku baru tukar tempat kerja baru, jadi tak manis nak minta cuti. Jadinya sekali lagi terpaksa menyusahkan mak ayah aku. Sebelah siang mak tunggu anak-anak dara tu dekat wad. Tapi mak tak menang tangan nak jaga depa sebab asal nampak manusia seragam putih ja depa dah meraung bagai sambil dok jerit "CIK TOT!!!". Trauma tengok doktor. Jadinya ayah berkorban dan amik cuti untuk sama-sama jaga cucu kat wad. Terima kasih sangat-sangat mak ayah! Aku pulak habis waktu kerja terus terbang ke hospital.

5 hari 6 malam depa dalam wad. Tanggal 16 Januari 2015 bersamaan dengan tarikh lahir depa, dua-dua discharge. Alhamdulillah.

~sakit pun tetap aktif~

~ni masa dah keluar wad. tengoklah banyak nau barangnya. Seminggu berkampung~



 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design