Thursday, December 30, 2010

dating dgn MB..

hari ni buat pertama kalinya
aku BERDATING dgn MB di dataran depan Blok A..
hehe...
semangat gila nak p perhimpunan tu..
perhimpunan ala-ala perhimpunan sekolah..
almaklumlah sudah hampir 4 tahun meninggalkan alam sekolah..
dengan berbaju merah terang...
(kata org kedah merah menyala)..haha
aku berbaris di barisan paling hadapan...
sudah semestinya bila MB naik pentas untuk berucap,
orang pertama yang dia akan nampak
adalah AKU..hehehe
di sebelah aku berdirinya KAK YABANI...
P.A kepada yang Dato' Timbalan SUK...
Kak Bani juga berbaju merah..
tapi tidak semerah aku...hehe

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan
oleh pengerusi Majlis...
tapi maaflah aku xtau sapa nama pengerusi tu..
diikuti dengan bacaan doa oleh
saudara MAWI...


seterusnya ialah acara menyanyi..
diiringi pasukan KOIR WISMA DARULAMAN...
hehhe..I LIKE....


macam biasa kat semua tempat,
lagu NEGARA ku menjadi permulaan 
persembahan bakat terpendam kami...
lagu kedua lagu
ALLAH SELAMAT SULTAN,
iaitu lagu kebanggaan Negeri Kedah...


dan 


 lagu yang terakhir ialah lagu 
PERKHIDMATAN AWAM...


ni kali pertama aku nyanyi lagu ni...
kembang hidung bila nyanyi lagu ni...hehe
rasa bangga aku dah menjadi salah seorang daripada
PEJAWAT AWAM..
yang bekerja untuk kemakmuran dan kemajuan
NEGARA KITA MALAYSIA...


lirik lagu ni bisa menegakkan bulu roma..

"Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat Setia Korban Tenaga
Bela Bangsa dan Negara..

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur dan Berbudaya
Gandakan Hasil dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa...

Agama Asas Pegangan
Perlembagaan Negara Dijulang
Rukun Negara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia..."

 sesudah mempersembahkan bakat terpendam
tibalah ke acara kemuncak iaitu,
amanat daripada MB...

bersemangat aku memasang telinga nak dengar amanat MB
pagi ni..hehe

AMANAT???
hahaha
MB kata,
"Saya bukan nak bagi amanat, amanah untuk orang yang nak mati..
Awat saya nak mati dah ka?"
hahaha...

bermacam-macam yang MB pesan harini..
antaranya semangat kerja sepasukan ibarat keluarga..
ada suami dan ada isteri, 
barulah anak-anak akan berjaya..
MB kata lagi kerja mestilah ikhlas 
dan
mesti pasang niat yang betul...

tahniah kepada team Malaysia yang dah berjaya mengalahkan Indon semalam..
eh kenapa tetiba je aku tukar tajuk perbualan???
hahahha
sebenarnya ada kena mengena dengan tajuk...
oleh kerana team negara telah menang,
so PM umumkan cuti sehari pada 31 Disember 2010..
bersamaan dengan hari Jumaat..
disebabkan cuti umum di Kedah jatuh pada hari Jumaat
jadi cuti untuk Kedah di bawa ke hari Ahad..
bahagianya..

tapi yang tak bahagianya...
MB perli direct..hahaha

"Baju merah tak boleh pakai dah pasal Indon dah kalah semalam...
Orang pakai baju merah bila menyanyi pipi dia jadi merah macam
ayam baru bertelur..."

hahahahahhahahahahhaha.
dah la aku berdiri paling hadapan...
kena perli macam tu pula...
malu sesaat..haha 
tapi aku memang tak tau malu kot...
(kawan-kawan aku la yang kata)
hehe...

walaupun kata-kata tu tak di tujukan kepada aku sepenuhnya
psal ramai lagi yang kebetulan pakai baju merah hari ni..
tapi orang sebelah menyebelah kira gelak ja..
hehehehehe

ni la baju yg jadi kontroversinya..hahaha

ni dh dalam ofis..kt dataran tp lupa nk snap pic...

yang penting
aku tidak serik untuk menghadiri perhimpunan pagi lagi..
kerana
inilah masanya seluruh warga
WISMA DARULAMAN
turun ke dataran beramai-ramai...


saya bangga jadi RAKYAT MALAYSIA..
saya bangga jadi WARGA WISMA DARULAMAN...


Thursday, December 23, 2010

Ayah..

"Kasihnya ibu sepanjang masa...kasihnya ayah membawa ke syurga..." 
Selama ini apa yang aku kehendaki,
jarang sekali ayah tidak tunaikan.
Sebutlah apa sahaja ayah akan cuba tunaikan walau dengan apa cara sekalipun..
baju? kasut? duit belanja? handphone?
malah kereta pun ayah pernah belikan untuk aku..
Cuma lambat atau cepat sahaja..
namun ayah akan cuba penuhi setiap permintaan anak-anaknya satu persatu..
Setelah itu ayah akan tersenyum kepuasan kerana sudah berjaya penuhi kehendak anak-anaknya..


Dulu aku hanya tahu meminta sahaja kerana bagi aku,
untuk siapa lagi ayah hendak berbelanja kalau tidak kepada anak-anaknya yang seramai 2 orang ni..
harta ayah...

tidak pernah langsung aku pikirkan yang ayah bekerja siang malam membanting tulang,
mengerah kudrat (walaupun ayah adalah pegawai kerajaan yang bergaji besar),


membuat kerja sambilan setiap hujung minggu sebagai tenaga pengajar UUM,

sanggup menyertai pertandingan memancing di hujung minggu,
cari side income dengan menjual produk kesihatan,
dan macam-macam lagi yang ayah lakukan..
semuanya kerana apa?
oh sudah tentu kerana ingin memastikan anak-anaknya beroleh kesenangan..

semalam muka ayah penuh dengan kerutan..
kerutan memikirkan ekonomi kami sekeluarga..
kerutan memikirkan permintaan anak-anaknya yang masih belum dapat ayah tunaikan..
anak ayah yang bongsu inginkan sebuah motosikal
untuk berulang alik ke tempat latihan praktikalnya (petronas fertilizer, gurun),
anak dara ayah yang sepatutnya sudah bekerja
masih lagi membebankan ayah hingga kini..
anak ayah yang sorang ni tak dapat pinjaman pendidikan..
kesian ayah..
kadang-kadang ayah diam tanpa bicara..
diam kepenatan..diam memikirkan kerenah anak-anaknya-mungkin..
semalam juga ayah berpesan kepada kami adik-beradik..
belajarlah bersungguh-sungguh..
ayah tak ada harta nak di tinggalkan kepada anak-anak ayah..
hanya anak-anak ayah saja harta ayah di dunia ini..

tapi ayah tetap ayah..

tidak pernah sekalipun ayah mengeluh kepenatan..
tidak pernah sekalipun ayah membantah keinginan kami..
tidak pernah sekalipun ayah memarahi kami..
tidak pernah sekalipun ayah tak menunaikan kehendak kami..
besar sungguh pengorbanan ayah..

baju anak-anak paling kurang sebulan sekali mesti ayah beli..
tapi baju ayah tidak berganti..
bertahun-tahun ayah masih menyarung baju yang sama..
alasan ayah baju itu masih boleh di pakai..

kehendak anak-anak ayah tidak pernah ayah tidak tunaikan..
tapi kehendak ayah jarang sekali ayah turutkan..
alasan ayah, ayah sudah tua..sekarang masa anak-anak ayah..

handphone anak-ayah kerap sangat bertukar..
tp ayah masih setia dengan handphone lama..
alasan ayah handphone ayah sudah terlebih canggih..
(walhal yang sebenarnya hanphone ayah tiada kemudahan bluetooth dan function yang biasa2 saja..)
kesian ayah....

oh ayah...
pengorbanan ayah terhadap anak-anak dan isterinya terlalu besar..
dulu kami selalu solat maghrib berjemaah..
saat paling aku tggu ialah saat selesai berdoa..
pasti kepala ini di usap ayah penuh sayang..
kini kekangan masa membataskan segalanya..
ayah bekerja x kira masa..
malah ayah juga selalu bekerja di luar daerah..
kesian ayah..

kadang-kala anak ayah ini mengikat perut,
tidak mahu membazir wang semata-mata untuk membeli makanan..
anak ayah ni kesian kat ayah..
anak ayah ni dah x sanggup nak menyusahkan ayah..
tapi ayah marah-marah sayang..
selalu sangat ayah berpesan,
"jangan berjimat soal  makan. makan la selagi boleh makan..."
sebab ayah dah sedia maklum anaknya yang seorang ini terlalu kuat makan..
dan x padan dengan badan..

kata mak, aku banyak mewarisi sifat-sifat ayah..
diam apabila terlalu marah...
keras hati tetapi penyayang..
dan macam-macam lagi..



tika bersujud menghadap Maha Pencipta, aku selalu bermohon kepada-Nya,
"Ya Allah, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku..rahmatilah kedua ibu bapaku..kau berikanlah kesenangan hidup kepada ibu bapaku..kau permudahkan urusan pekerjaan bapaku..janganlah kau sekat rezeki keluargaku...Ya Allah..berikanlah aku kesempatan untuk membalas jasa kedua ibu bapaku..Ya kurniakanlah aku jodoh yang sama ciri-ciri seperti ayah.."




Terima kasih ayah...
sayangggg ayahhhh...

Monday, December 20, 2010

kenagan sebagai penerima anugerah..

(ini bukan cerita baru..ini cerita beberapa bulan yang lalu..harap maaf baru di post kan..almaklumlah baru ja berjinak dengan blog..hehe)

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang cemerlang di antara yang cemerlang..aku pun sedikit terkedu melihat result aku..
aku target sekadar 3.5 ja..tp tgk result aku melebihi yang aku target..siapa sangka budak yang x penah lekat di hostel pada hujung  minggu blh dapat result cmni..huhu 
mak pnya terjerit bla tgk aku dapat 3.97..syukur alhamdulilah..
ayah yang berada di Johor kerana tuntutan tugas ketika itu, terus saja mesej anaknya ini, 
"lusa kita celebrate ikan bakar"..
barulah aku tau erti kepuasan sebagai pelajar..
barulah aku nampak erti kegembiraan bonda dan ayahanda yang bangga dengan kejayaan anaknya..
semua ni hadiah untuk mu bonda dan ayahanda..
terima kasih atas segala pengorbanan kalian terhadap diriku... 
cewah macam teks emcee plak aku karang..
biasala jd emcee tu kan dh memang kerjaya x bertauliah aku..hehe
saat aku melepaskan gian di mikrofon..


ok tinggalkan saja kisah kerjaya x bertauliah aku tu..entry kali ini aku nak ceritakan pasal satu malam yang benar-benar memberi aku senyuman sepanjang malam.. 

"MALAM ANUGERAH CEMERLANG / DEKAN"

Bukan tujuan untuk riak atau takbur..
aku sekadar ingin berkongsi rasa terharu, bersyukur, rasa tidak percaya dan teruja yang aku alami.. 
baru hari ini aku percaya pepatah melayu yang mengatakan:
"KEGAGALAN HARI SEMALAM ADALAH KEJAYAAN HARI INI"..
Ya itulah yang berlaku kepada aku..
Aku diterima masuk ke IPT yang terletak di penghujung semenanjung malaysia, iaitu negeri Perlis Indera Kayangan..bermula la kehidupan aku di sini setelah aku cabut lari dari Negeri Pahang..
ya pada awalnya aku menghadapi banyak kesukaran..
hampir setiap minggu aku akan merayu kedua bonda dan ayahanda ku datang menjemput ku pulang ke rumah..almaklumlah IPT ni dgn umah aku dekat saja..

melihat kepayahan bonda dan ayahanda sanggup datang menjemput ku hampir setiap minggu, aku tanamkan tekad di dalam hati: 
"AKAN AKU HADIAHKAN KEJAYAAN KEJAYAAN YANG TIADA TANDINGNYA KEPADA MEREKA"..

1st sekali ialah perjalan menuju ke peperiksaan akhir- iaitu mengumpul 'carry mark' sebanyak mungkin..
alhmdulilah  DIA permudahkan perjalanan ku..
tibalah saat yang di geruni iaitu peperiksaan akhir DAN tiba hari keputusan peperiksaan di umumkan..(telah aku ceritakan tadi)..

Masuk semester berikutnya, aku mendengar ura-ura majlis penyampaian anugerah akan di adakan..
Di satu petang yang redup, kelas plak batal, fuh apa lagi menuju ke katil empuk ku la untuk melelapkan mata..hehe tp 1 deringan telefon membantutkan perjalanan mimpi ku..

"SALAM..ni AMALINA ka?saya......(nama pensyarah tu terpaksa aku rahsiakan..huhu)..awak kenal x?"
aku dengan penuh suspennya menjawab ya akulah orangnya..dan memang aku kenal sangat dengan pemanggil tersebut..Puan A..

"Awak penerima anugerah kan? Awak free x sekarang?" 
aku yang dalam mamai2 ni terus terlompat bangun..
"Awak datang sekarang ye kt dewan. tunggu saya kt luar dewan.."

aduh kenapa plak ni..aku tengah sedap-sedap landing ni..
aku pun berjalan seorang diri menuju ke dewan besar..
dengan penuh malasnya memanjat tangga-tangga kejayaan..
di luar dewan cuma ada sorang jejaka yang pada mata aku tentulah lebih muda dari aku dan aku x berminat nak cakap dengan dia..nampak macam kerek semacam ja..huhu
hampir setengah jam menunggu baru la Puan A muncul...
"Laaa kenapa x masuk dalam?" 
amboiiii.......tadi suruh tggu kat luar ja..
aku jawab dalam hari ja la..biadap pula kalau aku jawab direct..hehehe 
nasib mulut aku sempat break tau..
Tanpa berlengah lagi aku pun membontoti Puan A masuk ke dalam dewan itu...
Mak oiiii ramainya manusia (yang pastinya jejaka-jejaka Malaya)..
aku macam biasa la malu-malu siput..hahah

"kak, mai duduk sini..Kami nak Interview." tegur salah seorang daripada mereka..
hahhhh??? macam biasa la aku terkejut beruk..padahal dalam kepala aku rasa macam nak lompat..
aku kan obses ckit kalau bab-bab camera ni..hehe rasa macam artis pun ada ni....hehehe

Interview berjalan dengan lancarnya..
antara soalan-soalan yang mereka tanya ialah
  • apakah rahsia kejayaan saudari? 
  • siapakah pendorong saudari untuk berjaya?
  • apakah perasaan saudari setelah di nobatkan sebagai pelajar cemerlang?
  • apakah nasihat saudari kepada pelajar lain yang ingin menjadi pelajar cemerlang?
dan macam-macam lagi..x kurang jugak yang minta nombor telefon..hahahaha

aku rahsiakan dari budak-budak kelas yang rapat dengan aku..nak buat surprise la kononnya..hehe
sebab malam kemuncak nanti video rakaman interview aku tu akan di tayangkan di dewan besar..
kira jadi artis la sekejap aku malam tu..hehe
DAN....

MALAM KEMUNCAKNYA....

muka ku setelah di touch-up oleh mak andam cik vijaya..

Perkara wajib sebelum majlis bermula semestinya sesi berfoto beramai2..


bersama penerima-penerima anugerah
teruja menanti video di tayangkan..hehe
sebenarnya seronok nak naik pentas..tapi yang x berapa seronoknya ialah bila kena beratur panjang..adoiiii....
masa kami tengah syok2 beratur, masa tu lah video di tayangkan..malu ooo..semua orang yang kenal aku cari muka aku..tambah-tambah CIK HASANAH..haha aku nampak dari jauh dia punya bantai gelak aku..hahaha ya la muka student terpampang kt 4 skrin besar dalam dewan tu..hehehe malu jgk..tp sesaat ja la..hahah 
see aku tgh malu..hehe kwn2 plak tengah gelakkan aku..


barisan gadis melayu..
kemuncaknya saat nama NUR AMALINA BINTI IBRAHIM di umumkan untuk naik ke pentas..hehe


dan malam itu berakhir dengan 1001 kenangan...

kenangan sebagai penerima anugerah..
kenangan sebagai pelajar cemerlang..
kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan..
kenangan demi kenangan..

kami akhiri malam itu dengan sesi bergambar beramai-ramai..

sahabat baikku..
sahabat baik ku lagi..

with our lecturer..

my mak andam..

aku yang sudah x sabar nak makan..

berposing time

kenangan..


merenung masa depan..

berakhirlah malam penuh kenangan itu..
terima kasih kepada semua yang terlibat..

Wednesday, December 15, 2010

LONDON....

wah dengar tjuk ja dh gempak..cm i plak yg p london..heheh tp ni mmg crita dr london..

ceritanya begini....

salah sorg pegawai kt ofis menghilang dlm tempoh yang agak lma..
so aku ngn kwn aku  ni pening kepala la..mna tak nya..every 2 week kmi kna dptkan tandatangan pegawai yg menghilang ni, iaitu sbg bukti kami dh buat mcm2 tugasan..so kami pun sepakat dptkan tandatangan sr eksekutif,,

tup2 semalam pegawai tu muncul kt opis bersama 1 tupperware yg agak besar..tau dlm tu ada apa?

COKLAT!!!!

wah bertuahnya jd staf kt cni..slalu dpt imbuhan makanan..i like...hehe

even blum smpai lg ke london (insyaallah akan menjejakkan kaki ke sana tidak lama lagi), choclate from london ni dh ckup buatkan smua org tersenyum...

thanks en junaidi..

ni la rupanya coklat yg kmi dpat..

lg sebiji nad dh kebas..xtahan tgk coklat tu ktanya..hehe

delicious...

jakun kn??haha

Monday, December 13, 2010

Cinta mula berputik..

Hari ini sudah masuk mggu ketiga aku menjalani latihan praktikal di SUK KEDAH..rasa cinta mula berputik dalam hati..hehe harini jgk buat pertama kalinya aku join meeting jabatan yg di pengerusikan oleh DATUK AHMAD..dengar pgkal nama DATUK ja sudah buatkan aku kecut perut..hehe tmbah2 ni my first duty as a pencatat minutes of meeting..so nervous la ckit... :p 

ni kt depan ofis..jln menuju ke bilik mesyuarat yg aku join td..cntik kan ofis aku..

msa melangkah msuk ke blik meeting tu...tau apa yg aku mula2 nmpk????

  • NASI LEMAKKKKKKK
  • KUIH LAPIS
  • TEPUNG BUNGKUS
  • BERJAG2 AIR TEH & KOPI  
hhahahah..mmg rezeki aku la..xlma lps tu meeting pn bermula..x sgka DATUK yg aku takut2kn sgt tu sempoi gla..happening ja spnjg meeting..huhu tp kredit to TUAN HAJI ZULKIFLI ABDULLAH..sbb bliau yg beria2 ajak aku ikut dia msuk meeting tu..hehe tuan haji??mesti korang bygkan tua, berserban or songkok kn???hahahha tuan haji zul ni muda lg tau..bachelor lg..hahah lewat 20-an kot umur dia..tp aku tabik spring la kt dia..muda2 lg dh jd haji..


habis ja meeting tu mknn pnya la byk,,aku ni yg sememangnya kedekut n x mau membazir..elok2 ja smua ahli mesyuarat kluar..dgn pnts aku kutip smua gula yg dok dlm paket2 kecil cm kt hotel tu..hihihih yg kak ayu pnya bantai gelak kt aku..heheehhe rugi ja klu x amik..nti diorang nk buang jgk kn..sbg org yg xda ptptn ni..amalkan kurang pembaziran,,,,,,

Saturday, December 11, 2010

Salam Ukhuwah Dari Saya...
baru hari ini impian untuk mempunyai blog sendiri terlaksana..thanks kepada sahabat baik sy ANITAH HARIS..xlupa jg psangan kmbarnya AFIDAH HARIS...terlalu byk yg hendak di ceritakan...suka duka yg saya lalui setiap hari insyaallah akan sy kongsikan nanti..sy tido dlu..jmpa lg d esok hari....
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design