Tuesday, July 26, 2011

I Love You !

Assalamualaikum..

That is the women that I really love.
I can't live without her.
I can't breath because of her.

I Love Her!
She's my bestfriend..
She's my soul.
She's the only one always heard my story.
She's my true superwomen.

She is the great chef.
She is the hardworking tailor.
She is the good teacher.
She is the talented designer.
She is the GREAT mom!  

I call her MAK.
I save her name as MUMMY through my phone.
I always call her BONDA while bubbling as blogger.
I want her next generation call her MAMA.
So that she will be superwomen!

I Love Her!

27 July 1964,
She was born.
27 July 2011,
Will be her 47's birthday.

Mak,
I don't have any expensive present.
I just have a BIG hug for you.
I just have a BIG mouth to kiss you.
I just have the BIGEST voice to tell you that I LOVE YOU!!

Mak,
I Love you more than everything.
I will love you until my last breathing.
I promise..

I will be the good daughter.
I promise I will..

I will try to get highest CGPA this last semester!
I know that is your favourite present, right?

Mak,
For the last word here,
I just want to say,
U are the best MUM!

Happy Birthday Mak..
May God Always Bless You..

I LOVE YOU !!



Saturday, July 16, 2011

Semoga Dia Lelaki Yang Benar-Benar Dikirimkan Tuhan Untukku..

Assalamualaikum w.b.t

Saya muncul lagi di ruangan ini. Saya akui, kegilaan dan ketagihan mula menguasi diri. Bukan mengejar status Blogger Sejati, tapi demi kepuasan diri sendiri. Ini diari saya. Diari untuk tatapan umum, walaupun saya sendiri tidak begitu pasti, ada atau tidak orang yang sudi membaca 'diari' saya ini..

Semalam, saya menziarahi Pak Su untuk hari yang kedua. Saya telah pun bercerita tentang Pak Su  pada entry sebelum ini. Alhamdulilah, nampak sedikit perubahan berbanding hari mula-mula Pak Su menginap di CRW. Segala bagai wayar yang dilekatkan di dada kiri dan kanan Pak Su sudahpun ditanggalkan. Pak Su juga kembali menggunakan alat bantuan penafasan biasa. Tiada lagi alat bantuan penafasan yang disambung dengan mesin penyambung hayat yang membingitkan telinga. Cuma, Pak Su masih tidak mampu menjamah sebarang makanan. Tiada selera katanya. Saya faham situasi itu. Memang selera makan akan lari bersembunyi dalam keadaan seumpama itu.

Hari sebelum ini, saya menziarahi Pak Su bersama-sama dengan emak, (ayah dan adik tidak berpeluang menziarahi Pak Su kerana terikat dengan tuntutan tugas), semalam tunangan saya, lebih manis saya bahasakannya Mr. T sahaja, ikut serta. Beliau belum pernah sekalipun berjumpa hatta berkenalan dengan Pak Su. Saya rasa itulah peluang terbaik untuk memperkenalkan Pak Su dengan insan yang bertakhta di hati saya dari zaman persekolahan sehingga ke hari ini, dan jika di izinkan tuhan saya mahu terus bersama Mr. T sehingga ke hembusan nafas saya yang terakhir. Semasa hari pertunangan kami tempoh hari, Pak Su tidak berada di kampung. Pak Su hanya mengetahui berita pertunangan kami menerusi Mak Tok, itupun setelah sebulan ikatan antara kami terpatri. Sekali lagi tembok air mata saya hampir pecah. Betapa sebaknya jiwa saya saat itu, tuhan saja yang tahu. Saya bersyukur. Sungguh-sungguh bersyukur dengan penerimaan Mr. T terhadap Pak Su. Ya, hari ini saya mempercayai kata-kata Mr. T sendiri suatu masa dulu.

"I terima you bukan sebab orang lain, tapi I terima you sebab you adalah diri you sendiri. I harap you terima baik buruk keluarga I, sebab I tak kisah siapa pun keluarga you. Yang penting I cuma mahukan you."

Bukan bermakna saya tidak mempercayai Mr. T selama ini. Tapi saya ragu-ragu penerimaannya, terhadap Pak Su terutama sekali. Demi melihat penerimaan Mr. T semalam, saya tahu dia dikirimkan oleh Tuhan kepada saya, dia dikirimkan kepada saya untuk menampung kekurangan yang ada pada diri saya.  Dia dikirimkan untuk terus berada disisi saya untuk melindungi saya. Mr. T lah yang memotong rambut Pak Su yang panjang, Mr. mengelap badan Pak Su, Mr. T membantu Pak Su yang kesusahan membuang air kecil, Mr. T membantu memicit kepala Pak Su, Mr. T menyuapkan air ke mulut Pak Su. Segalanya dilakukan dengan penuh tertib, tanpa rasa kekok. Saya sendiri yang sedarah sedaging dengan Pak Su pun tidak pernah melakukan semua itu. Semuanya mengundang rasa sebak di hati saya. Andai Pak Su, orang yang Mr. T baru kenal tak sampai satu jam, dilayan sebegitu rupa oleh Mr. T, apatah lagi saya, insan yang dekat dihatinya, bakal isterinya, tunangannya.



*Semoga dia lelaki yang benar-benar dikirimkan Tuhan untuk saya. Semoga Tuhan terus melindungi kami berdua.

Friday, July 15, 2011

Dia Tetap Bapa Saudaraku

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini dalam sejarah. Saya membuka ruangan 'new post' buat kali kedua selang masa yang paling singkat. Saya tidak tahu kepada siapa harus saya luahkan gelodak jiwa yang bermain di minda tika dan saat ini. Sungguh saya tidak tenang. Sungguh jiwa belas kasihan saya mencurah-curah keluar. Saya hanya insan biasa. Buat pertama kalinya saya rasa begitu lemah sekali saat berhadapan dengan 'lelaki' itu. Empangan air mata saya berkaca-kaca saat berhadapan dengannya. Saya tahu dia tersiksa. Biar pun siapa dia pada masa lalu, dia tetap BAPA SAUDARA saya. Dia tetap PAK SU saya. Di tetap darah daging saya. Dia tetap adik bongsu ayah saya. Dia tetap anak manja nenek saya.

Meniti minggu-minggu terawal di semester akhir ini, jadual tidak begitu padat. Mungkin sudah tertulis, hari ini saya cuma ada satu jam kelas Pembentukan Personaliti. Jadi saya mengambil keputusan untuk terus pulang ke teratak keluarga. Tambahan pula kelas untuk besok hari sudahpun dibatalkan atas budi bicara Puan Aini. Sebaik sampai di teratak keluarga, belum sempat saya menanggalkan ikatan kain tudung, saya terdengar perbualan emak di telefon. Ayah yang membuat panggilan. Ayah minta emak ke hospital dengan kadar yang segera. Pak Su tenat!

Sampai di Critical Zone HSB, hanya seorang pelawat saja yang dibenarkan masuk. Saya memberi laluan kepada emak. Emak keluar dengan membawa pakaian Pak Su. Saya sebak demi melihat pakaian itu. Seluar jeans lusuh, jaket denim yang juga lusuh, dan tuala kepunyaan Pak Su. Empangan air mata saya pecah berkecai demi melihat sehelai kopiah milik Pak Su. Kopiah yang sangat lusuh pada pandangan saya. Kopiah itu dilipat rapi. Sesak nafas saya menahan esak. Ya Pak Su sudah jauh berubah. Saya renung selipar Pak Su di tangan emak, kolam air mata saya melimpah lagi. Saya tidak mengerti mengapa selipar itu mengundang air mata saya. Mungkin membandingkan harga selipar usang itu dengan sepatu yang sedang saya pakai tika itu. Saya sedih. Sungguh. Teramat sedih.

Tatkala itu, katil Pak Su di sorong keluar dari Citical Zone menuju Wad CRW, aras 3 HSB. Saya terkedu. Sudah bertahun saya tidak berjumpa Pak Su. Badan Pak Su yang sememangnya kurus bertambah kering. Hampir tersembol tulang bahu Pak Su. Jujurnya Pak Su hanya tinggal tulang yang dilitupi kulit. Saya, emak, dan seorang kawan Pak Su (Ari namanya. Dia yang membawa Pak Su mendapatkan rawatan di HSB) mengiringi. Sayu mata Pak Su memandang saya. Mungkin Pak Su terkejut melihat saya mengiringinya ke CRW. Apatah lagi saya memeluk pakaian lusuhnya. Pak Su tidak dapat bernafas dengan sempurna. Pak Su juga tidak boleh baring dengan selesa kerana dengan keadaan itu, tahap penafasan Pak Su akan bertambah buruk. Pak Su hanya mampu duduk sambil menundukkan wajahnya, memberi tanda dia amat sakit. Saya tahu dia amat terseksa. Tapi apa daya saya untuk menolongnya. Saya sekadar mampu mendoakan kesihatannya. Pak Su tidak mampu berkata-kata walau sepotong ayat pun.

Sampai di CRW, nurse dan doktor menutup tabir di sekeliling katil Pak Su. Mesin penyambung hayat disambung. Segala bagai wayar di lekatkan di dada Pak Su kiri kanan. Alat bantuan penafasan juga diganti dengan yang lebih memberi kesan. Tembok air mata saya terasa mahu pecah lagi. Saya teguhkan juga tembok itu agar bertahan lama. Naluri kemanusiaanya saya begitu tersentuh sekali. Kekangan waktu membataskan masa saya dan emak untuk berlama-lamaan di wad itu menemani Pak Su. Waktu melawat hampir tamat. Sayu hati saya meninggalkan Pak Su sendirian di katil bercadar putih itu. Pak Su sedar kami ada di sisi katilnya, tapi Pak Su tak sedar ketika kami meninggalkannya. Kasihan Pak Su.

Pak Su menghidap penyakit jantung. Injap jantung Pak Su berlubang. Pak Su juga penhidap darah tinggi. Menurut Ari, Pak Su juga sudah setahun batuk secara berterusan. Mungkinkah Pak Su juga penghidap TB?? Menurut cerita Ari lagi, Pak Su sudah tak berupaya melakukan tugasan berat lagi. Malam tadi dua kali Pak Su dibawa ke Hospital Kuala Nerang. Pak Su mula kritikal semenjak dari semalam tapi dia masih mampu bertahan. Sehinggalah ke hari ini. Dia sudah tak berupaya melontarkan kata-kata. Ari marahkan Pak Su. Pak Su degil. Berkali-kali mereka ingin membawa Pak Su ke hospital mendapatkan lanjutan rawatan, mentah-mentah Pak Su menolaknya.

Dia tetap Pak Su saya. Walau siapa pun dia sebelum ini, dia tetap Pak Su. Biarlah apa pandangan masyarakat sekalipun, dia tetap Pak Su saya. Dia tetap 'lelaki' yang tersenarai dalam senarai wali saya sekiranya ayah, adik, dan datuk (saya gelarkan tok ayah) tiada di hari pernikahan saya. Saya tidak kisah siapa dia sebelum ini. Tapi saya sangat kisahkan keadaan dia seperti yang saya lihat petang tadi. Sungguh menyanyat hati. Saya harap Pak Su dah tak ktitikal lagi. Tapi saya tahu harapan saya ini amat tipis sekali. Pakar sudah menjelaskan kemungkinan itu tadi. Kita hanya mampu berserah.



*Pak Su saya baru berumur 28 tahun.

Thursday, July 14, 2011

How Nadia Mazlan means to me..

Assalamualaikum..

Started my final sem without Nadia Mazlan.. I don't know how to describe my feeling right now. I was big lost when she were not around. Even we walk together only two sem, but she give's me a lot of means.. I love her as a friend. She's the only one who always accompany me. Eating, fb-ing, gossipping, loughing, assignment-ing, presenting.. Nadia, now I know how your feel's when me not around. You walk, eat, climb Batu Caves and do anything - ALONE. I know you more stronger than me..

First day climbing Batu Caves, I just imagine she by my side. But she was not around. She now has her own life, new environment, no more quizes, no more test, no more assignment, no more carry mark, no more final test, no more Batu Caves and of course no more penguin suit! 

Nadia,
I just want u know that I can live without you here. Thank God I still have Lia here. She's my roomate and I've start shared everything with her, same as what I do with you..



*Start polish my grammer back..

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Pagi Murid-murid..

Assalamualaikum..
Semester baru aka semester akhir bermula dengan seribu kepayahan dan penuh dengan kesukaran.
Permohonan asrama yang pada awalnya diluluskan bertukar dengan tragedi aku dilabel sebagai calon menumpang. Semalaman menumpang di bilik orang bagaikan pelarian.

Moral value : Buatlah kerja dengan lebih sistematik !


Walaupun mood lintang pukang, mood bergambar tetap tersimpan di hati.  Hari pertama kuliah.. :D

Friday, July 8, 2011

Back To School :(

Assalamualaikum.
Sudah solatkah kalian semua?
Semoga ibadah kita sentiasa diterima oleh-Nya. Amin :)
Diam tak diam sudah setengah tahun menginap di villa keluarga. Hampir sebulan juga mengendong gelaran single but not available. Masa kembali bersekolah dah sampai. Rasa macam baru enam minit bercinta dengan kepulauan bantal setiap malam. Cepat sungguh masa melompat-lompat meninggalkan kita yang masih terus alpa dengan nikmat dunia. Setelah  penat lelah berakhir sudah lani aku bakal penat lelah lagi. Penat lelah memunggah almari baju, dah menidurkan 'mereka' nyenyak-nyenyak di dalam beg. Mengemas kesekalian buku-buku yang koma dalam kotak selama ini, masuk dalam beg kuliah balik. Fuhhhh...serius aku malas! Migrain pun mai ziarah dah ni. Kalaulah baju dan buku tu boleh bergerak sendiri...

Tiga hari lepas dah puas aku berlenggang lenggok menyusuri lorong barang-barang basah dan kering di Souk Al-Bukhari dengan tujuan berlatih jadi suri rumah yang berdedikasi.. Opssss...bukan sebenarnya, aku pi mengasah bakat untuk jadi seorang tukang shoping yang disegani..hehehe Sementelah aku hayun langkah kaki seorang diri di tengah hari menjeling-jeling lorong kegemaran aku (semestinya lorong ais krim dan makanan), berpusing-pusing mencari rak agar-agar serbuk yang tersembunyi, sehinggalah aku menjumpai lorong sarung kaki yang disangkut tinggi-tinggi dan memaksa aku guna sehabis ketinggian. Padahal nak beli sepasang ja pun. Hai macam baru nak masuk darjah satu ja ni tau. Sampai nak tercabut tumit aku merayau-rayau, ini saja hasilnya..



Dengan bayaran sebanyak RM 89.86 tunai..

Yang sebenarnya aku ni maha fokus orangnya. Tambah-tambah lagi bila bab nak mengosongkan dompet Leno kesayangan aku tu. Aku juga tukang survey yang cukup teliti. Sebab tu awal-awal lagi pihak penaja dah bagi pesanan berbayar, "Pi beli barang, bukan survey barang!". Oleh hal yang demikianlah hanya barang-barang di atas saja yang aku beli walaupun hampir sehari suntuk aku berpusing-pusing dalam hypermarket tu! 

Duit yuran ayah dah bayar, baju-baju pun dah selamat tidur dengan khusyuk, barang keperluan pun dah beli. Tapi persoalannya di sini, boleh tak kalau aku nak belajar dari rumah ja? Tak perlu masuk kampus dan menginap di asrama yang cantik tu? Tak payah menghabiskan tenaga meniti tangga-tangga kejayaan? Tak payah berebut-rebut menyidai baju di ampaian? Tak kena pakai baju penguin seminggu dua kali?

Mustahil. Memang mustahil. Sedangkan rumah kata pergi, sekolah kata mari.

Makkkkkkkkkkk......!!!
Cek tak mau pi sekolahhhhhh!!!!!!



*Sedikit masa lagi, entry aku bakal ditulis dengan Bahasa Inggeris sepenuhnya demi menyahut cabaran   seseorang
*Sambungan entry Story Tunang (Part 1) masih dalam pembikinan. Belum cukup masak ranum untuk dipamerkan pada umum :)

Tuesday, July 5, 2011

Penat Lelah Berakhir Sudah..

Assalamualaikum..

Fuh! Lega. Sekarang aku dah merdeka. Merdeka daripada apa? Merdeka daripada buat report praktikal. Rasa macam nak melompat-lompat dan berguling-guling. Hilang terus rasa penat lelah, bosan, dan tekanan yang maha dasyat bila semuanya dan selamat dilahirkan di atas kertas A4 Double A. Semoga 'anak' aku yang satu ini bakal berkahwin dengan markah yang tinggi nanti hendaknya. Sejuk tangan 'mummy' yang penat menaip ni tau. Sikit lagi ja nak jamp otak. Harap-harap cik pensyarah yang baik hati tu bagi markah yang berguling-guling jugaklah ye. :p

Migrain menyerang saban waktu tiap-tiap kali dok depan laptop tegak-tegak tilik report segala bagai tu. Tu belum lagi rasa loya akibat dah menyampah nak menaip dan nak reka ayat-ayat bombastik. Lebih-lebih lagi rasa sakit belakang sebab menaip tanpa sandar dekat mana-mana dinding (kesan dari lepas accident sebenarnya). Saja nak tunjuk aku ni gigih! Mata pula tak payah cakap la. Dah naik juling dah dok pandang-pandang, renung-renung skrin laptop ni. Semalam kemuncak segala kesakitan. Puas aku ketuk-ketuk kepala, kononnya dengan cara itu idea akan terjun menjunam-junam masuk dalam laptop. Tapi kehampesan! Ternyata cara itu tak berkesan. Langsung tak! Pagi tadi usai subuh, aku dah berdating dengan skrin. Bukan kehendak sebenarnya. Tapi kemestian. Kemestian untuk memastikan 'anak' aku ini lahir cukup sifatnya. Ikutkan hati mahu saja aku tinggalkan 'anak' ini terkapai-kapai sendirian.


Haaa...nilah rupa anak aku yang dah selamat dilahirkan. Alhamdulilah. Lahir sihat dan sempurna.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan aku ucapkan dekat dekat doktor-doktor yang sentiasa di sisi aku. Tak lain tak bukan Doktor Ink dan Doktor Printer. Penuh dedikasi depa berkhidmat dan tak buat perangai pun. Kalau tak, mati aku. Dan Mr. T juga setia menunggu aku hingga ke awal pagi.





Puas geledah satu rumah cari A4 DOUBLE A. Akhirnya aku jumpa dia dok main nyorok-nyorok nun jauh di bawah kotak. Tanpa beliau, menangis kekecewaanlah Doc Ink.




Haii.. Itulah semua cabaran dan dugaan. Itulah harga yang perlu dibayar sebagai seorang pelajar.
Walau apapun semuanya dah selesai.
Lega yang teramat sangat aku rasa.. Yuran pun dah siap bayar. Barang pun Mr. T dah sponsor. So lani kita tidur dulu.

Wassalam :)

Opssss sebelum terlupa..
Ini ganjaran dari Mr. T sebab dah siap kerja dengan jayanya. Mr. T baru bagi sebenarnya. hehe

Saturday, July 2, 2011

Sireh Pulang Ke Gagang : Edisi Mengutip Buah Rambutan :)

Assalamualaikum.

Penat belum hilang, peluh belum kering, ruangan blog memanggil-manggil jemari aku mencoretkan kisah seharian ini. Gembira !

Aku baru balik dari dusun buah milik tuan kebun. Oleh sebab kami tak punya dusun buah (setakat sepokok, 2 pokok buah durian + rambutan tu ada la), jadi ayah dan the sepupu's beliau buat satu pakatan nak p serang kebun tuan kebun tu. Pernah dengar perkataan pajak? Bukan pajak gadai ye. Ni pajak pokok! Satu masa dulu aku pun pening-pening lalat, apa tu pajak pokok! Yang aku tau pajak gadai ada la. Tapi hari demi hari barulah aku reti dan faham istilah dan makna disebalik pajak pokok tu. Bagi yang masih penuh telinga kera dalam kepala, akibat tak paham istilah yang aku guna pakai ni, pajak pokok tu kira macam kita booking sebatang pokok buah-buahan (berapa batang pokok pun tak kisah, bergantung pada berapa banyak buah yang kita nak makan) dari tuan kebun, dan kita bayar la harga sepokok tu berapa RM ikut pada harga yang tuan kebun tetapkan. Jadinya bila kita pi kebun dia, kita boleh makan kesemua buah dari pokok yang kita pajak tu. Nak makan ranting dengan daun pun tak ada masalah. Asalkan kita tak tebang pokok tersebut! :-p

Berbalik pada cerita keseharian kesuntukkan ini. Rancangan asalnya kami nak pi dinihari. Tapi disebabkan anak-anak the sepupu's kesemuanya pakat sekolah di hari Sabtu dan berlari untuk negara kononnya, (sorry to say, to me 'berlari' for nothing!) jadi rancangan tergendala, siaran juga tertunda. Lepas solat Zohor baru kami mulakan ekspedisi yang advanture itu. Lima buah kerata kesemuanya. Ada la dalam 30 orang lebih, termasuk babies. Masing-masing dah lapar buah! Dusun yang menjadi mangsa tadi dok dalam daerah Sik. Sepertimana tajuk entry kali ini, Sireh Pulang Ke Gagang.. Iya la dulukan aku penghuni daerah Sik yang indah permai. Dusun siapa? Maaf. Aku tak tau nama tuan dusun yang baik hati dan sporting tu. Yang aku tau dusun dia ada buah rambutan, durian, nangka, cempedak, manggis, dan rebung. Pokok epal pun ada tau!!

Kira nostalgia sangat bila menghala ke daerah Sik. Banyak kenangan di sana. Belajar ABC, belajar berlari, jatuh bangun, belajar memandu hinggakan kereta jatuh dalam cerun tinggi, malah belajar cinta monyet juga di sana! Sungguh sampai mati pun aku takkan pernah sama sekali melupakan daerah itu! Walaupun agak terpencil, namun daerah itu menyimpan semua lipatan sejarah kehidupan aku.

Kami sampai kat kebun tadi lebih kurang pukul 3.00 petang. Tugas aku dengan anak-anak the sepupu's yang merangkap dua pupu aku tu, melapik tikar di bawah pohon rambutan. Tak tengok kiri kanan dah, semua pakat serbu buah durian. Aku tengok secara rawak, buah durian ada la dalam 40-50 biji. Memang tak termakan sebab banyak sangat. Jadi bila dah tak larat makan kami angkut masuk dalam kereta dan agih-agihkan sama banyak dalam bumper setiap kereta. Naik juling biji mata, pening makan durian banyak sangat.

Masuk bab rambutan. Dua pokok rambutan yang di pajak tu licin buahnya. Siap tebang dahan lagi. Anak-anak tuan kebun pulak tak henti-henti membantu mengutip buah untuk kami. Padahalnya anak tuan kebun tu baru 6 tahun! Macam buah durian juga, buah rambutan yang kami dah tak larat nak makan kami sumbat masuk dalam bumper kereta. Nak jimatkan ruang, mak dengan ayah kopek buah rambutan tu satu demi satu dan masukkan dalam bekas kedap udara yang kami bawa dari rumah. Dalam bekas tu mak isi ais kiub sekali. Kiranya, bila dah sampai rumah nanti, buah rambutan tu dah macam baru keluar daripada freze.. :)

Pukul 5.00 petang kami bertolak balik dengan senang hati. Terima kasih tuan kebun. Tahun depan kami serang lagi. Jangan tak percaya, tuan kebun tak mau ambil sebarang bayaran! Mungkin sebab tuan kebun dah tak larat nak makan buah dan mungkin juga sebab tuan kebun kenalan rapat ayah. Namun ayah dan the sepupu's tidaklah sekejam mana. Bayaran tetap dilakukan. Tapi aku rasa ralat + rugi. Sebab ayah bawak MYVinya saja pi dusun tu, jadi kami tak boleh bawak balik buah yang banyak. Harini En. Tunang sibuk, kalau angkut pakai Storm En. Tunang mesti dengan dahan pokok yang dah dipajak tu sekali kami boleh bawak balik! En. Tunang dengan penuh kejelesannya sebab tak dapat ikut di saat-saat akhir.

Kenyang perut senang hati.

*Sibuk makan + kutip buah sampaikan aku terlupa nak snap walau sekeping gambar!

Friday, July 1, 2011

Undilah Saya!

Assalamualaikum...
Eh parlimen belum bubar saya dah sibuk-sibuk nak rayu undi? Saya nak jadi Ahli Parlimen? Masalahnya layakkah saya ini? Budak yang belum cukup matang fikirannya??
Relaks..relaks.. entry ini tak ada kena-mengena dengan Suruhanjaya Pilihanraya ye sidang pembaca sekalian..

Alkisahnya begini...

Semalam kakak ipar aku (walaupun aku belum menikahi adiknya) men'tag'kan gambar anaknya, Adam Rifqi kat aku. Katanya Adam masuk contest untuk baby dan bapa. So di minta tolong aku vote untuk naikkan ranking Adam dalam contest tu. Ala lebih kurang macam hampa semua dok vote untuk budak-budak AF, Mentor segala tu...So aku pun buat la. Tapi voting kat dalam ni tak  perlukan walau sesen kredit dari mobil kita, cuma guna jari saja. Ni bukanlah macam tagline iklan Rejoice tu, 'guna jari pun boleh' tu, tapi nak vote kat sini memang kena guna jari. Kalau tak pakai tak naik la ranking anak sedara aku tu (bakal..heheh). Tilik punya tilik, tersangatlah kurangnya voting untuk Adam kalau nak dibandingkan dengan babies yang lain. Aku pun dok pikir punya pikir macam mana nak buat, jadi aku dapat idea. Aku PM kat hampir 300 kawan-kawan dalam Friend list FB aku, yang terdiri daripada kawan-kawan sekolah tadika sampailah kepada kawan-kawan kat Uitm dan juga Poli. Tak terkecuali saudara-mara jauh dekat. Tapi aku pilih-pilih ja la yang mana betul-betul selalu online. Kira macam rayu undi suruh depa vote untuk Adam. Pastu yang mana aku tengok tengah on chat, aku hantar kat chat box depa suruh buat benda yang sama. Aku bagi juga kat depa link yang sepatutnya, dan alhamdulilah tak sampai sehari vote untuk Adam dah menjangkau ke 80 vote. Sebenarnya Adam baby yang paling last join contest ni. So kira jumlah vote tu tinggilah kan. Baru join ja dah tinggi ;)

Individu pertama yang bagi respon kat mesej aku menjadi milik Nur Saliehah Abdul Rahman aka Leha. Leha ni jiran bilik aku masa sem 2 dulu. Terima kasih daun keladi. Lain kali aku minta tolong lagi. hahaha

Dan daripada tak ada vote yang banyak, ranking Adam semakin bertambah. Info terkini vote untuk Adam dah 81 vote.

Jadi, rakan-rakan saya yang baik hati, tolong ya ringan-ringankan jari hampa semua vote untuk Adam. Caranya mudah saja.

1. Buka page ni ZUARCITYSHOP (kelik ja kat link yang aku bagi kat sebelah ni)

2. Bila dah buka page yang dinyatakan, anda perlu klik 'LIKE'.

3. Ok, lani anda kelik pula kat sini MUHAMMAD ADAM RIFQI.

4. Lepas tu terus LIKE kat bawah gambar Adam tau.

*Peringatan : Sila berhati-hati. Aku bukan apa, risau. Bila hampa dah seronok nak like, takut ter'like' kat tempat yang salah pula.

Ok Kawan-kawan yang budiman. Selamat mengundi !!
Untuk kawan-kawan yang dah tolong vote Adam dari petang semalam, terima kasih ya. Nanti aku belanja nasi kenduri sorang dua pinggan !

Adam,


Ni ja yang MAK LANG (cewah! senyum-senyum kucing bila sebut) mampu buat untuk tolong Adam. Mak Lang harap Adam menang ok. Kalau tak ada rezeki, nanti kita masuk contest lain pula. Mana tau lepas ni akan timbul contest "Baby bersama Mak Lang"! hehe Kalau ada contest tu nanti, awal-awal lagi Mak Lang hantar gambar Mak Lang dengan Adam. Mak Lang comfirm memang kita akan menang sebab kita comel dan bulat macam bola..tau!! Sebab kawan Mak Lang kata, kalau Mak Lang yang masuk apa-apa contest, dia nak vote banyak-banyak. Sebab tu Mak Lang confident kita mesti menang Adam! Tapi ni rahsia Mak Lang dengan Adam ja tau. Jangan bagitau Pak Lang ye. Pak Lang tu jeles kalau kite glamor.. hehehhe

Love ,
~Mak Lang Gebu~


Hai.. Nama caya Adam.. Tolong Vote untuk caya ye..


:)
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design