Tuesday, May 5, 2015

HARI PEKERJA DI ATAS KERETAPI

Mood tak berapa nak ada sangat ni. Mood cuti dok bersarang lagi dalam badan. Lemak la cuti empat hari, kan. Kenapa tak sambung lagi empat hari??
Dari bulan-bulan lepas lagi si kembar tak habis-habis dok ulang cakap "Tok ayah, jom nek tita api". Belakang rumah mak aku ada jalan keretapi. Jadi cukup jam memang tak berhenti-henti dumdamdumdang keretapi tu bunyik bila lalu. Anak-anak aku pulak terlompat-lompat suka walaupun tak nampak pun bayang keretapi tu sebab terlindung dengan semak! ahahahaha Ayah aku pulak memang tak sanggup nak dengar rayuan dan godaan depa dua beradik. Cucu sulung katakan. Macam aku dolu-dolu jugak. hikhikhik Jadinya dah alang-alang cuti sampai empat hari, jadi kami pun plan nak bawak budak kecik dua orang ni naik keretapi. Nasib la dok sebut nak naik keretapi, kalau dok sebut nak naik 'apai bubam'? Jenuh kering poket tok ayah hampa! Tak paham? Apai bubam tu KAPAL TERBANG! 
Mula dari planning nak bawak depa naik keretapi tu sampai la pada malam sebelum hari kejadian, aku dok risau tak habis-habis. Mana taknya, keretapi jalan pukul 7.20am, maknanya nak tak nak pukul 7 dah kena keluar rumah. Maknanya jugak aku kena bangunkan budak dua orang tu awal-awal pagi. Tidur malam pun tak berapa nak nyenyak. Aku terlebih kesian sebenarnya nak kacau tidur anak-anak. Kalau boleh tak mau ganggu langsung biar tidur diaorang cukup. Hari bekerja selalunya kami kendong sorang satu angkut masuk kereta nak hantar pegi taska. Sampai depan pintu taska dua-dua tercengang-cengang kebingungan. Eh semalam macam tidur dalam rumah, ni kenapa jaga-jaga dok dalam kereta?? 
Walaupun jarak stesen dari umah mak aku dalam 10minit ja, tapi isi minyak kereta segala memang makan masa. Tiba hari kejadian, mak aku pukul 4.30am dah bangun masak bekal. Mak aku siap masak semua, aku 5.00am baru bangun. Terbaik punya anak. hihihi Isi air panas dalam thermos, isi baju pampers towel bekas susu dalam beg, botol bawak ekstra, baru gaya nak tarik zip, UUWAAAAAA!! tangisan bergema. Tengok-tengok budak dua orang tu dah bangun duduk bersila. Tapi yang nangis berianya sorang ja. "Mama, tatak tiyak" Zara terus report kakak dia teriak bila nampak muka aku. Tengok jam baru 5.30 am! Good girls. Buat teruk ja aku pikir banyak sampai tidur malam pun tak nyenyak punya dok cari kaedah nak kejutkan budak dua orang tu bangun awal pagi! Bagi mandi pun hentam air segar dari paip besi jer. Dasar pemalas punya mak. Tapi aku memang ajar diaorang mandi air sejuk dari dulu, baru kuat sikit tulang tu. Masa baby dulu ja mandi air suam-suam kuku. Zara relaks ja tadah air dan jirus kepala, gosok muka. Tapi Mayra? Baru kena setitik dak menangis bagai nak rak! "Sujuk..sujuk.." Siap ketar-ketar bibir! Nyampah tau! Zara selamber badak jer. Nampak nau DRAMA. 
7.10am kami terpacak kat Stesen Keretapi Gurun. Sampai-sampai ja skrin kat stesen tu tulis, DELAY 20 MINUTE. Huh buat penat ja siap macam ribut. Mayra macam biasa la, mengada dengan tok ayah minta dukung tak habis-habis. Dia ingat tok ayah nak ikut sekali kot. Lupa pulak nak bagitau. Kami naik keretapi ni dari Gurun nak ke Padang Besar. Pegi nak keretapi, balik nanti naik kereta. Jadi ayah hantar kami naik keretapi, dan ayah drive ke Padang Besar nak jemput kami balik nanti. Kami pi ni ala-ala Rombongan Cik Kiah sebab mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu-sepupu sekali wan dan bini dia pun ikut sekali. Semua kaum kerabat mak aku ada dalam kejadian ini kecuali adik aku dengan wife dia dan laki aku ja tak ada. Depa tiga orang tu busy memanjang. Jadi bye-bye je la. Kira geng mak-mak dan anak-anak naik keretapi, geng pak-pak naik kereta. 
~Ni masa baru sampai stesen. Tengok la budak mengada tu asyik nak berdukung dan berkepit ja dengan Tok Ayah~
~Tengah tunggu ketibaan keretapi. Apa jeling-jeling Mayra??~
~Mama dan Zahraa'~
Kalau ikut jadual yang ditampal dekat board stesen tu, perjalanan dari Gurun ke Padang Besar ambik masa tiga jam. Kira keretapi jalan pukul 10.40am baru sampai. Semua macam 'Oh boring la lambat sangat nak sampai'. Bekal berbeg-beg pakat dok galas. Modal aku kek batik dan macaroni bakar. Wiwin memula tu dok diam-diam je. Seat untuk depa pun aku ambik sorang satu. Tak kuasa aku nak riba muatan 15kg atas riba selama tiga jam tu. Maunya hilang deria rasa kaki aku bila dah sampai nanti. Zara duduk sebelah aku, Mayra pulak duduk dengan Mak Tok. Tak sampai separuh perjalanan, si Mayra dah cebik-cebik. Menonong ja turun daripada kerusi dan cari seat aku dengan 'magnet' dia. Seat kami terpisah jauh sebenarnya. Jumpa-jumpa ja tak cakap banyak terus panjat dan 'rampas' seat Zara. Duduk baik-baik ja.

Lima minit ja duduk diam lepas tu depa pun jumpa kerja baik punya. Berlatih jadi pramugari kononnya! Habis dicabutnya alas seat. Lambung-lambung lipat-lipat. Ikut suka la nak oii.. Asalkan tak meraung tak tentu pasal mak kau dah lega. Aku awal-awal tu bajet keretapi bergerak ja wajibalqonnah budak dua orang tu tidur hanyut sampai ke Benua Antartika. Jadi bila depa tidur bersenang-lenang la sikit mak depa ni sepanjang perjalanan. Tapi kehampesan! Walaupun pakat dok menguap tak tau berapa ratus kali, gagah jugak celik bijik mata tu. Kesudahannya dok zikir "LAILAHAILLALLAH" hingar satu gerabak.
Perjalanan yang pakat dok sangka ambik masa sampai tiga jam tu tengok-tengok pukul 9 dah sampai! Macam bangang ja. haha Tak sempat nak panas punggung pun dok atas keretapi tu. hahahah Kami dah selamat sampai geng driver baru sampai kat Kodiang. Berzaman lagi baru nak sampai ke Padang Besar tu! Bila depa dah masuk area Padang Besar, tengok-tengok jalan jem la pulak. Tak sangka pulak cuti-cuti ni orang pakat berpusu-pusu nak masuk Thailand. Tunggu punya tunggu akhirnya ketua rombongan buat keputusan geng keretapi jalan kaki pi dekat kereta sebab kereta tak boleh bergerak langsung. Nak menghampiri stesen pun mau sejam lagi baru boleh. Lalu berjalan kakilah kami terkedek-kedek kendong dua budak kecik muatan 15kg darab dua orang. 
Bila dah berjaya parking tepi Bazar Padang Besar tu, kami berpecah. Shopping la satu bazar pun kalau kau mampu, tepat pukul 12.00pm semua kena kumpul dekat tempat parking balik. Lebih kurang macam tu la arahan ketua rombongan. Aku tak shopping beria sebab dalam kepala nak bagi anak-anak merasa naik keretapi saja. Tapi nilah hasil beli dan belahnya. Bukan aku punya, Mak Su aku punya. Family depa yang paling beria shopping.
Dari Padang Besar kami cari port tepi jalan untuk berkelah. Perut sorang-sorang dah menyanyi lagu pop ye ye campur dangdut dah. Lapik tikar, senduk nasi dan lauk. Layan diri je konsepnya. Tak kuasa nak berhidang-hidang. Siap makan segala, bincang lagi. Depa pakat nak pi mandi kat Gua Kelam. I follow je.

Sampai kat Gua Kelam, dua beradik tu pun 'kelam' sama. hahaha Zara terlentok atas Tok Ayah tepi surau. Mayra pulak jeles tengok adik atas riba Tok Ayah, cepat-cepat dia ikut Tok Su dia masuk dalam Gua Kelam tu. Tengok-tengok sedap ja dia lentok atas Tok Su. Nasib badan la Tok Su oii.. Boleh hilang 'kaki' kalau riba budak tu. Siap mandi semua kami pun menuju jalan pulang. Penat tak payah cakap la. Singgah sana sini dengan bawak budak kecik ni memang mencabar. Jujur aku cakap sejak ada anak ni tak pernah lagi aku pi jenjalan jauh-jauh. Paling jauh pun Perlis dengan Taiping ja. Penat hokay. Dalam kereta kejap gaduh, kejap nyanyi, kejap lawan tarik rambut, kejap berebut susu, kejap berebut bantal. Huuuu PENAT!!
Last but not least, belanja sikit gambar Mayra Zara bersama kesayangan depa Mak Tok dan Tok Ayah. Terima kasih bawak kami naik keretapi. Tu ja la kot cerita sempena Cuti Hari Pekerja kami. Lain kali kita paksa Baba ikut sama naa..
Love,
MAMA


 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design