Thursday, June 23, 2011

Story Tunang (Part 1)

Assalamualaikum kawan-kawan..
huss..huss...
berhabuk benar belog ni..
eh belog sapa ni hah?
sekali belog aku da...
berminggu-minggu lamanya aku x menjengok ke ruangan ini..

SIBUK.

Eleh sibuk apa la sangat kalau setakat makan tidur hari-hari..
Ya aku memang sibuk. Sibuk dengan bermacam-macam agenda yang direncanakan untukku.
Semuanya menuntut komitmen yang maha tinggi. Wah ayat ala-ala wanita korporat ja kan..
Aku bertungkus lumus menyiapkan report praktikal, print dan cari balik kot-kot typing error kat mana-mana. Satu perkara lagi aku sibuk memanjat dari satu eskalator ke satu eskalator p cari barang-barang gubahan. 
Seperti mana entry sebelum ini (Menjelang Majlis Itu), alhamdulilah semuanya sudah selesai digubah. Baru aku sedar yang aku ni tak keras tangan dan punya bakat terendam. Tapi saja tak mau tunjukkan.. haha Dengan dibantu bonda tercinta, polisterina yang hodoh itu kami hias secantik mungkin. Dan hasilnya alhamdulillah 'encik' itu bagi 5 bintang! alhamdulillah. percubaan pertama aku berhasil.

Rasanya seantero ASEAN sudah sedia maklum pasal berita pertunangan aku  ni. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya impian dan angan-angan kami jadi kenyataan jugak. Lambat gila aku post story kan. bukan apa, mood diawang-awangan tu terus menyelubungi. so mood nk speed typing tu agak merudum. besok 24 Jun 2011 genab 2 minggu aku bergelar tunangan orang. :D

selepas bergelar tunangan orang ni macam-macam pesanan yang aku dapat. antaranya :
- jaga batas pergaulan.
- jangan dating kerap-kerap.
- jangan cuba main mata lagi dah. (haha)
- tabah menghadapi cabaran.
- berani lawan bisikan syaitan yang menyesatkan.

terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membanting tulang dan tenaga demi merealisasikan majlis hari itu berjalan dengan lancarnya. terima kasih buat mak ayah atas sumbangan tenaga dan jadi sumber kewangan. terima kasih kepada adik-adikku FAEZ, HANIS, HARITH, ATIKAH, HAKIM, ATIFAH, HAMIM, HUDA, NAIM, & ANAS yang bertungkus lumus dari sebelum majlis sehinggalah lepas majlis tamat, tolong cuci periuk belanga (yang padahalnya depa syok nak dapat abang baru..haha), terima kasih kepada seluruh sanak saudara yang ambik cuti semata-mata nak mai meraikan aku, terima kasih kepada pen'sponsor' hantaran sekalian, terima kasih kepada MUNYATI & AZMALINA yang sudi mai dan layan outdoor aku yang tak seberapa, terima kasih kepada nenda-nenda berdua, makteh's sefamily (merujuk kepada kedua-dua makteh yang aku ada) , maksu sefamily, maktam sefamily, nenda-nenda saudara, orang-orang kampung, dan semua pihak yang terlibat. jasa kalian akan di kenang sepanjang hayat. cumanya insan yang paling tertunggu-tunggu majlis pertunangan ini telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk arwah nenda Saadiah..apapun kami tau nenda tengok dari kejauhan. tetiba plak rasa syahdu..

kepada keluarga bakal mertua, ribuan terima kasih juga aku ucapkan walaupun terpaksa mai jauh-jauh.
layan dulu 2 keping gmbar di bawah ni. ada masa yang terbuang aku post entry lagi hokay! daaa....

time debaran menunggu rombongan sampai..

:)
 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design