Friday, April 22, 2011

Peringatan Kepada Kita.

Assalamualaikum..

Disaat orang lain kesedihan, bersyukurlah kerana kita masih mampu tertawa keriangan.
Disaat orang lain menghadapi kesempitan, bersyukurlah kerana kita masih beroleh kesenangan yang berpanjangan. Disaat orang lain meratapi kematian, bersyukurlah kerana kita menyedut udara segara ciptaan Ilahi.
Kesunyian membelenggu diri kerdilku saat ini. Kebosanan, kebingungan, keterpaksaan, kekecewaan, kekeliruan..
Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin menghembuskan rasa dingin menyapa tubuhku sehingga ke tulang hitam. Jemari kecilku mula menekan papan kekunci satu persatu cuba merungkaikan segala yang berselirat di minda saat ini. Cuba muhasabah diri. Mencari kekuatan diri sendiri. Memikirkan segala yang perlu diperbaiki. Memikirkan segala yang bakal mendatang. Saat ini hanya terbayang gambaran wajah ayah bonda di ruang mata. Lewat masa ini, hampir saban hari mendengar berita rakan-rakan dan kenalan-kenalan sekeliling mengkhabarkan berita kehilangan ayah dan bonda tercinta.

Salam takziah untuk Beba Harun @ Habibah bt Harun, yang baru kehilangan ayahanda tercinta. Semoga rakanku itu tabah menghadapi kehidupan.
Cuma, kita harus terus mempersiapkan diri menghadapi malam pertama di alam sana. Mensucikan wajah dengan wuduk. Tidak alpa mencium tikar sejadah. Aku termenung sendirian. Kuasa tuhan tak siapa dapat menghalang. Usai menunaikan kewajipan sebagai muslim sejati, aku tidak pernah lupa, tidak jemu berdoa supaya tuhan terus memberi nafas kepada kedua ayah dan bondaku. tidak pernah malu bersujud memohon supaya kedua ayah dan bondaku terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.... Hanya mereka sumber inspirasiku..peniup semangatku untuk teruskan kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini..



MAAF..

Penulisanku masih belum cukup mantap untuk menarik minat orang lain membacanya!

Sampai di sini dulu..penulisan akan diteruskan sedikit waktu lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design