Wednesday, April 15, 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Halloooo... Rindu kiter tak?? Haip tak baik tipu, baik ngaku cepat..kehkehkeh (Bajet follower berpuluh ribu!) Misi kuruskan badan masih berjalan. Tunggu next month kalau betul-betul berjaya nanti aku review prodok yang aku tengah guna sekarang hokay. So far ada perubahan walaupun masih tak berapa ketara. 

Berbalik kepada tajuk asal.

Aku dulu kalau mandi paling cepat pun 30 minit ouls. Semua nak kena belek. Kena pastikan betul-betul bersih dan wangi. Sampaikan kadang-kadang mak, ayah, adik dok jerit depan pintu bilik air, "Hoi cepatlah orang sakit perut niiiii !!!". Then barulah aku reti nak keluar bilik air. 
Aku sekarang mandi paling lambat 10 minit. PALING LAMBAT! Kau mampu nak berlama-lama belek jubin bilik air kalau dah asal kau masuk bilik air ja nanti ada yang dok ketuk pintu bilik tu macam main gendang? Kau mampu berlama-lama dalam tu kalau asal kau masuk ja akan ada dua budak kecik dok jerit "MAMA" non stop! Kau mampu nak dok lama-lama dalam bilik air kalau asal kau baru nak buka paip air dah ada yang bergaduh dan meraung macam kena dera depan pintu? Kau mampu?? Aku tak mampu der! Nak mandi sapu badan macam dolu-dolu memang tak istiqomah. Tension hokay! Paling aku tension dua-dua orang meraung macam kena tinggal dalam semak, then aku tiba-tiba buka pintu nak tengok kejadian sebenar, tup-tup automatik dua-dua berenti meraung. Paling tak tahan, no tears. YES NO TEARS!!!! grrrrr.... 

Tapi aku pulak yang cuak kalau masa aku masuk bilik air suasana sunyi sepi macam hutan tanpa bunyi cengkerik. Pernah sekali tu aku syok basuh bilik air, tak dengar suara langsung dari luar. Aku pun best la berlama-lama dalam tu. Bila aku keluar bilik air nampak dua budak tu tersengih-sengih macam kerang busuk tunggu aku keluar. Ya Rabbi..!!! Sorang muka macam opera cina, sorang lagi tangan macam pakai sarung tangan lab. Kuku macam mamak uli tepung roti canai yang terlupa nak basuh! Depa main aku punya KRIM PENCERAH SAFI yang liat tu!! Dahlah nak basuh susah nak keluar. Si Zara tukang sapu, Si Mayra tukang tadah muka. Bukan setakat muka, gigi pun penuh krim. Sahih dia makan menatang tu sambil tadah muka bagi adik sapu! Aku ada ambik gambar dua-dua orang, tapi malangnya gambar tu wiwin dah delate. Depa delate semua gambar-gambar dalam memory kad aku! uuwaaaaaaa...

Semalam pun sama. Sunyi sepi masa aku masuk cuci muka, gosok gigi, dan ambil wuduk. Aku mula-mula tu buat tak heran bila tak dengar sebarang bunyi potpet-potpet. Tapi aku memang syak depa mesti ada projek BESAR punya kalau mulut sunyi sepi macam tu. DAN tiba-tiba aku dengar satu bunyi yang agak aneh. Kelentang kelintung bunyi besi berlaga mozek. Ikut hati nak ja cepat-cepat lari keluar. Tapi memandangkan masa tu muka aku penuh dengan pencuci muka dan mata pulak tak boleh buka, jadi aku buat-buat tak dengar sebarang bunyi. Tiga minit lepas tu aku pun keluar dengan aksi terhendap-hendap macam orang nak mengintip anak dara. "YA ALLAH!!!!" Bergema jeritan mak tiri aku kat situ. Pintu peti air ternganga macam singa lapar!! Air sirap melimpah ruah atas lantai. Baju sorang-sorang merah macam baru lepas mengecat. "Mama...tenok ni..sapa uat?" Ewah-ewah boleh pulak tanya soklan bernas macam tu kat haku? "Adek nii..menampau..hamboiiiii" Amboi amboi amboi siap melampau jadi menampau pulak! Dah-dah tak payah nak tuduh-menuduh. Dua-dua sama ja. Kesudahannya aku mengemop tumpahan sirap dengan penuh sendu.

Aku dulu kalau esok nak kerja, pagi-pagi buta esok tu la baru aku terhegeh-hegeh terbongkok-bongkok iron baju. Tu pun sepasang ja. Kira tiap-tiap pagi ulang perkara yang sama. Pemalas tahap cipan punya manusia. Pepagi memang akan ada adegan termenung berpanjang-panjangan depan longgokan baju kurung-kebaya-dress semua. Garu kepala tak tau mana satu nak pakai. Kang mix and match nampak macam badut pulak. Selalu dok tanya mak, ada tak iron automatik? Asal petik suis zupzap-zupzap hilang semua kedut kat baju. "Hei hang dah pasai apa? Pemalas sangat, tu pun lambat siang nak kawen!" Dah kena ayat power macam tu tiba-tiba akulah pompuan paling rajin dalam Malaya. Sekali stok uniform ayah yang pakai 2 bulan setengah tak habis tu pun aku iron sekali.(Tapi iron baju ayah best sebab dapat imbuhan. Setiap hari pun aku sanggup! hihihi)

Aku sekarang asal weekend ja longgok kain baju nak pakai pi kerja tepi iron board. Stok seminggu terus. Kalau dok buat perangai macam zaman tak ada anak dulu alamatnya memang pakai baju tak bergosok pi kerja jawabnya. Pepagi memang tak ada masa yang cukup sejak ada anak ni. Dah longgok baju dan tudung untuk stok seminggu tu, aku pun bersila dan bersiap sedia nak mula gosok baju. Pasai apa aku bersila? Iron board aku ni jenis yang bersila punya. Ni iron board zaman belajar dulu lagi. Malas nak beli baru sebab elok lagi. Ok siap iron sehelai, aku hampar atas lantai cantik-cantik, tegang-tegang. Kira dah habis iron semua baru aku nak sangkut kat hanger. Tak payah nak bangun duduk berpuluh kali. Baru separuh iron baju seterusnya, tengok-tengok dua budak tu dok seketul atas baju yang aku hampar tadi!! Siap dok sebut "Pucing-pucing" Berpusing-pusing atas baju aku tu. Hadoiiii buat tikar zam-zam pulak daaahhhhhh!! "KAKAK!! ADIK!! Bangun..!!" jeritan mak tiri bergema ONCE AGAIN. Mencicit depa lari sembunyi belakang pintu. Pastu tetiba pulak henfon bunyik. Aku lari nak pi angkat phone, lupa nak tutup and cabut plug iron. Sambil cakap dengan Pak Fais aku baru teringat aku lupa tutup and cabut plug. Bila aku masuk dalam bilik yang aku iron baju tadi nak tau apa yang aku nampak ???
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
ni diaaaa..
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

OH MY GOD!!!!!
(Nasib depa pandai tutup and cabut plug)
Ok. Bye!

2 comments:

  1. Ya Allah amy..tergelak2 baca..hikhik..zara myra.. sementara nk besar..ada kawan dua2 sama akai..adeh..sabaq ja la..

    ReplyDelete
  2. haha tau xpa..jenuh hari-hari dok berperang dengan depa..

    ReplyDelete

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design