Monday, December 20, 2010

kenagan sebagai penerima anugerah..

(ini bukan cerita baru..ini cerita beberapa bulan yang lalu..harap maaf baru di post kan..almaklumlah baru ja berjinak dengan blog..hehe)

Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang cemerlang di antara yang cemerlang..aku pun sedikit terkedu melihat result aku..
aku target sekadar 3.5 ja..tp tgk result aku melebihi yang aku target..siapa sangka budak yang x penah lekat di hostel pada hujung  minggu blh dapat result cmni..huhu 
mak pnya terjerit bla tgk aku dapat 3.97..syukur alhamdulilah..
ayah yang berada di Johor kerana tuntutan tugas ketika itu, terus saja mesej anaknya ini, 
"lusa kita celebrate ikan bakar"..
barulah aku tau erti kepuasan sebagai pelajar..
barulah aku nampak erti kegembiraan bonda dan ayahanda yang bangga dengan kejayaan anaknya..
semua ni hadiah untuk mu bonda dan ayahanda..
terima kasih atas segala pengorbanan kalian terhadap diriku... 
cewah macam teks emcee plak aku karang..
biasala jd emcee tu kan dh memang kerjaya x bertauliah aku..hehe
saat aku melepaskan gian di mikrofon..


ok tinggalkan saja kisah kerjaya x bertauliah aku tu..entry kali ini aku nak ceritakan pasal satu malam yang benar-benar memberi aku senyuman sepanjang malam.. 

"MALAM ANUGERAH CEMERLANG / DEKAN"

Bukan tujuan untuk riak atau takbur..
aku sekadar ingin berkongsi rasa terharu, bersyukur, rasa tidak percaya dan teruja yang aku alami.. 
baru hari ini aku percaya pepatah melayu yang mengatakan:
"KEGAGALAN HARI SEMALAM ADALAH KEJAYAAN HARI INI"..
Ya itulah yang berlaku kepada aku..
Aku diterima masuk ke IPT yang terletak di penghujung semenanjung malaysia, iaitu negeri Perlis Indera Kayangan..bermula la kehidupan aku di sini setelah aku cabut lari dari Negeri Pahang..
ya pada awalnya aku menghadapi banyak kesukaran..
hampir setiap minggu aku akan merayu kedua bonda dan ayahanda ku datang menjemput ku pulang ke rumah..almaklumlah IPT ni dgn umah aku dekat saja..

melihat kepayahan bonda dan ayahanda sanggup datang menjemput ku hampir setiap minggu, aku tanamkan tekad di dalam hati: 
"AKAN AKU HADIAHKAN KEJAYAAN KEJAYAAN YANG TIADA TANDINGNYA KEPADA MEREKA"..

1st sekali ialah perjalan menuju ke peperiksaan akhir- iaitu mengumpul 'carry mark' sebanyak mungkin..
alhmdulilah  DIA permudahkan perjalanan ku..
tibalah saat yang di geruni iaitu peperiksaan akhir DAN tiba hari keputusan peperiksaan di umumkan..(telah aku ceritakan tadi)..

Masuk semester berikutnya, aku mendengar ura-ura majlis penyampaian anugerah akan di adakan..
Di satu petang yang redup, kelas plak batal, fuh apa lagi menuju ke katil empuk ku la untuk melelapkan mata..hehe tp 1 deringan telefon membantutkan perjalanan mimpi ku..

"SALAM..ni AMALINA ka?saya......(nama pensyarah tu terpaksa aku rahsiakan..huhu)..awak kenal x?"
aku dengan penuh suspennya menjawab ya akulah orangnya..dan memang aku kenal sangat dengan pemanggil tersebut..Puan A..

"Awak penerima anugerah kan? Awak free x sekarang?" 
aku yang dalam mamai2 ni terus terlompat bangun..
"Awak datang sekarang ye kt dewan. tunggu saya kt luar dewan.."

aduh kenapa plak ni..aku tengah sedap-sedap landing ni..
aku pun berjalan seorang diri menuju ke dewan besar..
dengan penuh malasnya memanjat tangga-tangga kejayaan..
di luar dewan cuma ada sorang jejaka yang pada mata aku tentulah lebih muda dari aku dan aku x berminat nak cakap dengan dia..nampak macam kerek semacam ja..huhu
hampir setengah jam menunggu baru la Puan A muncul...
"Laaa kenapa x masuk dalam?" 
amboiiii.......tadi suruh tggu kat luar ja..
aku jawab dalam hari ja la..biadap pula kalau aku jawab direct..hehehe 
nasib mulut aku sempat break tau..
Tanpa berlengah lagi aku pun membontoti Puan A masuk ke dalam dewan itu...
Mak oiiii ramainya manusia (yang pastinya jejaka-jejaka Malaya)..
aku macam biasa la malu-malu siput..hahah

"kak, mai duduk sini..Kami nak Interview." tegur salah seorang daripada mereka..
hahhhh??? macam biasa la aku terkejut beruk..padahal dalam kepala aku rasa macam nak lompat..
aku kan obses ckit kalau bab-bab camera ni..hehe rasa macam artis pun ada ni....hehehe

Interview berjalan dengan lancarnya..
antara soalan-soalan yang mereka tanya ialah
  • apakah rahsia kejayaan saudari? 
  • siapakah pendorong saudari untuk berjaya?
  • apakah perasaan saudari setelah di nobatkan sebagai pelajar cemerlang?
  • apakah nasihat saudari kepada pelajar lain yang ingin menjadi pelajar cemerlang?
dan macam-macam lagi..x kurang jugak yang minta nombor telefon..hahahaha

aku rahsiakan dari budak-budak kelas yang rapat dengan aku..nak buat surprise la kononnya..hehe
sebab malam kemuncak nanti video rakaman interview aku tu akan di tayangkan di dewan besar..
kira jadi artis la sekejap aku malam tu..hehe
DAN....

MALAM KEMUNCAKNYA....

muka ku setelah di touch-up oleh mak andam cik vijaya..

Perkara wajib sebelum majlis bermula semestinya sesi berfoto beramai2..


bersama penerima-penerima anugerah
teruja menanti video di tayangkan..hehe
sebenarnya seronok nak naik pentas..tapi yang x berapa seronoknya ialah bila kena beratur panjang..adoiiii....
masa kami tengah syok2 beratur, masa tu lah video di tayangkan..malu ooo..semua orang yang kenal aku cari muka aku..tambah-tambah CIK HASANAH..haha aku nampak dari jauh dia punya bantai gelak aku..hahaha ya la muka student terpampang kt 4 skrin besar dalam dewan tu..hehehe malu jgk..tp sesaat ja la..hahah 
see aku tgh malu..hehe kwn2 plak tengah gelakkan aku..


barisan gadis melayu..
kemuncaknya saat nama NUR AMALINA BINTI IBRAHIM di umumkan untuk naik ke pentas..hehe


dan malam itu berakhir dengan 1001 kenangan...

kenangan sebagai penerima anugerah..
kenangan sebagai pelajar cemerlang..
kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan..
kenangan demi kenangan..

kami akhiri malam itu dengan sesi bergambar beramai-ramai..

sahabat baikku..
sahabat baik ku lagi..

with our lecturer..

my mak andam..

aku yang sudah x sabar nak makan..

berposing time

kenangan..


merenung masa depan..

berakhirlah malam penuh kenangan itu..
terima kasih kepada semua yang terlibat..

0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design