Thursday, December 30, 2010

dating dgn MB..

hari ni buat pertama kalinya
aku BERDATING dgn MB di dataran depan Blok A..
hehe...
semangat gila nak p perhimpunan tu..
perhimpunan ala-ala perhimpunan sekolah..
almaklumlah sudah hampir 4 tahun meninggalkan alam sekolah..
dengan berbaju merah terang...
(kata org kedah merah menyala)..haha
aku berbaris di barisan paling hadapan...
sudah semestinya bila MB naik pentas untuk berucap,
orang pertama yang dia akan nampak
adalah AKU..hehehe
di sebelah aku berdirinya KAK YABANI...
P.A kepada yang Dato' Timbalan SUK...
Kak Bani juga berbaju merah..
tapi tidak semerah aku...hehe

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan
oleh pengerusi Majlis...
tapi maaflah aku xtau sapa nama pengerusi tu..
diikuti dengan bacaan doa oleh
saudara MAWI...


seterusnya ialah acara menyanyi..
diiringi pasukan KOIR WISMA DARULAMAN...
hehhe..I LIKE....


macam biasa kat semua tempat,
lagu NEGARA ku menjadi permulaan 
persembahan bakat terpendam kami...
lagu kedua lagu
ALLAH SELAMAT SULTAN,
iaitu lagu kebanggaan Negeri Kedah...


dan 


 lagu yang terakhir ialah lagu 
PERKHIDMATAN AWAM...


ni kali pertama aku nyanyi lagu ni...
kembang hidung bila nyanyi lagu ni...hehe
rasa bangga aku dah menjadi salah seorang daripada
PEJAWAT AWAM..
yang bekerja untuk kemakmuran dan kemajuan
NEGARA KITA MALAYSIA...


lirik lagu ni bisa menegakkan bulu roma..

"Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat Setia Korban Tenaga
Bela Bangsa dan Negara..

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur dan Berbudaya
Gandakan Hasil dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa...

Agama Asas Pegangan
Perlembagaan Negara Dijulang
Rukun Negara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia..."

 sesudah mempersembahkan bakat terpendam
tibalah ke acara kemuncak iaitu,
amanat daripada MB...

bersemangat aku memasang telinga nak dengar amanat MB
pagi ni..hehe

AMANAT???
hahaha
MB kata,
"Saya bukan nak bagi amanat, amanah untuk orang yang nak mati..
Awat saya nak mati dah ka?"
hahaha...

bermacam-macam yang MB pesan harini..
antaranya semangat kerja sepasukan ibarat keluarga..
ada suami dan ada isteri, 
barulah anak-anak akan berjaya..
MB kata lagi kerja mestilah ikhlas 
dan
mesti pasang niat yang betul...

tahniah kepada team Malaysia yang dah berjaya mengalahkan Indon semalam..
eh kenapa tetiba je aku tukar tajuk perbualan???
hahahha
sebenarnya ada kena mengena dengan tajuk...
oleh kerana team negara telah menang,
so PM umumkan cuti sehari pada 31 Disember 2010..
bersamaan dengan hari Jumaat..
disebabkan cuti umum di Kedah jatuh pada hari Jumaat
jadi cuti untuk Kedah di bawa ke hari Ahad..
bahagianya..

tapi yang tak bahagianya...
MB perli direct..hahaha

"Baju merah tak boleh pakai dah pasal Indon dah kalah semalam...
Orang pakai baju merah bila menyanyi pipi dia jadi merah macam
ayam baru bertelur..."

hahahahahhahahahahhaha.
dah la aku berdiri paling hadapan...
kena perli macam tu pula...
malu sesaat..haha 
tapi aku memang tak tau malu kot...
(kawan-kawan aku la yang kata)
hehe...

walaupun kata-kata tu tak di tujukan kepada aku sepenuhnya
psal ramai lagi yang kebetulan pakai baju merah hari ni..
tapi orang sebelah menyebelah kira gelak ja..
hehehehehe

ni la baju yg jadi kontroversinya..hahaha

ni dh dalam ofis..kt dataran tp lupa nk snap pic...

yang penting
aku tidak serik untuk menghadiri perhimpunan pagi lagi..
kerana
inilah masanya seluruh warga
WISMA DARULAMAN
turun ke dataran beramai-ramai...


saya bangga jadi RAKYAT MALAYSIA..
saya bangga jadi WARGA WISMA DARULAMAN...


0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design