Tuesday, March 29, 2011

drama di trafic lite

hujan lebat sgt pagi ni..jadi aku yg ratu bersiap lambat ni mempercepatkan mempersiapkan diri..mekap pun ala kadar saja..nk ligan waktu punya pasal !! mak dh membebel2 kat luar sebab aku x kluar blik jgk2 walau jam dh hampir 7.30am.

"x siap2 lg ka? cpt la hujan lebat ni"

aiiyokkk mak dh marah.aku mempercepatkan urusan menatarias wajahku yang cantik ini.(cantik ka??heheh)
keluar daripada taman umah aku, jalan dah jem!!!
dkt 10 mnit baru aku blh lintas. pemandu-pemandu semuanya tak bertimbang rasa pagi ni. aku sorang ja yang nak lintas, berkira sungguh mereka-mereka ini..padahal bukan kena bayar pun kalau bagi laluan kt aku..huhu
sementara nak sampai kat trafic lite taman nuri, ambik masa hampir 20 minit, kalau hari biasa x smpai 5 minit pun !! jam kt dashboard lg 2 minit pkul 8..aku dah mula gelisah.
comfirm x sempat smpai ofis. aku capai henfon dlm handbag tak berjenamaku dan terus mesej ofismate aku, 

"kak, tlg punch sat, mmg xdan sampai ni. jem teruk.tq."

simpan kembali henfon dlm handbag tak berjenamaku. aku dh mula stress bila kenderaan langsung tak bergerak. jemari kecilku petik punat radio. pasang2 ja, fuh terus lagu nyanyian Mawi-Kian, berdesup masuk ke gegendang telingaku. layan ja la.. syahdu kot..
sambil dok melayan syahdu di pagi yang dingin ini, layan plak lagu-lagu  yang lentok, sementara nk tunggu lampu bertukar warna hijau, aku memerhati sekelilingku..cewah ayat skema aku dh kluar..hahah
tiba-tiba sebuah motosikal usang memotong kenderaan comelku.
kerana keadaan moto yang luar biasa, mata aku terus terpaku memerhati moto tu. bukan moto tu di ubahsuai mcm yang budak-budak rempit dok buat tu, tp moto tu di bonceng oleh 4 orang!!!
seorang bapa memboncengkan 3 orang anaknya..pembonceng yang paling belakang cuma duduk sedikit saja atas seat dan terpaksa peluk adik dia utk bg imbang bdn dia. si bapa pula duduk di atas raga moto. si bapa basah kuyup. tiada baju hujan yang selimut badannya. baju hujan lusuhnya di kongsi ketiga-tiga anaknya. tapi baju hujan yang sekangkang kera itu tidak cukup utk lindungi mereka tiga beradik. kasut sekolah putih mereka bertukar coklat. beg sekolah pulak masing2 peluk di sisi. sungguh menyanyat hati.
naluri kemanusiaanku tersentuh. terkejut. tidak sangka dalam bandaraya serba-serbi lengkap ini, masih ada penduduk yang hidup dlm kesusahan.. sedangkan bandaraya ini semuanya lengkap dan moden, tp penduduknya masih ramai yang miskin tegar.
sejenak aku perhati diriku, tidak setitik air hujan pun yang terkena tubuhku..tapi mereka?
basah kuyup..aku mula mensyukuri nikmat yang ALLAH kurniakan kepadaku. meskipun tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya, tapi hidupku tak semalang mereka.
lampu dah bertukar merah, aku meneruskan pemanduanku dengan penuh berhemah diiringai drama di trafic lite yang berulang lagi pagi ini..
nota kaki : kamis lepas bersamaan 24.3.2011, juga berlaku drama di trafic lite..kisahnya si anak (mata aku kata baru darjah 1 atau 2) tlg tolak moto bapanya yang kehabisan minyak sambil menggalas beg beratnya. aku leka tengok adegan tu sampaikan aku kena hon dgn kereta lain!

*kita tetap makhluk tuhan, jadi sentiasalah bersyukur dgn apa yg kta miliki*

0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design