Friday, March 11, 2011

Kisah di sebalik sebiji kek..


KEK..
bagi pencinta kek tegar macam aku
mesti meleleh air liur
bila dengar perkataan
K.E.K.
kan?
sama ada kek ising atau kek tanpa ising
basicnya tetap sebiji kek..
besar atau kecik bukan persoalannya..

yang pasti..
ianya tetap KEK!!!
tapi..
walaupun aku pencinta kek tegar
tidak pernah sekalipun aku makan
CUP CAKE!!!

janggal bukan?
komen seorang teman :
"kata pencinta kek, bohonglah kalau tak pernah makan cup cake!"
ya..
itulah hakikatnya..

kenapa aku tak pernah makan cup cake??
tidak sedapkah?
oh tidak!
aku tidak makan cupcake kerana aku sayang untuk
menghilangkan kecantikkan cupcake yang telah dihias cantik itu..
aku sayang untuk mengubah strukturnya..
aku sayang untuk merosakkannya..
tapi aku sangat teruja untuk membelinya!

eh kenapa tak habis2 aku merepek ni???

sebenarnya entry ini bukanlah aku nak ajar cara buat kek..
ataupun nak bagi resepi kek..
tapi aku nak ceritakan kisah aku dihadiahkan KEK!
sapa yang baik hati sangat hadiahkan kek tu kat aku?
laki ka perempuan?
kenapa dia hadiahkan kat aku?
ye ke??
tak lah..
ilusi semata-mata..
ini bersempena dengan teman aku ni nak menamatkan latihan praktikalnya.. :)

hehe

tp bagi aku ini hadiah dari seorang teman..
itulah kelebihan BERSAHABAT.. :)

tapi suka aku nak ingatkan,
ini bukan kek harijadi,
jauh sekali kek anniversary,
ini kek perpisahan tak rasmi,
tapi tak ada sapa pun yang tau
bahawasanya aku dan teman aku ni
perkerja tak bergaji !!
huhuhu

alkisahnya..
teman aku ni tempah cupcake dari seorang kakak kat opis..
untuk dibuat hantaran pertunangan abangnya..
dan pic cupcake tu di upload dlm FBnya..
aku pun mula mengkomen..huhu
tertarik dgn kecantikan cupcake tersebut..
dan 
dalam komennya (aku tak pasti dia sengaja atau terlepas cakap!)hehe
"nanti i habis intenship  i buat party cupcake!"
wow!
keterujaan melanda diriku!!
aku gelakkan ja sebab ingat dia melawak..
padahal dalam hati punya seronok..
ya la benda free sapa yang tak mau kan..
dalam keadaan aku yang kegawatan ekonomi maha dasyat ni..
asal ada orang belanja ja, aku terus terima tanpa ragu..
hehehehehe
"jangan lupa ofis atas ye" 
(balasku merujuk kepada ofisku yang terletak di atas ofisnya)

sehari sebelum hari terakhir teman aku ni praktikal,
dia inbox aku :

"ala dah tak sempat rasanya nak bawak cupcake, kek lain boleh?"

aku jawab:

"boleh saja. jangan tak tau i pencinta kek sejati."

dan..
di hari terakhir teman aku ni jadi warga wisma darulaman,

~CHEESE CAKE~
kek ini terhidang di depan mata..
cheese cake sebagai pengganti cupcake..
tengok bentuknya saja dah buatkan aku tak sabar-sabar
nak merosakkannya..
~org yang beli kek setia berdiri tepi keknya~
 salahkah aku potong kek ni mendahului pemiliknya??

~semestinya tidak salah kerana aku awal2 lg di beri penghargaan ! ~
~kak nab yang dh tak sabar nak makan..hahah~
~semua berebut nak ceri !!~

kasihan kau wahai cheese cake..
dirosakkan oleh manusia rakus macam kami..
huhu
sambil menikmati kelazatan kek
seperti biasa..

aktiviti mencoret foto kenangan..
~tersenyum kekenyangan..~
~dari kiri : zu, kak fazlina, tuan hj zul (our bos !!), reza & me~

majlis serba ringkas ini di akhiri dengan senyuman..
special thanks to :
1) Reza - yg bersusah payah beli kek..
2) kak fazlina, kak shuhaibah, zu, tuan haji zul, nad, kak ayu, abg man - pemakan kek..
terima kasih semua...


p/s : reza : jgn lupa kek secret recipe plak lps ni !! (janji u kalau dpt keja kt wisma :-D )











0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design