Monday, August 15, 2011

Harap 'Kalian' Sembuh Seperti Sediakala..

Assalamualaikum Reader's sekalian..

Ketemu lagi kita ya..
Ketika ini saya baru saja selesai memanaskan (tuam) bahagian lutut kiri saya yang sudah setahun mengalami kesakitan yang berpanjangan. Tidak ketahuan apa punca sebenar. Adakah ini salah satu daripada implikasi kemalangan jalan raya yang pernah saya alami penghujung Ramadhan empat tahun lalu? Kekadang akal saya membenarkan teori itu, kekadang juga saya kebingungan. Sungguh. Saya tidak tahu apa puncanya.
Teori emak mengatakan saya telah mencapai berat badan berlebihan? (Ek?? Nehi..nehi..)
Teori Mr. T : "Banyak sangat berjalan. Banyak sangat panjat tangga" (Tak panjat tangga macam mana nak sampai banglo kami Mr. T oiiii,,,)

Dek kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan, makanya saya terpaksa mengadu pada kedua ayah bonda. Langkah drastik yang ayah ambil sudah semestinya membawa saya ke klinik. Lalu ayah bonda menjemput saya di quarters kediaman dan saya dibawa ke Klinik & Surgeri Sendhuram yang terletak amat berhampiran dengan kampus.

Natijahnya, saya diberikan ubat sebanyak 6 jenis. Perlu dihabiskan dalam masa sebulan.

Saya perlu memiliki seunit hair dryer atau pun pengering rambut.

Pelik bukan? Saya juga pada mulanya berasa amat pelik. Tidak pernah saya ketahuan hair dryer ada banyak fungsi selain mengeringkan mahkota wanita. Hair dryer yang perlu saya miliki itu adalah untuk proses tuam lutut saya. Proses yang perlu dilakukan sekerap mungkin kerana lutut saya membengkak dengan jayanya. Hal itulah yang menyebabkan saya menanggung kesakitan bertahun lamanya. Saya juga dikehendaki memakai guard lutut, supaya bengkak di kepala lutut saya cepat surut.

Paling mencabar, NO HIGH HEELS ANYMORE !
Waduh-waduh gemana ni dong..
Berkenaan dengan serangan jantung yang saya alami, saya dinasihatkan untuk mengamalkan meminum jus epal hijau sekerap mungkin dan makan sup kaki ayam. Itu tidak menjadi kudis bagi saya. Yang membawa keserabutan adalah, saya dikehendaki meninggalkan terus makanan PEDAS dan MASAM !! Wahh..ini sudah lebih. Tuan doktor tak tau ke itu makanan ruji saya?? Saya tidak boleh hidup tanpa menjamah makanan pedas dan masam.. :(

Akanku turutkan jua saranan tuan doktor. Kesihatan lebih utama. Menurut tuan doktor lagi, jikalau saya tidak mengikut saranan yang dinyatakan, saya mungkin akan dibedah!! Oh Tidak !!!!! :( Daku tak rela...

Rakan-rakan yang budiman,
Tolong sama-sama doakan lutut dan jantung saya kembali berfungsi seperti kebiasaan ya..
Wassalam..

2 comments:

  1. Bersabar la wahai adikku..ini semua dugaan dari yang Maha Esa..Berdoalah kepadaNYA agar diberi lebih kesabaran dan kesihan yang lebih baik..Jangan lupa makan ubat yg pelbagai 2 ye..hehehe..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kakak ku..doa dari kalian sentiasa diharapkan..semoga semuanya sembuh seprti sedia kala sebelum mei menjelang..heheh

    ReplyDelete

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design