Thursday, May 12, 2011

Selamat Ulang Tahun Ayah !!

Assalamualaikum semua.

Sekali lagi aku menulis entry khas buat insan yang aku gelar AYAH selepas entry sebelum ini yang bertajuk Ayah (klik untuk ke entry sebelumnya). Tapi aku tersangat pasti semua orang tertanya-tanya, mengapa aku masih berbicara tentang seorang ayah? Tidakkah sekelumit pun rasa kasih sayang aku terhadap seorang insan yang bergelar EMAK? Ternyata sangkaan anda terpesong sama sekali. Aku terlalu mengasihi kedua-dua insan yang aku panggil Ayah dan Emak ini. Namun untuk berbicara tentang seorang yang aku gelar Emak, seumur hidup bercerita pun belum tentu habis. Emak terlalu istimewa. Sebab itu aku mengambil masa untuk mencoretkan tentang beliau. Nantilah, bila sudah sampai kelapangan, aku pasti bercerita tentang emak. Ampunkan aku emak. Tapi aku tahu emak pasti berbangga kerana aku mencoretkan tentang lelaki cinta hatinya ini..

Tibanya Mei, hari ulang tahun ayah menjelma lagi. Ikutkan hati mahu saja kami menganjurkan majlis makan-makan bersempena dengan hari tarikh keramat ayah itu. Tapi ayah tidak pernah bersetuju. Saban tahun kami merencanakan berbagai-bagai agenda. Namun ayah tetap ayah. Kami tahu ayah tidak mahu kami membazirkan wang persekolahan. Ketahuilah ayah, kami cuma mahu ayah gembira seadanya! Itu sahaja. 

Namun kisah dua tahun lalu, masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Sudah suratan ataupun sekadar satu kebetulan, ayah berkongsi hari lahir yang sama dengan future MIL (Insyaallah), Makcik Sal. Tanggal 13 Mei 2009, ayah tertipu. Ayah terkena. Ayah di'bang' oleh kami semua. Ampunkan kami ayah. Tanpa pengetahun ayah kami bersepakat untuk mengadakan kejutan untuk ayah. Ternyata kejutan kami menjadi ! Senyuman ayah kaget malam itu. Ayah terkejut barangkali dengan kejutan malam itu. Masakan tidak tiba-tiba sahaja 'kembar' hari jadi ayah muncul bersama suami dan 'kawan' anak ayah dengan membawa sebiji kek coklat.


Ni kek hari jadi ayah dan makcik Sal 2 tahun lalu.


Sambutan Ulangtahun Kecil-kecilan yang kami 'berdua' rencanakan..

Hepy Birthday ayah! Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan terus gagah mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Semoga keluarga kita dilimpahkan kasih sayang dari-Nya.

Eh hari ini baru 12 Mei. Esok baru 13 Mei. Kenapa aku over wish awal sgt??
Biarlah! Aku anak ayah! Aku nak jd orang pertama yang beri ucapan selamat kepada ayah! Aku mahu ayah berbangga kerana akulah orang pertama mengucapkannya!

Ayah,
Kakak sayang sangat kat ayah.
Kakah hanya mahu ayah gembira.
Kakak hanya nak ayah berbangga dengan kakak.
Kakak hanya mahu ayah bahagia setiap saat.

Ayah,
Ayah hero kami semua.
Ayah wira yang paling kami kagumi.

Ayah,
Terima Kasih kerana menyayangi kami.
Terima Kasih kerana terus melindungi kami.



Sebelum terlupa, buat MAKCIK SAL Selamat ulang tahun yang ke-53. Semoga Makcik sihat seperti sedia kala. Selamat Panjang Umur, Selamat Terima 'Menantu'..hehe

Semoga Tuhan terus melindungi kedua-dua insan yang kami sayangi ini.. :)

0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design