Saturday, July 2, 2011

Sireh Pulang Ke Gagang : Edisi Mengutip Buah Rambutan :)

Assalamualaikum.

Penat belum hilang, peluh belum kering, ruangan blog memanggil-manggil jemari aku mencoretkan kisah seharian ini. Gembira !

Aku baru balik dari dusun buah milik tuan kebun. Oleh sebab kami tak punya dusun buah (setakat sepokok, 2 pokok buah durian + rambutan tu ada la), jadi ayah dan the sepupu's beliau buat satu pakatan nak p serang kebun tuan kebun tu. Pernah dengar perkataan pajak? Bukan pajak gadai ye. Ni pajak pokok! Satu masa dulu aku pun pening-pening lalat, apa tu pajak pokok! Yang aku tau pajak gadai ada la. Tapi hari demi hari barulah aku reti dan faham istilah dan makna disebalik pajak pokok tu. Bagi yang masih penuh telinga kera dalam kepala, akibat tak paham istilah yang aku guna pakai ni, pajak pokok tu kira macam kita booking sebatang pokok buah-buahan (berapa batang pokok pun tak kisah, bergantung pada berapa banyak buah yang kita nak makan) dari tuan kebun, dan kita bayar la harga sepokok tu berapa RM ikut pada harga yang tuan kebun tetapkan. Jadinya bila kita pi kebun dia, kita boleh makan kesemua buah dari pokok yang kita pajak tu. Nak makan ranting dengan daun pun tak ada masalah. Asalkan kita tak tebang pokok tersebut! :-p

Berbalik pada cerita keseharian kesuntukkan ini. Rancangan asalnya kami nak pi dinihari. Tapi disebabkan anak-anak the sepupu's kesemuanya pakat sekolah di hari Sabtu dan berlari untuk negara kononnya, (sorry to say, to me 'berlari' for nothing!) jadi rancangan tergendala, siaran juga tertunda. Lepas solat Zohor baru kami mulakan ekspedisi yang advanture itu. Lima buah kerata kesemuanya. Ada la dalam 30 orang lebih, termasuk babies. Masing-masing dah lapar buah! Dusun yang menjadi mangsa tadi dok dalam daerah Sik. Sepertimana tajuk entry kali ini, Sireh Pulang Ke Gagang.. Iya la dulukan aku penghuni daerah Sik yang indah permai. Dusun siapa? Maaf. Aku tak tau nama tuan dusun yang baik hati dan sporting tu. Yang aku tau dusun dia ada buah rambutan, durian, nangka, cempedak, manggis, dan rebung. Pokok epal pun ada tau!!

Kira nostalgia sangat bila menghala ke daerah Sik. Banyak kenangan di sana. Belajar ABC, belajar berlari, jatuh bangun, belajar memandu hinggakan kereta jatuh dalam cerun tinggi, malah belajar cinta monyet juga di sana! Sungguh sampai mati pun aku takkan pernah sama sekali melupakan daerah itu! Walaupun agak terpencil, namun daerah itu menyimpan semua lipatan sejarah kehidupan aku.

Kami sampai kat kebun tadi lebih kurang pukul 3.00 petang. Tugas aku dengan anak-anak the sepupu's yang merangkap dua pupu aku tu, melapik tikar di bawah pohon rambutan. Tak tengok kiri kanan dah, semua pakat serbu buah durian. Aku tengok secara rawak, buah durian ada la dalam 40-50 biji. Memang tak termakan sebab banyak sangat. Jadi bila dah tak larat makan kami angkut masuk dalam kereta dan agih-agihkan sama banyak dalam bumper setiap kereta. Naik juling biji mata, pening makan durian banyak sangat.

Masuk bab rambutan. Dua pokok rambutan yang di pajak tu licin buahnya. Siap tebang dahan lagi. Anak-anak tuan kebun pulak tak henti-henti membantu mengutip buah untuk kami. Padahalnya anak tuan kebun tu baru 6 tahun! Macam buah durian juga, buah rambutan yang kami dah tak larat nak makan kami sumbat masuk dalam bumper kereta. Nak jimatkan ruang, mak dengan ayah kopek buah rambutan tu satu demi satu dan masukkan dalam bekas kedap udara yang kami bawa dari rumah. Dalam bekas tu mak isi ais kiub sekali. Kiranya, bila dah sampai rumah nanti, buah rambutan tu dah macam baru keluar daripada freze.. :)

Pukul 5.00 petang kami bertolak balik dengan senang hati. Terima kasih tuan kebun. Tahun depan kami serang lagi. Jangan tak percaya, tuan kebun tak mau ambil sebarang bayaran! Mungkin sebab tuan kebun dah tak larat nak makan buah dan mungkin juga sebab tuan kebun kenalan rapat ayah. Namun ayah dan the sepupu's tidaklah sekejam mana. Bayaran tetap dilakukan. Tapi aku rasa ralat + rugi. Sebab ayah bawak MYVinya saja pi dusun tu, jadi kami tak boleh bawak balik buah yang banyak. Harini En. Tunang sibuk, kalau angkut pakai Storm En. Tunang mesti dengan dahan pokok yang dah dipajak tu sekali kami boleh bawak balik! En. Tunang dengan penuh kejelesannya sebab tak dapat ikut di saat-saat akhir.

Kenyang perut senang hati.

*Sibuk makan + kutip buah sampaikan aku terlupa nak snap walau sekeping gambar!

0 comments:

Post a Comment

 

A WOMEN'S DIARY Template by Ipietoon Cute Blog Design